Jalan-jalan cari makan ..... kebiasaannya itulah yang dibuat oleh seorang pelancong. Namun apabila melancong dengan menggunakan khidmat agen pelancongan, kita sudah tidak perlu mencari makan lagi. Semuanya (sarapan, makan tengahari dan malam) sudah disediakan. Memang bermacam-macam jenis hidangan yang disediakan tetapi tidak pula diberitahu pada kita menunya. Maka makanlah apa saja yang dihidangkan tanpa mengetahui apa nama masakan yang sedang dinikmati.
Semasa kami melancong ke Vietnam 2 tahun lepas, salah satu tempat yang dilawati ialah kawasan Delta Sungai Mekong. Waktu makan tengahari seperti biasa kami dihidangkan dengan berbagai jenis masakan yang enak sekali. Pada waktu itu ada dua jenis masakan yang menonjol dari sudut 'presentation'- nya...... satu jenis pencuci mulut yang berbentuk seperti belon dan satu lagi ikan "berdiri".
Kami bertanya pada Ha (pemandu pelancong) jenis ikan yang digunakan. Mengikut katanya, ikan itu dipanggil "Elephant Ear" dan ia hanya didapati di sungai Mekong ini. Mungkin ikan itu digelar sedemikian rupa kerana apabila didirikan di atas pinggan ia kelihatan seperti telinga gajah.
Satu bentuk seperti belon dan satu lagi ikan goreng "berdiri"
Ada yang memanggilnya sebagai Elephant fish sahaja. Masakan ini dinamakan "crispy fried elephant ear fish" dan ia sangat terkenal di kawasan delta Mekong. Mengikut kata seorang 'chef ' dari Vietnam, ikan jenis ini hanya terdapat di sungai Mekong dan di kawasan deltanya.
Bila saya layari internet untuk mencari maklumat tentang ikan ini, terjumpalah resepi masakan ini oleh chef Luke Nguyen. Bolehlah mencubanya di rumah tetapi terpaksa menggantikan dengan ikan jenis lain.
Ini ikan yang dimasak oleh chefLuke Nguyen
Selamat mencuba dan Selamat menyambut Ramadhan - bulan yang penuh barokah dan rahmah serta kemuliaan.
Saya berpeluang melancong ke bandar Saigon pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.
"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.
Dalam program mobiliti ini termasuk juga aktiviti menarik menyelusuri Sungai Mekong serta lawatan ke Pulau Thoi Son atau juga dikenali sebagai Pulau Unicorn. Nama Sungai Mekong ini sudah terpahat lama dalam ingatan saya ..... sejak di bangku sekolah lagi. Mungkin disebabkan sungai ini merentas 6 buah negara menyebabkan namanya berulang-ulang disebut ketika mempelajari subjek Ilmu Alam ketika di sekolah dahulu. Subjek ini memaksa kita mengingati nama-nama benua, lautan, negeri, kawasan, iklim setempat, gunung, sungai dan sebagainya, di tempat atau negara yang kita sendiri tidak pernah mimpi untuk sampai ketika itu. Syukur alhamdulillah pada tahun 2015 saya benar-benar berada di Sungai Mekong mengharungi airnya, menikmati keindahan semulajadinya serta berpeluang makan ikannya sekali.
Sungai Mekong bermula di Penara Tibet melalui Daerah Yunan China, Myanmar (Burma), Laos, Thailand,Cambodia dan berakhir di Vietnam
Petikan dari Wikipedia:
The Mekong is a trans-boundary river in Southeast Asia. It is the world's 12th-longest river and the 7th-longest in Asia. Its estimated length is 4,350 km (2,703 mi) and it drains an area of 795,000 km2 (307,000 sq mi), discharging 475 km3 (114 cu mi) of water annually.
From the Tibetan Plateau the river runs through China's Yunnan Province, Myanmar, Laos, Thailand, Cambodia, and Vietnam. In 1995, Laos, Thailand, Cambodia, and Vietnam established the Mekong River Commission to assist in the management and coordinated use of the Mekong's resources. In 1996 China and Myanmar became "dialogue partners" of the MRC and the six countries now work together within a cooperative framework.
The extreme seasonal variations in flow and the presence of rapids and waterfalls in the Mekong make navigation difficult. Even so, the river is a major trade route between western China and Southeast Asia.
Jeti di Sungai Mekong .... kami menaiki bot yang kecil di sebelah kiri
Sungai Mekong ..... nadi kehidupan rakyat Vietnam
Lawatan ke Pulau Unicorn
Pulau ini terletak di kawasan delta Mekong yang subur, yang terbentuk akibat proses sedimemtasi atau mendapan material yang dibawa oleh Sungai Mekong. Pengalirannya berakhir di sini setelah mengalir beribu-ribu batu, sebelum bertemu dengan laut.
Petikan dari alotrip.com:
Thoi Son Island has a length of about 11 km, and a width of 1 km. This island is not just a well-known attraction in Mekong River Delta, but also a famous growing fruit area with the population of about 6,000 people. The island receives alluvial from Tien River. From afar, this island looks like a fortress explored 300 years ago. In 1990, Thoi Son Island tourism started to develop.
After 30 minutes of enjoying landscapes by boats, tourists will reach Thoi Son Island. It is really interesting when sightseeing in this island by boats. Owing to the rich alluvial, trees are green all year round. And, the atmosphere here is fresh and cool. Here, tourists will enjoy the comfort in lush green gardens, laying in a hammock or sit on rocking chairs and enjoy the cool breeze and juicy fruits. Thoi Son Island is always full of seasonal fruit trees, from longan, rambutan, to durian, etc. Popping into orchards of these fruits trees will bring you interesting experiences.
Jeti di Pulau Thoi Son atau Unicorn persinggahan pertama - kilang membuat gula-gula kelapa
Bergambar kenangan di jeti
Ada beberapa aktiviti menarik yang telah disediakan khas untuk para pelancong yang datang ke pulau ini. Antaranya ialah menikmati hidangan buah-buahan tempatan beranika jenis, sama seperti buah-buahan tempatan kita. Sambil makan kami dihiburkan dengan muzik dan nyanyian tradisional mereka.
Bergambar kenangan bersama salah seorang penghibur di hari tersebut
Lagi satu aktiviti menarik ..... hasil produk penduduk tempatan yang berbagai jenis banyak dijual di sini seperti beg tangan kulit
Leather tote bag - salah satu produk yang dibeli di pulau ini
Aktiviti lain termasuk lawatan ke kilang membuat gula-gula kelapa dan ladang ternak lebah serta bersampan di anak sungai Mekong.
Jom kita ke kilang membuat coconut candy
Kilang coconut candy atau gula-gula kelapa
Proses membuat gula-gula: 1. Santan dan gula dimasak hingga pekat 2. Adunan pekat ini ditebar di atas permukaan untuk dipotong
Adunan yang sudah dipotong berbentuk jejari panjang
Jejari panjang ini dipotong pula menjadi biji-biji kecil .....
....... kemudian dibungkus secara individu dengan 2 lapisan kertas - 'rice paper' yang boleh dimakan dan pembalut luar
Pek gula-gula yang sudah siap untuk dipasar.... Terdapat beberapa perisa seperti peanut, durian dan pandan
Ada tanda halal agar mudah masuk dalam pasaran negara Islam
Jom ke ladang ternakan lebah madu pula!
Ladang ini menghasilkan madu Royal Jelly. Sebelum menjual produk ini, kami dihidangkan dengan teh limau bersama madu sebagai ....."cuba dulu sebelum beli".
Keterangan khasiat madu dalam bahasa Melayu
Bergambar kenangan bersama tuan ladang serta lebahnya
Cuba rasa ....... teh limau madu dihidang bersama gorengan
emm! ....sedap
Aktiviti terakhir kami ialah bersampan menyelusuri anak sungai Mekong yang membelah pulau ini sepanjang kira-kira 1km. Penduduk pulau sangat kreatif menjadikan aktiviti di sungai kecil ini sebagai daya tarikan pelancong. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok Nipah dan ia dijadikan kawasan hilir mudik pelancong dari pulau ke muara Sungai Mekong.
Mereka bijak memanfaatkan alam semulajadi untuk dijadikan sebagai sumber ekonomi mereka. Dikatakan setiap hari beratus pelancong datang ke pulau ini untuk menikmati aktiviti pelamcongan yang disediakan.
Beratus perahu kecil seperti ini disediakan untuk membawa pelancong
Suasana bagaikan pesta air ...... terlalu sibuknya laluan ini sehingga kadang-kadang menyebabkan perahu berlanggar antara satu sama lain
Menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang menyegar dan menenangkan fikiran
Jauh dari kota ..... kiri kanan sungai dipenuhi pokok nipah, semak samun dan pokok buah-buahan
Satu pengalaman yang mengujakan ..... berperahu memudik sungai bagaikan berada di zaman dahulu. Menghayati kehidupan tradisi yang tidak mungkin akan kita lalui di bandar dan kota.
Kelapa muda menanti kami setibanya di bot
Nyaman airnya ......
Lawatan ke Sungai Mekong diakhiri dengan makan tengahari yang berlaukkan ikan yang hanya terdapat di Delta Mekong. Ikan ini digelar Elephant Fish atau ada juga yang menggelarnya Elephant Ear Fish.
Elephant Fish menjadi hidangan istimewa untuk lunch
Saya berpeluang melancong ke bandar Saigon pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.
"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.
Tertulis di pamplet: Not watching Vietnamese water puppet show means NOT visiting Vietnam yet!
Antara aktiviti yang sempat kami buat secara bersendirian ialah menonton "Water Puppet Show". Bagi mereka yang telah pergi menonton pertunjukan ini mesti mengatakan bahawa ianya merupakan "a must-see" untuk pelancong-pelancong di Vietnam. Memang benar sekali ..... saya sangat seronok menyaksikan pertunjukan ini, yang sangat menghiburkan dengan watak dan plot cerita yang berbagai serta aksi-aksi yang menarik.
Pertunjukan ini sangat terkenal di Hanoi kerana ia berasal dari kampung-kampung yang berada di delta Sungai Merah di Vietnam Utara. Ia adalah sebahagian dari seni tradisional masyarakat Vietnam, yang diwarisi sejak 800 tahun lalu. Di Saigon juga ada pertunjukan ini bagi yang tidak berkesempatan ke sana.
Lokasi teater Golden Gragon Water Puppet dan waktu pertujukan
Kami menontonnya di Golden Dragon Water Puppet Theatre. Ada 3 pertunjukan setiap hari di sebelah petang dan setiap penonton dikenakan bayaran sebanyak 230,000VND (lebih kurang RM37 ketika itu). Tiket kami dibeli oleh Ha (pemandu pelancong kami) terlebih dahulu kerana kebiasaannya ia cepat habis.
Bergambar kenangan di hadapan teater
Bahagian luar pamplet program
Bahagian dalam pamplet
Setiap penonoton dibekalkan dengan sehelai pamplet yang menyenaraikan agenda program pada hari itu dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris. Ia sangat membantu kita dalam memahami jalan cerita kerana pertunjukan ini sepenuhnya dalam bahasa Vietnam. Pertujukan diiringi oleh beberapa orang pemuzik yang memainkan peralatan tradisional, sesuai dengan latarbelakang cerita yang bertemakan desa dan cerita-cerita rakyat Vietnam.
Ada 3 elemen utama dalam pertunjukan ini iaitu, tukang karut yang dipanggil Teu, pemuzik dan watak-watak dalam cerita, selain dari pentas khas yang berupa kolam besar yang dipanggil thuy dinh. Sudah tentu bahagian yang paling utama dalam menjayakan pertunjukan ini ialah mereka yang berada di sebalik tabir iaitu tukang dalang yang mengawal pergerakan patung-patung itu di atas air.
Apa yang sangat menarik di sini ialah mereka mempunyai tukang-tukang dalang yang sangat tinggi kemahirannya dalam seni ini. Pergerakan patung-patung itu sangat lancar, seolah-olah mereka hidup. Tukang dalang ini juga mempunyai kesabaran yang tinggi kerana terpaksa berendam dalam air setinggi pinggang selama lebih kurang sejam pertunjukan. Sepanjang pertunjukan tangan mereka berada dalam air mengawal batang kayu yang dilekatkan dengan patung yang berbagai watak itu.
Babak dari slot Fairy Dance
Mengguna special effect dalam persembahan ..... Api keluar dari mulut naga
Apakah berbaloi kita membayar tiket yang agak mahal untuk pertunjukan ini? Bagi yang berjiwa seni, sudah tentu ia suatu yang menghiburkan dan sangat berbaloi. Namun bagi yang tidak suka dan kurang menghargai seni tradisional menganggap ianya membuang masa dan langsung tidak menyeronokan. Itulah manusia ...... perbezaan pendapat yang pasti wujud kerana kita bukan robot atau patung, seperti yang digunakan dalam pertunjukan ini.
Jom tengok vidionya dan anda nilai sendiri ........
Benarkah jolokan Saigon sebagai kota "Mutiara dari Timor Jauh" ini? Ada yang mengatakan bahawa gelaran ini pernah diberi kepada Saigon ketika era kegemilangannya di antara 1954-1975, tetapi kini tidak lagi. Namun ada juga yang masih menganggap jolokan ini terpakai sehingga ke hari ini. Kedua-dua pendapat ini mungkin benar, bergantung pada sudut mana kita melihatnya. Jolokan yang diberi itu pun masih boleh dipertikaikan. Apakah gelaran itu benar-benar bertepatan dengan keadaan Saigon atau Ho Chi Minh, ketika itu? Mengapa tidak diberi jolokan itu pada bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur atau Singapura atau Bangkok atau pun Jakarta? Ianya hanya gelaran yang diberi mengikut andaian mereka yang berada di Saigon ketika itu, yang mungkin tidak pernah sampai pun ke bandar-bandar lain di rantau ini.
Saya berpeluang melancong ke bandar tersebut pada 30 Oktober 2015. Inilah kali pertama saya dan suami menjejak kaki ke bumi Vietnam. Sebenarnya saya mengikuti suami yang bertugas di sana sebagai pengiring kepada pelajar-pelajarnya yang membuat program mobiliti ke bandaraya Ho Chi Minh ( HCM ). Boleh dikatakan ianya aktiviti "2 in 1" atau bak kata pepatah Melayu "Sambil menyelam minum air". Oleh kerana itu, tempat yang dilawati agak terhad kerana sebahagian dari masa yang ada terpaksa diisi dengan program universiti.
"Percutian" kami ini diurus sepenuhnya oleh ejen pelancongan. Ini merupakan kali kedua kami melancong melalui sebuah ejen. Semua program berjalan baik tanpa sebarang masalah - makanan yang sedap, bilik yang sederhana selesa. bas yang elok serta pemandu yang cekap dan pemandu pelancong yang sangat peramah dan rajin berceloteh.
Jom ke sana!
Perkara pertama yang menarik perhatian saya ketika berada di bumi Saigon ini ialah bilangan motosikal yang berada di atas jalanraya bandaraya ini. Dikatakan di Saigon sahaja ada lebih dari 5 juta buah motosikal. Saya melihat keadaan ini dari atas bas. Ada kalanya pergerakan motosikal-motosikal ini bagaikan pergerakan semut, terutama selepas lampu trafik menghijau semula, kerana jumlahnya yang begitu banyak sekali dalam satu masa.
Nampak tu ........ motosikal menguasai jalanraya!
Ini videonya
. Seperkara lagi yang amat berbeza dari negara kita ialah cara warganya melintas jalan. Kami bertanya kepada Ha (pemandu pelancong kami) bagaimana cara orang Vietnam dengan selamba melintas jalan yang bertali arus dengan kenderaan. Secara berjenaka dia kata, "Just close your eyes and walk". Lebih kurang begitulah keadaannya setiap kali ingin melintas jalan. Kalau nak tunggu sehingga kenderaan kurang sedikit, memang kita tidak akan berjaya sampai ke seberang jalan. Walaupun begitu kami diberitahu tidak pernah berlaku kemalangan yang besar. Ini kerana mereka tidak membawa kenderaan dengan laju dan pemandunya sangat behati-hati.
Masjid
Tidak pasti berapa jumlah terkini masjid yang terdapat di HCMC. Mengikut pembacaan saya melalui internet, dianggarkan ada di antara 10 - 12 buah masjid di sini. Kami sempat bersolat di beberapa buah masjid di sekitarnya.
Bersama seorang lagi pensyarah pengiring di depan Masjid Musulman (Saigon Central Mosque)
Suami bersama sebahagian daripada pelajarnya di depan masjid Al Rahman
Masjid Jamiul Muslimin.....hanya lalu sahaja
Salah satu aktiviti universiti di sini ialah membuat khidmat masyarakat. Mereka telah memilih sebuah perkampungan orang Islam di pinggir HCMC. Di kampung ini ada sebuah masjid yang bernama Masjid Jamiul Anwar, yang juga menempatkan sebuah Madrasah di bangunan yang sama, iaitu Madrasah Al Nur.
Pintu Gerbang ke kawasan perkampungan orang Islam Kalau di translate ke BI maknanya "Cultured Quarter"
Penempatan orang Islam ini agak sesak dan padat .... mempunyai lorong-lorong sempit yang hanya boleh dilalui motosikal, di kiri dan kanannya pula deretan rumah serta kedai
Menyantuni salah seorang penduduk kampung ...... kebetulan berada di hadapan rumah ketika kami melintas rumahnya
Suasana kampung di salah satu lorong pada petang 1 Nov 2015 .... jalan yang masih basah kerana baru lepas hujan
Anak-anak yang belajar di Madrasah Al Nur.... mereka datang dari seluruh pelosok Vietnam dan negara jiran
Uniknya madrasah ini, kerana ia menggunakan buku teks dari Malaysia dalam pengajarannya. Sudah pasti ianya dalam bahasa Melayu, walaupun ada di kalangan murid-muridnya tidak fasih berbahasa Melayu. Bolehlah kita bandingkan dengan situasi sekolah kita, pada suatu masa dahulu, yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajarannya .... bukan semua murid kita pandai berbahasa Inggeris. Universiti
Di Saigon ada lebih daripada 80 buah universiti dan kolej. Penduduknya pula berjumlah lebih daripada 10 juta orang. Ada 2 buah universiti yang dilawati oleh pelajar suami saya iaitu HCMC University of Science and HCMC Universiry of Technology.
Bergambar kenangan di depan HCMCUS Lawatan pada hari pertama - 30 Okt 2015
Faculty of Electrical and Electronics Engineering HCMC University of Technology - hari terakhir lawatan (2/10/2015)
Aktiviti lain kami adalah seperti aktiviti pelancong biasa - berperahu di anak Sungai Mekong, membeli belah di Ben Thanh Market serta kawasan sekitarnya, berjalan-berjalan di pusat bandar dan paling istumewa adalah menonton Water Puppet Show. Kami berdua sahaja yang pergi ke sini.
Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hari ini cukup 3 tahun sudah berlalu, dan akhirnya selesai juga catatan pemgembaraan saya di blog ini.
Hari ini juga adalah hari kelahiran suami yang tercinta. Sanah helwah my BFF. Semoga Allah berkati umurmu yang telah lalu dan akan datang dan menerima segala amalanmu.
Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.
17 Feb 2014 Pagi ini kami membuat perjalanan dari Bolu ke Istanbul. Ini adalah fasa terakhir pengembaraan kami di Turki sebelum bertolak balik ke Malaysia pada 19 Feb. Kami telah diatur untuk berada di sini selama 3 hari 2 malam.
Kembara Turki bermula dari Istanbul - Bursa ...... dan berakhir dengan perjalanan dari Bolu - Istanbul
Hari pertama di Istanbul kami telah dibawa melawat Topkapi Palace, Blue Mosque serta beberapa buah masjid lain, Hippodrome dan membeli-belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.
18 Feb 2014
Ini hari kedua kami di Istanbul. Hari ini kami dibawa membeli belah di Leather Shop, berkunjung ke St.Sophia Museum (Hagia Sophia/Aya Sofya), menaiki Bosphorus Cruise dan melawat Masjid Nuruosmaniye.
Istanbul - Kota Cinta
Napoleon Bonaparte, pencetus revolusi Perancis, pernah berkata, jika dunia ini ialah sebuah negara, maka Istanbul ibu kotanya. Keagungan kota Istanbul bukan hanya terletak pada nama semata-mata, namun pada sejarahnya yang melewati hampir 16 abad.
Hakikatnya, kota itu yang dahulunya dikenali sebagai Constantinople pernah menjadi pusat pemerintahan bagi Empayar Roman, Byzantine, Latin dan Usmaniah, selain menjadi punca pertumpahan darah kerana kedudukannya yang strategik.
Sejarah pendudukan pelbagai empayar menjadikannya sebuah kota yang kaya dengan budaya tersendiri dan hasil seni bina klasik yang masih utuh sehingga ke hari ini. Pada tahun 2010 Istanbul diberi kehormatan menjadi Ibukota Budaya Eropah. Apa yang membuat kota ini menjadi lagenda? Alasan yang paling tepat di balik lagenda ini mungkin jiwa bandar tersebut .... Istanbul adalah bandar yang penuh cinta! Hanya mereka yang pernah ke sini memahami apa yang dimaksudkan.
Istanbul adalah ibu negara Empayar Usmaniah di mana fokus terhadap warga negara yang berbeza, agama yang berbeza, berada dalam damai selama berabad-abad, dan dilengkapi dengan karya yang hidup .... Rom, Byzantine, Keristian, Yahudi, dan Islam. Kota lagenda Istanbul juga menggabungkan Timur dan Barat, lama dan baru, tradisional dan moden, tempatan dan sejagat.
Istanbul adalah kota lintas benua yang membentang melintasi Selat Bosporus, salah satu perairan tersibuk di dunia - di Turki barat laut, antara Laut Marmara dan Laut Hitam. Pusat perdagangan dan sejarahnya terletak di Eropah, sementara sepertiga penduduknya tinggal di Asia. Kedudukan strategik Istanbul di Jalur Sutera, jaringan keretapi ke Eropah dan Timur Tengah, dan satu-satunya laluan air antara Laut Hitam dan Mediteranian, telah membantu memajukan penduduknya.
Pada hari kedua lawatan kami ke kota ini, kami bersolat zohor-asar di Masjid Nuruosmaniye. Masjid ini menjadi salah satu contoh yang terbaik bagi gaya senibina yang dikenali sebagai "Ottoman Baroque".
Sedikit maklumat darihttp://www.greatistanbul.com/nuruosmaniye_mosque.html
The construction of the Nuruosmaniye Mosque was started by Sultan Mahmud I in 1748 and completed by Sultan Osman III in 1755. It's a typical Baroque and Rococo style mosque which was a very popular architecture of 1700's within the Ottoman Empire. The mosque was built on one of the seven hills of Istanbul by a Greek minority architect named Simeon and Mustafa Aga.
The mosque has a semi-circular courtyard with no fountain for the ablutions but only taps today. There are two minarets each having two balconies. It has a single dome and no column within the prayer hall but raised on four large arches, having a diameter of 25 meters (82 feet) and the height of 43 meters (141 feet). There are many ornaments on its main walls, stone crescent on the minaret tops, stone work of the niche (Mihrab) and the pulpit (Minbar). On the east corner of the prayer hall there is the sultan's lodge with latticework between its columns, accessed by a ramp outside the mosque. The existence of many windows provide lots of light but also justifying the name of the mosque: Nuruosmaniye means "The Light of Osman". It also gave its name to the neighborhood.The mosque is in Nuruosmaniye neighborhood near Eminonu, just next to the Grand Bazaar, to the northwest of the Cemberlitas column.
Bahagian luar masjid
By Arild VÃ¥gen - Own work, CC BY-SA 3.0,
https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=25073191
Bahagian dalam .... mimbar masjid
Seperti kebanyakan masjid di sini ....... lampu chandelier lilin menerangi ruang solat
Masjid ini menerima cahaya dari luar melalui 174 buah tingkapnya
Hiasan dalaman masjid indah ........ dindingnya dihiasi dengan tulisan-tulisan khat
Seperti yang sudah disebut sebelum ini, kami berada di kota Istanbul selama 3 hari 2 malam. Kami menginap di Taksim Gonen Hotel. Lokasinya berdekatan dengan Taksim Square atau Taksim Meydani. Pada malam pertama kami di sini, kami berjalan-jalan di kawasan berhampiran untuk melihat suasananya di malam hari.
Inilah hotel kami
Di belakang kelihatan seperti sebuah taman ....tetapi tidak pasti samada ia sebahagian daripada Taksim Gezi Park
Suasana malam berhampiran dengan hotel
19 Februari 2014
Hari ini berakhirlah sudah pengembaraan kami di Turki. Oleh kerana penerbangan balik kami selepas waktu tengahari, kami sempat bersiar-siar melihat kawasan berdekatan dengan hotel di sebelah pagi pula. Kawasan ini dianggap sebagai jantung Istanbul moden. Di sini terdapat banyak restoran, kedai dan hotel. Perkataan taksim membawa maksud "pembahagian" atau "pengagihan". Pada zaman dahulu, di sinilah pusat pengagihan air yang dikumpul dari utara Istanbul, kemudian disalurkan ke kawasan-kawasan lain.
Sepertimana biasa, sambil berjalan-jalan kami akan mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik sebagai kenangan. Cuaca pada pagi ini agak sejuk dan berkabus.
Memberi makan burung merpati di Taksim Square
Apabila melihat burung-burung merpati yang banyak ini, terkenang pula pengalaman yang sama ketika berada di Trafalgar Square di kota London, satu masa dahulu. Kini tiada lagi burung merpati di Trafalgar Square. Aktiviti memberi makan burung-burung merpati telah diharamkan sama sekali sejak 2007.
Kota Istanbul yang masih diselubungi kabus
Simit - roti kesukaan orang Turki, sebagai sarapan ...... selalu nampak dijaja di tepi jalan
Adakah kuih ini yang dipanggil baklava ..... yang famous tu?
Kemudahan umum yang menarik - tempat mengecas talipon
Goodbye Istanbul ...... kami telah jatuh cinta dengan mu! Teringin hendak ke sana lagi .....