Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Jejak Aceh - Pantai Lampuuk- Masjid Rahmatullah Lhoknga

Lawatan hari kedua - 3/6/2014

Pantai Lampuuk terletak di Desa Meunasah Masjid, kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar, Aceh, sekitar 15 kilometer dari Banda Aceh. Semasa terjadinya tsunami, pantai ini rosak teruk. Hotel-hotel di tepi pantai dan penempatan penduduk di sekitarnya hancur dilanda gelombang besar. Pantai Lampuuk antara kawasan yang paling teruk terkena tsunami. Akibat musibah itu, sebilangan besar warganya terkorban dan hanya satu bangunan yang masih berdiri , iaitu Masjid Rahmatullah Lampuuk,
 
Pantai Lampuuk memiliki garis pantai sepanjang sekitar 5 kilometer. Pantai ini berpasir putih, bersih dan lembut, air lautnya berwarna biru kehijauan, dan ombak yang sangat sesuai untuk aktiviti sukan luncur. Di daratan terdapat pohon-pohon pain yang rendang dan lebih jauh lagi kelihatan deretan pegunungan yang hijau. Pantai ini menghadap ke Lautan Hindi.





Dari kalangan wargakota, mereka ke sini untuk melepaskan penat lelah dari bekerja dan dari hiruk-pikuk suasana kota yang bising, sambil mencari ketenangan. Ini kerana pantai yang indah ini berada di daerah perkampungan yang masih sepi dan tenang. Mereka yang ke sini bukan sahaja boleh menikmati keindahan pantai  tetapi juga berpeluang menikmati enaknya makan ikan bakar sambil menghayati keindahan  alam ciptaan Allah. Di sini juga pengunjung berpeluang  mengabadikan detik tebenamnya matahari di waktu petang atau senja.

gambar Google - menghayati keindahan panorama di kala senja 
Hari ini kami ke sini hanya untuk menikmati keenakan ikan bakar. Anak-anak tidak mahu turun ke laut kerana cuaca yang sangat panas dan terik. Kebetulan ketika sampai sudah hampir tiba masa untuk makan tengahari. Jadi kami pun terus memesan ikan bakar sebagai menu utama tengahari ini. Sambil menunggu ikan dibakar, kami minum air kelapa muda yang dipesan juga dari warung ikan bakar dan makan kacang soya rebus yang dibeli dari seorang penjaja  bergerak.

Pondok tempat berihat dan juga tempat makan
kacang soya rebus

hmm.....enaknya masing-masing menikmati air kelapa muda
Ikan bakar masih di atas api
Sudah siap menu hari ini....
.ikan bakar cicah sambal kicap, kangkong goreng bersama nasi putih
Jom kita menjamu selera
Kira-kira pukul 1 tengahari selepas selesai makan, kami ke Masjid Rahmatullah, destinasi kami seterusnya. Kami juga ke sini untuk menunaikan solat jamak Zohor-Asar sambil melihat dengan lebih dekat sebuah masjid yang telah menjadi saksi kedahsyatan hempasan gelombang tsunami memporak-perandakan Aceh 10 tahun lalu.  Masjid Rahmatullah menjadi satu-satunya bangunan yang tinggal dari sebuah perkampungan di Kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar.

Sebelum Tsunami, perkampungan ini dihuni oleh sekitar 6.000 penduduk yang secara umumnya terdiri dari kelas menengah keatas. Masyarakat di perkampungan ini kebanyakannya pekerja PT. Semen Andalas Indonesia. Terdapat juga  nelayan, petani dan berbagai latar belakang pekerjaan lain. Ketika terjadi Tsunami, seluruh bangunan hancur dan terseret hingga ratusan meter ke arah daratan. Hanya sekitar 700 warga yang selamat. 

Sungguh ajaib Masjid Rahmatullah yang berjarak hanya sekitar 400 meter dari bibir pantai, tetapi masih berdiri dengan kokoh dalam timbunan  runtuhan bangunan-bangunan lain, sehingga ia  digelar “Miracle Mosque Lampuuk”  Meskipun beberapa sisi bangunan masjid rosak, akan tetapi sebahagian besar tetap utuh dan selamat.

Masjid ini dahulunya dibina dengan dana penjualan sarang burung walit yang dimiliki oleh desa Lampuuk yang terletak di pegunungan kapur. Sebagai mensyukuri hal tersebut, maka penduduk kampung menamakannya Masjid Rahmatullah (rahmat Allah) dan seluruh dinding masjid dicat putih, sempena  warna sarang burung walit kelas satu. Ada juga yang menceritakan pembinaannya melalui dana hasil tanaman cengkih yang banyak terdapat di sini.



Bahagian atas masjid ini menjadi tempat perlindungan penduduk ketika tsunami
Gelombang tsunami 2004 dikatakan setinggi lebih dari 35 meter
Bilik airnya
Balai mengaji kanak-kanak
Jom masuk dalam masjid!

Selepas solat sempat bersembang dengan salah seorang mangsa (duduk tengah) yang terselamat
Ni bahagian wanitanya.....sempat bertanya khabar pada 2 orang ibu' ...
menceritakan pengalaman semasa tsunami dan keadaan mereka seka b
Waktu solat hari ini.......3 Jun 2014
Meskipun bangunan Masjid Rahmatullah yang baru menjadi lebih megah dari sebelumnya, beberapa sisi masjid bahagian belakang tetap dikekalkan seperti keadaan asalnya yang rosak akibat tsunami. Sekali pandang, kelihatan seperti binaan yang belum siap. Di bahagian ini dipaparkan foto-foto lama sejurus selepas tsunami. Mungkin ini salah satu cara bagi masyarakat Lampuuk untuk selalu mengingati tsunami sebagai kenangan yang tidak akan dilupai, yang tidak hanya merosak masjid, tetapi juga telah mengambil orang-orang yang mereka cintai.

Bahagian masjid yang rosak akibat tsunami sengaja tidak dibaiki.....
....dibiarkan keadaan asal sebagai tanda kenangan
Foto-foto lama sejurus selepas tsunami dipaparkan sebagai kenangan
Ada foto-foto lama sejurus selepas tsunami terpapar di dalam masjid, di sudut kiri belakang yang sengaja dibiarkan rosak tidak diperbaiki. Mungkin  Kenangan ini juga boleh dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran serta menimbulkan rasa keinsafan bagi masyarakat setempat dan umum akan peristiwa tsunami 2014 yang telah menghancurkan kampung halaman mereka dan mengorbankan beratus ribu saudara-mara mereka.


kerosakan....tinggalan tsunami dalam masjid
Di bawah ini adalah antara foto-foto yang dipamerkan dalam masjid.



Gambaran dari puncak menara masjid
Kerosakan pada masjid terutama bahagian bawah
Kedudukan masjid yang hanya 400 meter dari bibir pantai
 Masjid ini telah dibaiki dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Turki. Ada papantanda yang mengiktiraf bantuan ini dalam bahasa Indonesia:

“Pekerjaan perbaikan mesjid Rahmatullah yang rusak akibat gempa dan tsunami pembangunan dua unit menara dan pagar keliling oleh Bulan Sabit Merah Turki”


gambar Google
 Bendera Indonesia dan Turki menghiasi pintu gerbang masjid
Namanya juga ditulis dalam 3 bahasa.......Indonesia, Turki dan Inggeris
BSM Turki juga telah  membuat sebuah perkampungan baru di sekitar masjid. yang kini digelar Kampong Turki. Ia adalah antara bantuan rumah yang paling baik di Aceh. Sebanyak 700 buah rumah telah dibina dan disumbangkan kepada penduduk.


Rumah bantuan BSM Turki......Kampong Turki
Setiap rumah ada logo bendera Turki di dinding
gambar Google
Kawasan berhampiran  masjid....sejurus selepas tsunami dan terkini......
Tambahan 2 menara dan pagar keliling masjid  dari sumbangan BSM  Turki
Rumah-rumah bantuan Turki juga berada di kawasan ini
Masjid ini juga dikenali sebagai "Masjid Delisa" di kalangan peminat filem kerana dikaitkan dengan filem 'Hafalan Shalat Delisa'. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel di bawah judul yang sama. Walaupun filem ini berlatarkan  daerah Nanggroe Aceh Darussalam, tetapi penggambarannya tidak dilakukan di daerah asalnya demi menjaga perasaan warga setempat ketika itu. Sebaliknya syuting filem tersebut berlangsung di Pantai Ujung Genteng, Sukabumi, Jawa Barat. Selain di Pantai Ujung Genteng, pengambilan gambar juga dilakukan di Bogor dan Aceh. Di Aceh cuma mengambil lokasi-lokasi penting sahaja, seperti bangunan, masjid, dan lain-lain,        

Filem HSD menceritakan tentang Delisa, yang ingin sangat
                   Novel karya Tere liye
menguasai hafalan solat, khususnya Surah Al-Fatihah. Pagi 26 Desember 2004, ketika Delisa bersama Ummi sedang  bersiap menuju ujian amali solat, tiba-tiba terjadi gempa bumi menyebabkan ibu, Delisa dan saudara-saudaranya takut. Namun keadaan kembali normal buat seketika hingga membolehkan Delisa ke Meunasah meneruskan ujian solatnya. Tiba-tiba tsunami melanda, ketika Delisa sedang khusyuk membaca surah Al-Fatihah semasa ujian praktikalnya. Gelombang tsunami menggulung desa kecil, tempat mengaji dan tubuhnya. Delisa tidak berganjak, walaupun tsunami menggulung tubuh kecilnya. Dia tetap khusyuk komat-kamit membaca hafalan solatnya.

Seorang tentera, bernama Smith, kemudian menjumpai Delisa, setelah pengsan beberapa hari di bukit berbatu. Sayangnya, kecederaan teruk menyebabkan kaki kanan Delisa terpaksa dipotong. Penderitaannya menarik simpati dan belas kasihan ramai orang. Alhamdulillah Abi Usman, ayahnya yang bertugas sebagai kelasi kapal berjaya bertemu kembali dengan Delisa.. Dia gembira dapat bersama-sama dengan ayahnya semula, meskipun sedih mendengar berita bahawa ketiga kakaknya telah pergi ke syurga, dan Umminya belum dijumpai.

Filem HSD.....2011
HSD adalah kisah benar. Karekter Delisa ini memang benar-benar wujud. Cuma yang berbezanya, Delisa dalam cerita berasal dari kecmatan Lhoknga manakala Delisa asli pula lahir di Ulee lheue.

Petikan kisah Delisa ketika berlakunya tsunami sehingga waktu dia diselamatkan.

Delisa sebenar
Saat itu katanya ia masih berusia 8 tahun lebih 15 hari. Ia masih
 duduk di kelas 2 MIN Ulee Lheue Banda Aceh. Saat musibah tersebut ia kehilangan ibunya Salamah, dan juga ketiga saudara kandungnya. Ia juga kehilangan anggota tubuhnya, yaitu kaki sebelah kanannya yang harus diamputasi. “Waktu itu kaki saya sudah membusuk. Telapak kaki sudah terkikis dan nampak tulangnya. Selama tiga hari setelah tsunami kaki saya hanya diberi betadine saja. Perihpun sangat luar biasa, melihat kondisi saya yang seperti itu, salah satu relawan mengatakan bahwa ada dokter dari Australia di Rumah Sakit Fakinah. Relawan itu juga bilang kamu harus terima apapun nanti hasilnya, saya pun siap dioperasi pada hari kelima," ujarnya di atas panggung.









Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 2)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - Part 3)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 3)

Jejak Aceh - Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 4 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 5 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 6 )

Hujung Dunia - KM 0 (Zero) Sabang