Showing posts with label pasar. Show all posts
Showing posts with label pasar. Show all posts

Wednesday 21 August 2019

Transit Tour - Dubai

Ini iklan di airport Amman Jordan
Bagi sesetengah perjalanan udara yang jauh, ia memerlukan kita untuk membuat 'transit' sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Transit adalah perhentian sementara samada untuk menukar pesawat atau masih pesawat yang sama, tetapi menurunkan sebahagian penumpang dan mengambil penumpang yang baharu, sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.

Ada kalanya transit ini mengambil masa yang sangat lama sehingga kita sempat keluar dari airport dan berjalan-jalan sebelum menyambung perjalanan. Kebiasaannya transit yang melebihi 6 jam
sahaja yang dibenarkan keluar dan diberi visa percuma. Itu pun kena lihat kesesuaian masanya kerana jika masa menunggu itu sebahagian besarnya berada pada sebelah malam, agak sukar kita hendak keluar.

Waktu transit inilah yang digunakan oleh agen pelancongan menawarkan 'Transit Tour' kepada para penumpang yang dalam transit. Sesetengah lapangan terbang menawarkan lawatan (tour) dan lain-lain hiburan  seperti pawagam, muzium, persembahan muzik, dan taman tropika di lapangan terbang. Semua ini boleh didapati secara percuma, dan tiada visa diperlukan kerana kita dianggap sebagai penumpang "dalam transit". Pastikan semua dokumen perjalanan ada bersama dengan kjta.

Ada 7 buah lapangan terbang yang memberi lawatan dan aktiviti percuma. Boleh rujuk di sini.

Sebenarnya  masa transit ini boleh dijadikan satu pengalaman melancong secara berjimat kerana ia merupakan satu aktiviti sampingan, mengambil peluang keberadaan kita di tempat tersebut. Kalau kita rajin, kita boleh mencari penerbangan yang ada transit yang lama untuk membolehkan kita 'keluar' sebentar untuk tujuan melancong. Kita juga boleh merancang dan mengatur penerbangan agar dapat berhenti beberapa hari dengan penambahan kos yang sedikit atau kadang-kadang tiada lansung.

Ada beberapa kali saya dan suami menggunakan cara ini untuk melancong semasa transit. Kali pertama ialah semasa perjalanan balik dari Morocco dan transit di Dubai, kemudian transit di Jordan sewaktu pergi dan balik dari Cyprus. Alhamdulillah kami berjaya melawat Burj Khalifa di Dubai, Petra dan al Kahfi di Jordan.

1. Burj Khalifa - 3 April 2017
Kami tiba di Dubai dari Marrakech tengah malam. Kami perlu menunggu selama 18 jam lagi untuk penerbangan ke KL. Kami berkira-kira, jika keluar dari airport selepas subuh kami masih ada lebih kurang 10 jam untuk berjalan-jalan di Dubai. Kami hanya teringin menaiki Burj Khalifa. Jadi sebelum bertolak ke Dubai kami telah membeli tiket naik, dari sebuah agen pelancongan secara online. Alhamdulillah kami berjaya menaikinya ... sangat teruja.😊
Tiket untuk 3 Apr 2017 pukul 11 pagi
2 tiket masuk yang sama tetapi berbeza maklumat dan design
Ketinggian Burj Khalifa 828m ...
...... bangunan tertinggi di dunia sejak 2009
Rekabentuk Burj Khalifa diilhamkan daripada Senibina Islam yang terdapat di rantau ini, seperti senibina pada Masjid Besar Samarra di Iraq, iaitu sebuah masjid dari kurun ke-9. Ia mempunyai 163 tingkat dan sejumlah 57 lif serta 8 eskalator. Pada asalnya Burj Khalifa dikenali sebagai Burj Dubai. Ia dimajukan oleh syarikat hartanah terkenal, Emaar pada 2004 dan siap pada 2009. Ketika Dubai berdepan krisis kewangan global, kerajaan Abu Dhabi di bawah pemerintahan Sheikh Khalifa kemudian memberi bantuan pinjaman kewangan kepada Dubai bagi pembinaan Burj Dubai. Sebagai menghargai bantuan itu, ia kemudian dinamakan Burj Khalifa bagi mengenang jasa Sheikh Khalifa.

Ada banyak cara untuk pergi ke Burj Khalifa dari Dubai Airport. Salah satu caranya ialah dengan menaiki metro. Burj Khalifa terletak di sebuah kawasan yang dipanggil 'Dubai Downtown' dan dekat dengan Dubai Mall. Kami hanya lalu sahaja di Dubai Mall tetapi tidak menyinggah, walaupun terdapat banyak 'attraction' di sini. Masa tidak menizinkan kami untuk 'berlama-lama' di sini.

Naik metro terus dari airport ke Dubai Mall / Burj Khalifa
Kami membeli kad nol untuk menaiki metro. Nol ( نول ) adalah bahasa arab yang bermaksud tambang. Jenis kad yang sesuai untuk kegunaan pelancong adalah kad nol merah. Kad ini memudahkan kita bergerak kerana selain dari menaiki metro, ia juga boleh digunakan untuk menaiki bas dan tram.
Kad nol merah ... sebelah belakang
Kad nol merah untuk 1 hari .... sebelah depan
Ini jejantas untuk pejalan kaki yang
 menghubungkan stesen metro dan Dubai Mall / Burj Khalifa
Ini pemandangan dari jejantas
Akhirnya tiba juga di Burj Khalifa 😌.... alhamdulillah .... lega!
Was here ... pagi 3 April 2017
Ruang menunggu  untuk naik ke 'observation deck'
Selain mencatat rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia, Burj khalifa juga mempunyai jarak jalanan lif yang terjauh (504 m) dan mempunyai kelajuan lif di kedudukan ke-3 dalam senarai yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksima 36 km/h. Bangunan ini juga pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem aksi terkenal Amerika pada 2011; filem Mission Impossible - Ghost Protocol. Suami saya sangat teruja berjaya sampai ke sini kerana dia suka menonton filem ini berulang kali.
At  The Top ...  tempat yang ingin dituju
Jom naik!

Dek peninjau  'At The Top' berada di tingkat ke-124 pada ketinggian 452 m. Naik lif laju ke aras ini mengambil masa lebih kurang seminit sahaja ... sangat hebat!
Tanda di dinding yang memberitahu ketinggian  observation deck ini



Antara beberapa pemandangan menarik
 yang dapat dilihat dari atas observation deck
Ini observation deck yang dikelilingi kaca
untuk memudahkan kita melihat keluar
2. Dubai Fountain
Di kota Dubai ini banyak tempat yang termasuk dalam ketegori 'ter....' di dunia. Dubai Mall adalah pusat membeli-belah yang terbesar di dunia dan di mall ini juga terletaknya Dubai Aquarium, antara yang terbesar di dunia. Di kaki bangunan Burj Khalifa pula terdapat Dubai Fountain, pancuran air bermuzik (musical fountain)yang terbesar di dunia.

Kenangan bersama Burj Khalifa ...
tengahari 3 Apr 2017
Air pancutnya ditutup pula hari ini
Tengok dalam video sahajalah ......


3. Souk Al Bahar
Souk al Bahar .... juga terletak di sini
.... sebuah pasar tradisional tetapi ditempatkan dalam suasana moden

Souk Al Bahar, which means ‘market of the sailor’ in Arabic, is a modernised experience on the traditional Arabian markets.

Found in the heart of Downtown Dubai is this unique Arabesque hub for shopping, entertainment and dining. It is accessible through the beautiful walkway of The Dubai Mall, overlooking the Dubai Fountain with the Burj Khalifa towering above.

But the most recognisable feature about Souk Al Bahar is the architecture – plentiful in natural stone corridors, restrained lighting and Arabian decor.



4. Jumeirah Grand Mosque
Kami juga sempat melawat sebuah masjid yang terletak di daerah Jumeirah. Ia dibina pada tahun 1976 menggunakan batu putih berukir dan dipengaruhi gaya senibina Fatimid dari Afrika Utara. Masjid ini dikatakan menjadi ikon Dubai yang paling banyak diambil gambarnya.
Was here .... petang 3 Apr 2017
Jumeirah Grand Mosque

Batu putih berukir yang sangat indah
Senibina yang indah
2 menara masjid ini sangat menonjol ..
Kubah di tengah diapit oleh 4 kubah yang lebih kecil

Bahagian dalam masjid
 Masjid ini terbuka untuk umum, dan menyediakan tour beserta dengan tour guide pada sebelah pagi. Namun pada waktu (petang) kami pergi melawatnya. penjaga masjid tidak membenarkan saya masuk kerana saya perempuan😒. Hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk .... 😡marah jugalah saya pada hari itu. Selepas aktiviti ini kami terus ke airport.
Balik ke stesen metro naik bas .... tempat menunggu
 yang sangat selesa bertutup dan ada penyaman udara

Related post:








Transit Tour - Jordan

Monday 7 January 2019

DKI Jakarta - The Big Durian

Ini adalah catatan untuk lawatan 2 tahun lepas (2016). Kami ke Bandung terlebih dahulu sebelum ke Jakarta untuk beberapa hari. Dari Bandung kami menaiki bas mini. Lebih kurang jam 12.30 pagi baharu kami tiba di hotel penginapan kami di Jakarta, setelah hampir lima setengah jam perjalanan. Sebenarnya hotel kami bukan berada di pusat bandar Jakarta tetapi di Selatan Tangerang, lebih kurang sejam lebih perjalanan lagi ke sini. Perjalanan kami ke sini  adalah atas urusan kerja. Suami ada seminar yang berlangsung di hotel ini dari 2-4 Oktober.
Hotel Santika Primiere bersebelahan dengan  ICE
(Indonesian Convention Exhibition - yang terbesar di Indonesia)
Yaa .... inilah hotel kami .... tengahari 2 Okt 2016
Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta) adalah ibu negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisir bahagian barat laut Pulau Jawa. Ia pernah dikenali dengan beberapa nama, di antaranya Sunda Kelapa, Jayakarta, dan Batavia. Bagi orang luar dari Indonesia, Jakarta lebih dikenali dengan nama jolokan The Big Durian kerana dianggap kota yang setanding New York City (Big Apple) di Indonesia.
Kedudukan Jakarta di Pulau Jawa
Jakarta, terletak di dataran rendah pada ketinggian rata-rata 8 meter dpl. Keadaan ini menyebabkan Jakarta sering dilanda banjir. Sebelah selatan Jakarta merupakan daerah pegunungan dengan curahan hujan yang tinggi. Jakarta disaliri oleh 13 sungai yang semuanya bermuara ke Teluk Jakarta. Sungai yang terpenting ialah Ciliwung, yang membelah kota menjadi dua. Jakarta memiliki suhu udara yang panas dan kering atau beriklim tropika, yang sangat berbeza dari cuaca di Bandung!

Semenjak dimasyhurkan sebagai ibu kota pada 1961, penduduk Jakarta bertambah dengan sangat pesat akibat keperluan tenaga kerja mengurus-tadbir yang hampir semuanya berpusat di Jakarta. Dalam jangka waktu 5 tahun sahaja, jumlah  penduduknya berlipat lebih dari dua kali ganda. Situasi ini menyebabkan beberapa tindakan diambil oleh pemerintah bagi menyekat kelajuan pertambahan penduduk tetapi tidak berjaya. Hingga ke hari ini Jakarta masih terus bergelut dengan masalah-masalah yang terjadi akibat kepadatan penduduk, seperti banjir, kesesakan, serta kemudahan pengangkutan umum yang tidak mencukupi.

Hari pertama di Jakarta kami telah ke pusat kota selepas Zohor dengan menaiki Grab car. Kami terus ke pasar Tanah Abang, yang dikatakan pasar terbesar di Asia Tenggara. Kami bukan hendak 'bershopping' sakan di sini😀tetapi hanya berjalan-jalan sambil melihat keadaan pasar yang sangat terkenal ini. Kami sempat makan tengahari di sini dan membeli-belah sedikit. Sebahagian kedainya sudah mula mengemas kerana ada yang tutup seawal jam 4 atau 5 petang. Barang dagangannya lebih kurang sama yang terdapat di Pasar Baru Bandung tetapi dalam kawasan yang lebih luas.
Pasar Tanah Abang
Petikan dari jakarta-tourism.go.id
Pasar Tanah Abang dulu disebut Pasar Sabtu karena hanya buka setiap Sabtu. Pasar yang kini jadi pusat jual-beli barang tekstil itu didirikan Yustinus Vinck pada 30 Agustus 1735. Pasar itu sempat diporak-porandakan dalam tragedi Chineezenmoord tahun 1740.

Tahun 1881, Pasar Tanah Abang berangsur pulih. Pasar mulai dibuka dua hari, Sabtu dan Rabu.
Perputaran uang di pasar yang kini terletak di kawasan Jakarta Pusat itu kian meningkat. 
Pembangunan Stasiun Tanah Abang pun semakin membuat bisnis tekstil semakin menggeliat.

Pasar Tanah Abang akhirnya dibuka setiap hari, bangunan semi permanen telah berubah menjadi gedung-gedung bertingkat yang dapat menampung ratusan bahkan ribuan pedagang.



Bajai ... pangangkutan yang murah di Jakarta ... hanya 25k rupiah
Bajai-bajai menuju ke Monas ....  dari dalam bajai yang dinaiki
Dari sini kami naik bajai ke Monas, iaitu singkatan kepada Monumen Nasional, yang menjadi lambang Jakarta. Dengan bentuk yang khas dan kawasan persekitaran seluas 80 hektar, Monas juga berperanan penting sebagai ruang terbuka hijau di pusat Jakarta.

Monas dan kawasan sekitarnya dikenali dengan berbagai nama, silih berganti, dari Lapangan Gambir, Lapangan Ikada, Lapangan Merdeka, Lapangan Monas, dan Taman Monas. Ia mulai dibina pada 17 Ogos 1961 dan dibuka untuk umum pada Julai 1975. Pembinaannya telah mendapat tentangan dari  berbagai pihak, terutama mahasiswa kerana ianya dianggap  satu pembaziran.

Tugu Monas ... 132 m tinggi
Pelataran cawan
Bentuk monas sering digandingkan dengan alu dan lesung, untuk menumbuk padi. Ukuran Monas pula melambangkan tanggal Kemerdekaan RI, 17 Ogos 1945 .... tinggi pelataran cawan dari dasar 17 meter. manakala rentang tinggi antara ruang museum sejarah ke dasar cawan adalah 8 meter (3 meter di bawah tanah ditambah 5 meter tangga menuju dasar cawan), dan luas pelataran yang berbentuk bujur sangkar, berukuran 45 x 45 meter.
Lidah api di puncak menara
Lidah api ini melambangkan semangat perjuangan rakyat Indonesia yang berkobar ketika melawan penjajah. Ketika dibina emas yang digunakan untuk melapisi lidah api mempunyai berat 35 kilogram. Namun pada tahun 1995, ketika Indonesia merayakan ulang tahun emas kemerdekaan yang ke-50 tahun, lapisan emasnya ditambah lagi hingga seberat 50 kilogram
Lapangan di sekitar menara Monas ... ptg 2 Okt 2016
... pemandangan dari atas cawan
Keretapi yang membawa pengunjung dari pintu masuk taman ke menara
dan sebaliknya .... kami tidak berjaya naik kerana terlau ramai yang menunggu
Menara Monas ini bukan saja sekadar tugu, malah menjadi tempat rekreasi  dan aktiviti yang menarik bagi warga Jakarta. Di bawah menara ini ada sebuah muzium sejarah berserta kemudahan-kemudahan yang lain seperti ruang solat dan bilik air. Kawasan hijau yang luas di luar pula sangat sesuai untuk aktiviti bersukan. Menara ini juga boleh dinaiki sehingga ke puncak. Namun pada hari lawatan kami aktiviti ini sudah ditutup ... mungkin kerana berada di luar waktunya, tetapi tiada pula kelihatan sebarang notis mengenainya.

Kawasan muzium di bawah menara

Salah satu bahan pameran yang terdapat di muzium
Monas bertukar rupa ...
Kami tinggalkan kawasan tugu Monas ketika hari sudah gelap .... Monas bercahaya pada waktu malam. Dari sini kami naik bajai lagi sekali menuju ke Pasar Baru Jakarta. Pasar ini juga merupakan salah satu pusat perdagangan tertua di Jakarta. Ia dibangun pada masa VOC (Verenigde Oost Indsche Company) yang berkuasa sekitar tahun 1820. Tahun pembinaan tersebut juga tertera di bawah tulisan “Passer Baroe” di pintu masuk. Dulu, Pasar Baru / Passer Baroe merupakan sebuah kawasan perbelanjaan elit warga ekspatriat kerana kedudukan pasar ini  yang berdekatan dengan penempatan mereka.
Pintu masuk Pasar Baru ....tertulis Passer Baroe 1820 
Keadaan di Pasar Baru ini bukanlah seperti yang saya bayangkan, seperti di Pasar Baru Bandung dan Pasar Tanah Abang Jakarta, di mana kedai-kedainya berada dalam bangunan besar. Sebaliknya, ia adalah pasar terbuka dengan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ketika kami berada di sini hari sudah gelap. Di samping kedai-kedai tetap yang masih membuka perniagaan mereka, ada juga peniaga yang membuka gerai-gerai di tepi jalan yang mana keadaannya seperti pasar malam.

Dari Pasar Baru kami ke Thamrin City Mall, juga dengan menaiki bajai. Kali ini tambangnya sebanyak 30k rupiah.Thamrin City atau Thamrin City Mall merupakan pusat beli-belah yang besar di Jakarta Pusat, yang berada lebih kurang 300 meter dari Pasar Tanah Abang. Thamrin City bukan sekadar tempat membeli-belah tetapi ia juga menempatkan apartmment, town house, hotel, bank dan lain-lain kemudahan. Tempat ini agak mewah untuk berbelanja😄tetapi kami ke sini untuk mencari makan, sebelum balik ke hotel.

Singgah makan di sini
... sudah tentu makan gado-gado😊
 Akhirnya kami pulang ke hotel dengan menaiki kereta Uber dengan tambang sebanyank Rp108k. Ini lawatan pertama (2 0kt 2016) ke pusat kota Jakarta. Lawatan kedua dibuat pada 4 Okt, sebelum penerbangan balik ke Malaysia. Lagi sekali kami menyewa kereta Grab untuk berjalan-jalan di kota Jakarta.

Saya dan suami sangat suka menziarah masjid di tempat-tempat yang kami lawati jika ada kesempatan. Begitu juga di Jakarta ini, kami tidak melepaskan peluang menziarahi masjid utamanya iaitu Masjid Istiqlal. Dengan keupayaannya menampung seramai 200.000 jamaah dalam satu masa, menjadikannya masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Berdasarkan keluasan bangunan dan dataran, Masjid Istiqlal juga yang terbesar di Asia Tenggara dan keempat di dunia. Masjid ini diresmikan pada tahun 1978 untuk memperingati kemerdekaan Indonesia sebagai rasa syukur negara. Nama Istiqlal berasal dari bahasa Arab yang berarti 'kemerdekaan'.
Masjid Kemerdekaan
Jom masuk masjid! 


Tempat wuduk yang sangat selesa ... sangat suka dengan tempat
meletakkan kaki sambil membasuhnya
Kawasan dalam masjid yang sangat luas
Dewan solat utama
Bilik menyalin telekung ..... kemudahan yang disediakan sangat selesa
Tiada dinding atau langsir yang membataskan tempat
solat wanita dan lelaki .... hanya ada penanda
Pemandangan di kawasan luar masjid
Tempat kedua kami sempat lawat pada hari kedua ini ialah daerah Kota Tua atau Kota Lama.
Tempat ini merupakan kawasan penting pada masa penjajahan Belanda dahulu dan ia juga dikenali sebagai Batavia Lama. Kawasannya meliputi sebahagian wilayah Jakarta Utara dan Jakarta Barat.

Di sini banyak terdapat bangunan-bangunan lama bersejarah yang berkonsepkan senibina Belanda. Dikatakan banyak daripadanya dalam keadaan terbiar  walaupun ada yang  berfungsi sebagai muzium, restoran, pejabat pos, kedai cenderamata dan pasar mini Indomaret. Selari dengan nostalgia kota lama, kebanyakan  muzium Jakarta terletak di sini, tetapi kami tidak masuk satu pun kerana kesuntukan masa. Kami hanya bercadang membuat lawatan singkat sahaja ke Kota Tua ini.

Jom jalan-jalan!


Di kawasan Kota Tua ini terdapat banyak bangunan-bangunan lama atau tua bersejarah seperti Toko Merah, Cafe Batavia, Menara Syahbandar, Pos Indonesia, Stesen Jakarta Kota, dan Jambatan Kota Intan.

Jom mengimbau kembali keindahan zaman lampau ..... 4 Okt 2016
Banyak terdapat kafe atau restoran di sini
Kafe Batavia - dibina sekitar 1830-an
Bangi Kopitiam
Muzium Fatahillah (Muzium Sejarah Jakarta) sedang dibaikpulih
...... lawatan pada pagi 4 Okt 2016
Apabila berada di kawasan ini, tempat tumpuan utama para pelancong, samada dalam atau luar negara, adalah Taman   Fatahillah atau Fatahillah Square. Ia merupakan pelataran dari bangunan Fatahillah yang menempatkan Muzium Sejarah Jakarta. Dulunya ia adalah Balai Kota Batavia, yang dibina pada 1710 dan hanya dijadikan muzium pada 1975.

Fatahillah (Arab: فتح الله) adalah tokoh yang dikenal mengusir Portugis dari pelabuhan perdagangan Sunda Kelapa dan memberi nama "Jayakarta" yang berarti Kota Kemenangan, yang kini menjadi kota Jakarta. Ia dikenali juga dengan nama Falatehan. Namanya diabadikan di banyak tempat, termasuklah Muzium Fatahillah.  
Muzium Wayang - awalnya sebuah gereja dan
 baru diresmikan sebagai museum pada 1975
Muzium Seni Rupa dan Keramik - dulunya gedung pengadilan tahun 1870.
 Di kawasan Kota Tua terdapat Museum Sejarah Jakarta atau Museum Fatahillah, Museum Wayang, Museum Bahari, Museum Seni dan Keramik, Museum Mandiri dan Museum Bank Indonesia.
Pejabat Pos Jakarta Taman Fatahillah - senibina gaya Art Deco
Beroperasi sebagai pejabat pos sejak 1928 di Zaman Belanda
Gedung Jasindo - dibina pada 1912
Gedung Jasindo adalah bangunan bekas gedung NV West-Java Handel-Maatschappij (WEVA) atau Kantoorgeouwen West-Java Handel-Maatschappij, yang dibina pada tahun 1912. Gedung ini sekarang dimiliki oleh PT Asuransi Jasa Indonesia (Jasindo), namun sudah tidak dipergunakan lagi.
Gedung ini telah dibaikpulih dan sekarang kembali utuh dengan fasad atau muka bangunan yang dikembalikan seperti asajnya. Cuma tulisan WEVA yang dulu ada di dinding tingkat tiga sekarang diganti tulisan Gedoeng Jasindo. Tulisan gedungnya menggunakan ejaan lama di mana huruf 'u' ditulis dengan huruf 'oe'.

Stesen ini juga dikenali sebagai Stesen Beos - dibina pada 1870
Kawasan berhampiran
Kawasan Kota Tua tidak hanya berpusat di Taman Fatahillah dan muzium sahaja. Masih banyak tempat lain yang jarang diketahui sebagai sebahagian dari Kota Tua. Di sini juga terdapat "China Town" yang berpusat di kawasan Glodok. Tempat itu menyimpan sejarah pusat perniagaan masyarakat Cina dan tempat-tempat ibadat mereka. Selain itu ada masjid-masjid tua seperti Masjid Luar Batang, Masjid An–Nawier dan Masjid Langgar Tinggi.

Selain dari menikmati keindahan senibina bangunan-bangunan lama, di Kota Tua ini juga terdapat beberapa aktiviti menarik bagi para pengunjung. Di sepanjang pinggiran jalan terdapat berbagai-bagai bentuk perniagaan seperti  artis jalanan, berfoto bersama seniman jalanan dengan kostum yang beranika ragam dan  pedagang-pedagang kaki lima yang menjaja makanan dan beranika jenis barang lain.
Macam duduk atas angin😕
Seorang lagi orang ajaib😁.....
perlu bayar kalau ingin bergambar bersama mereka
Boleh mendapatkan khidmat pelukis jalanan
 untuk membuat potret dalam masa 3 minit
Suatu yang menonjol di Taman Fatahillah ini adalah deretan basikal berwarna-warni yang disewakan kepada pengunjung, lengkap bersama topi dengan warna yang sesuai dengan basikalnya.  Basikal yang digunakan adalah dari jenis basikal tua atau sepeda onthel dalam bahasa Indonesia.

Berbasikal pusing-pusing di Taman Fatahillah sambil berfoto
Sepeda Onthel disewa bersama topi
Deretan basikal tua atau sepeda onthel
dengan berbagai warna menarik untuk disewa
Kami cuba mencari cenderahati yang boleh dibawa balik ke Malysia di sini tetapi tidak berjumpa yang sesuai. Jadi kami ke Lenggang Jakarta pula untuk mencarinya sebelum pulang ke Malaysia.

Lenggang Jakarta
 Lenggang Jakarta adalah kawasan 'food court' di daerah Monas, tepatnya di Jalan Merdeka Selatan, yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Parkir IRTI Monas. Ia baru dibuka pada Mei 2015.Tempat ini menampung pedagang kecil dan pedagang kaki lima yang dahulunya berkeliaran di sekitar Monas. Tempat ini dilengkapi kemudahan seperti mesin vending minuman, tandas, tandas OKU, wifi percuma dan 350 gerai termasuk makanan dan cenderahati. Ya, akhirnya kami jumpa suvenir untuk dibawa pulang dengan harga yang sangat murah, alhamdulillah .....