Pada 1 September kami berpeluang menziarah sebuah lagi masjid tua di negara China. Jika di Malaysia masjid paling tua mungkin dibina pada abad ke-15, tetapi di negara China terdapat banyak masjid yang dibina jauh lebih awal dari itu. Menjadi tanggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-9 atau ke-10 .... di mana? Terakhir terdapat perbezaan pendapat, negeri mana yang paling awal menerima Islam. Namun salah satu masjid yang tertua di China, Masjid Huaisheng Guangzhou, sudah berdiri sejak tahun 627 M. Ini menunjukkan orang dari negara China menganut agama Islam jauh lebih awal dari orang Malaysia.
China mempunyai penduduk Muslim yang minoriti iaitu seramai 23 juta orang. Mereka terdiri daripada etnik Hui, Uyghur, Kazakh, Dongxiang, Kirgiz, Salar, Tajik, Baoan, Uzbek dan Tatar. Meskipun demikian, bilangan masjid di negara itu begitu banyak. Mereka mempunyai 35,000 buah masjid, 57,000 orang imam, 720 buah pertubuhan Islam dan 10 institut Islam. Malaysia pula yang penduduk Islamnya majoriti, mempunyai hanya seramai 21 juta penduduk Islam daripada lebih kurang 33 juta penduduk.
Masjid Huaisheng .... salah satu masjid yang tertua di China |
Dinasti Tang merupakan satu jangka masa di mana banyak sekali pedagang Muslim datang ke negeri China melalui Silk Road atau Jalan Sutra. Silk Road merupakan laluan perdagangan yang menghubungkan negara-negara Timur dan Barat pada ketika itu. Hubungan pertama Islam dengan China terjadi di Guangzhou. Seterusnya, ajaran agama tersebut menyebar ke wilayah lain. Dapat dikatakan bahwa Guangzhou merupakan tempat lahirnya Islam di China.
Menara Cahaya atau Menara Rumah Api |
Menara Cahaya atau Rumah Api
Bangunan yang paling menonjol di dalam masjid adalah Rumah Api (menara). Dikatakan bahawa menara itu digunakan sebagai mercusuar. Menara Rumah Api Huaisheng telah dibina pada zaman yang lebih terdahulu daripada masjid. Tidak dapat dipastikan bila menara itu dibina, tetapi ia dipercayai senibina Islam tertua yang ada di China. Menara Cahaya berbentuk bulat dan hujung yang runcing dengan ketinggian sekitar 36 meter (118 kaki), terletak di sebelah barat daya masjid. Masjid Huaisheng memiliki gaya senibina tradisional China yang dipadukan dengan gaya senibina Arab. Menara ini mempunyai ciri khas gaya senibina Arab dengan hujung runcing di bahagian atas.
Dari menara inilah masjid itu mendapat nama lain - Masjid Menara Cahaya. Seorang muazin akan naik ke menara untuk melaungkan azan pada waktu solat. Dikatakan bahawa menara itu juga digunakan sebagai mercusuar untuk memimpin arah kapal-kapal yang melewati sungai Zhujiang. Sebaik kapal-kapal tiba di sini, mereka akan mengambilnya sebagai tanda mereka telah tiba di permulaan laluan sutra maritim atau laut. Selain itu, pelaut sering naik ke menara untuk melihat keadaan cuaca. Para pengunjung boleh menaiki menara tersebut melalui tangga heliks atau lingkaran tetapi kami tidak menaikinya pada hari itu.
Menara Melihat Anak Bulan
Terdapat juga di sini bangunan untuk melihat anak bulan, yang merupakan menara gerbang persegi dengan dasar batu pasir merah yang dibina semasa Dinasti Ming (1368 - 1644) dan atap berlapis yang diubahsuai di zaman Dinasti Qing (1644 - 1911). Menara ini digunakan untuk melihat anak bulan bagi menentukan waktu untuk Puasa dan Ramadhan.
Dua keping gambar yang disambung untuk menunjukkan reka bentuk bumbung tradisional China menyebabkan dinding kelihatan seperti dinding berbucu ....... sebenarnya lurus sahaja |
Bangunan untuk melihat anak bulan .... dinding dibina semula ketika zaman Dinasti Ming, bumbungnya dari Dinasti Kangxi dan dibuat semula pada pada zaman Dinasti Qing |
.... ini dinding sebenar... |
Jom masuk Masjid!
Ini di bahagian luar bangunan masjid ... di pintu utama terdapat hiasan tulisan khat di sebelah kiri dan kanan pintu |
Sekarang kita berjalan-jalan di halaman masjid pula. Banyak benda-benda menarik terdapat di sini.
..... inilah pagarnya yang dibina pada zaman Dinasti Ming mengikut maklumat di papan tanda |
Selain daripada ini, kita akan berjumpa banyak bahan-bahan bersejarah dalam bentuk binaan dan hiasan Masjid. Beberapa bebatuan yang dipakai untuk menutupi halaman balai atau dewan utama berasal dari Dinasti Ming. Sebuah plak dengan kata-kata "Jiao Chong Xi Yu" diberikan kepada masjid oleh Maharaja Guangxu dari Dinasti Qing (1901). Ia dicap oleh maharaja dan keempat-empat perkataan itu dipercayai ditulis oleh Maharani Balu Cixi. Kata-kata itu bermaksud "Islam berasal dari Makkah Barat".
"Jiao Chong Xi Yu"..... "Islam berasal dari Makkah Barat". |
Mud Wall .... dibina ketika zaman Ming setebal 70-80 cm |
Tidak pasti apa keistimewaan struktur ini ..... |
Terdapat beberapa restoran halal di jalan bertentangan dengan masjid ini. Salah satunya Restoran Nur Bostan,cukup terkenal dan menyajikan pelbagai hidangan termasuk masakan Cina dan beberapa hidangan popular dari negara lain juga.
Ayam dan daging halal juga terdapat di sini. Orang Islam yang datang untuk solat senang mendapatkan bekalan makanan halal mingguan mereka dari sini kerana barang-barang ini tidak begitu mudah didapati di kawasan lain. Keadaan ini juga menggalakkan pelawat-pelawat muslim mengunjung masjid kerana kemudahan mendapat makanan halal.
Bahagian luar bangunan masjid |
Kawasan di luar masjid |
Kedai halal menjual daging lembu, kambing dan ayam |
Di hadapan restoran Nur Bostan |
Kami juga tidak melepaskan peluang menjamu selera di restoran Nur Bostan. Jom masuk!
Suasana dalam Restoran Nur Bostan |
Kuih dan roti Uighur ... dibeli di restoran Nur sebagai bekalan |
Ok .... Jom ke Shamian Island pula!
Jumpa di entri yang lain, insya Allah ....
Jumpa di entri yang lain, insya Allah ....
Related posts:
Jalan-jalan di China 2 - Shamian Island