Perjalanan seorang insan yang berkelana di bumi Allah, mencari keredhaanNya dan berusaha menjadi Al-Rawahil
Wednesday, 19 August 2009
Pergi Tak Kembali
Tepat bagai dikata ..... setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma yang masih tidak di ketahui ...... bila dan bagaimana? Pepatah ada mengatakan " sebelum ajal berpantang mati ". Walaupun kadang-kadang ada orang yang sakit tenat tetapi dengan izin Allah dia kembali sihat wala'fiat. Ada pula manusia terlibat dengan kemalangan yang dahsyat dan mengerikan tetapi takdir menentukan yang dia masih hidup kerana ajalnya belum tiba. Namun ada insan yang mendapat kemalangan kecil tetapi tiba-tiba dia meninggal, kerana kematiannya sudah ditakdirkan ..... Allah Maha Mengetahui.
Pemergian Asri Rabbani yang tidak akan kembali lagi membuat saya terus tersentak kerana pemergiannya berlaku di bulan Syaaban, lebih kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan al - Mubarak ........ satu bulan yang penuh dengan barakah! Tiba-tiba saya berbisik di dalam hati, "Sempatkah aku sambut Ramadhan tahun ini?..... Ya Allah izinkanlah hambamu ini hidup di Ramadhan tahun ini.", terus saya bermunajat kepada Allah SWT.
Beberapa hari sebelum itu saya ada terbaca di akhbar Mstaronline betapa gembiranya kumpulan ini kerana baru menandatangani kontrak membuat persembahan di sepanjang bulan Ramadhan di Hotel Singgahsana. Mereka juga mengatakan itu adalah sebahagian dari ibadah mereka di bulan yang mulia itu nanti. Semoga Allah menerima ibadah mereka itu, Aamin.
Kita selalu "take for granted" yang kita akan dapat menyambut Ramadhan setiap tahun. Ini kerana kita jarang memikirkan soal kematian. Sepatutnya kita sentiasa kena mengingati mati supaya setiap tindak tanduk kita dalam kehidupan sejajar dengan persediaan untuk pergi buat selama-lamanya, yang tidak kita ketahui bilakah waktunya. Itulah sebabnya apabila tiba bulan Rejab kita diajar supaya berdoa seperti di bawah agar kita berkesempatan menyambut Ramadhan .... satu bulan yang tidak ada tolok bandingnya.
“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana”.
“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”
Tuesday, 18 August 2009
Ramadhan al-Mubarak (1430 Hijrah)
Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi Insyaallah. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat.....selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga amalan kita di bulan yang mulia itu pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas, InsyaAllah.
Dari Abi Hurairah RA.Rasulullah SAW bersabda. Apabila masuk Ramadhan, dibukakan pintu-pintu rahmat dan pintu-pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan-syaitan”
(riwayat: Muslim)
3. Bulan Al-Quran
“Bulan Ramadhan iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an (sebagai) petunjuk bagi sekelian manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil). AL-Baqarah: 185
Selamat datang Ramadhan
أتاكم رمضان سيد الشهور،فمرحبا به وأهلا
" Telah datang kepada kamu Ramadhan penghulu segala bulan, Selamat Datang Diucapkan ”
(al-Thabarani)
(al-Thabarani)
عَن ابْنِ مَسْعُود رَضى اللهُ تَعَالَى عَنهُ عَنِ النَّبِي (ص) اَنَّهُ قَالَ وَقَدْ دَنَا شَهْرُ رَمَضَانَ لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ
مَافِى رَمَضَانَ لَتَمَنَّتْ أُمَّتِى اَن يَكُونَ سَنَةً
''Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun”.
(riwayat al-Tabrani)
Kenapa Ramadhan Istimewa dan Perlu Disemarakkan?
1. Bulan Baraqah
Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka, syaitan dibelengu, ganjaran pahala berlipat ganda, lailatul qada.
قد أتاكم شهر رمضان، شهر مبارك
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, iaitu bulan keberkatan“
(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)
2. Bulan Rahmat dan Keampunan
عن ابى هريرة, رضى ألله عنه, قال : رسول ألله صلى ألله عليه وسلم: إذا كان رمضان، فتحت ابوابُ الرحمة، وغلقت ابواب جهنم. وسٌلسلتِ الشياطين (رواه مسلم)
Dari Abi Hurairah RA.Rasulullah SAW bersabda. Apabila masuk Ramadhan, dibukakan pintu-pintu rahmat dan pintu-pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan-syaitan”
(riwayat: Muslim)
3. Bulan Al-Quran
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an (sebagai) petunjuk bagi sekelian manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil). AL-Baqarah: 185
~ Bulan permulaan al-Quran diturunkan
~ Bulan bermulanya petunjuk dan panduan untuk manusia
4. Bulan Ibadah
~ Ramadhan bulan meningkatkan ibadah
جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً ، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ،
"Bulan yang Allah jadikan berpuasa pada siangnya satu kefarduan, menghidupkan malamnya dengan qiyamullail sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan amalan sunat, pahalanya seperti beliau melakukan amalan yang wajib pada bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan satu amalan wajib, pahalanya seperti beliau melakukan tujuh puluh amalan yang wajib pada bulan yang lain."
(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)
5. Bulan Kesabaran
وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ
Ia adalah bulan sabar dan ganjaran bagi sabar ialah syurga. Ia juga bulan dihapuskan segala dosa
6. Bulan Sedeqah
“ Nabi s.a.w adalah orang yang paling dermawan, terutamanya ketika di bulan Ramadhan baginda lebih dermawan daripada angin yang bertiup”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ
"Ia juga adalah bulan ditambah padanya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat keampunan pelepasan daripada api neraka. Orang itu juga mendapat pahala, sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa sedikit pun kekurangan."
7. Bulan Tarbiyyah
8. Bulan Muhasabah
~Mendidik jiwa dengan sifat mulia
~Mendidik sifat pemurah
~Melazimkan ibadat – solat sunat tarawikh, iktikaf, sedekah
9 . Bulan ilmu
10.Bulan mujahadah
11 .Bulan ukhuwah
Thursday, 13 August 2009
Amalan Bida'ah di Bulan Sya'aban
Hari ini 22 Sya'aban 1430 Hijrah bersamaan 13 Ogos 2009 . Minggu lepas banyak masjid dan surau di sekitar Johor mengadakan majlis khas sempena 'Nisfu Sya'aban' iaitu bersamaan 15 Sya'aban. Ada yang menamakannya sebagai Majlis Yasin Perdana, ada pula yang memanggilnya Majlis Tahlil Khas dan seumpamanya. Mereka berhimpun selepas solat maghrib.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya. Ini adalah di antara beberapa amalan yang dilakukan pada malam tersebut.
Sebenarnya hadis sahih mengenai keutamaan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu. Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba- Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) " (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang disebut di atas adalah bidaah. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Namun demikian, ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya. Bahkan, terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah.
Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti:
"Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.'' (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61) b)
Amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada bulan Sya'aban hanyalah amalan-amalan biasa seperti membaca Quran, berzikir , berdoa dan mengerjakan solat sunat. Hanya beliau memperbanyakkan puasa sunat pada bulan ini seperti yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya:
"Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah, Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa." (Hadis riwayat al-Nasaai)
Mengikut sunnah Nabi, Aishah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa di kebanyakan hari dalam Sha'aban, tetapi beliau berhenti berpuasa apabila menjelang tibanya Ramadhan. Adalah lebih baik kita melakukan amalan sunat berpuasa sebanyak-banyaknya sebelum nisfu Sya'aban dan berhenti berpuasa selepas nisfu Sya'aban, kecuali puasa ganti dan sebagainya.
Melalui amalan ini Rasulullah SAW ingin memberitahu kepada kita bahawa kita digalakkan mempersiapkan tubuh badan kita untuk menghadapi puasa Ramadhan di awal Sya'aban. Namun sebelum tiba Ramadhan, badan harus dirihatkan dari berpuasa seketika sebagai persediaan untuk berpuasa terus menerus selama sebulan di bulan Ramadhan. Ini juga adalah untuk membezakan antara puasa di bulan Syawal yang hanya dianggap sebagai latihan dan puasa yang dituntut di bulan Ramadhan. Itulah hikmahnya tidak dilakukan puasa Sya'aban terus-menerus bersambung dengan puasa Ramadhan.
Catitan:
Dari koleksi emel group
Subscribe to:
Posts (Atom)