Bercuti di Desaru - Sungai Rengit & Tanjung Pengelih
Bercuti di Desaru - Desaru Fruit Farm
UPDATE 1
Ok kita mula dulu dengan daerah Pontian - lawatan pertama pada 20 Ogos 2020, diikuti dengan lawatan kedua pada 4 dan 5 Nov 2021.
Lawatan kedua ini merupakan program 'family gathering' yang boleh dikatakan aktiviti yang dibuat setiap tahun, kecuali ketika PKP. Bagi saya dan suami, kami mengambil peluang ini dengan meneroka tempat yang tidak bekesempatan dilawati pada kali pertama. Ketika melalui daerah Pontian sekali lagi kami singgah di bandar Pontian.
Petikan dari post pertama:Inilah kali pertama kami datang ke dataran ini untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Lokasi "I Love Pontian" menjadi spot kegemaran pengunjung bergambar di sini. Di hujung taman adalah Laman Di Raja dengan monumen mahkota. Taman ini agak luas juga. Kami tidak pergi ke Laman Di Raja itu .... hanya melihatnya dari jauh. Kami tidak boleh berlama-lama di sini kerana ingin sampai ke Tanjung Piai seawal mungkin supaya cuaca tidak terlalu panas ketika di sana nanti.
Jika di lawatan pertama, kami hanya singgah di sini 'sekejap' sahaja tetapi pada kali ini kami ada banyak masa untuk meninjau Taman Tepi Laut dengan lebih jauh dan juga bersantai di Tambak Pontian sambil menikmati keindahan pemandangan laut ciptaan Allah. Kalau sebelum ini Laman Di Raja itu dilihat dari jauh sahaja, tetapi kali ini kami betul-betul ke sana dan bergambar sakan๐dengan cucu-cucu.
Pada lawatan pertama kami hanya sempat ke Tanjung Piai Kukup dan tidak berkesempatan untuk berlama-lama di pekan Kukup, kerana terpaksa meneruskan perjalanan ke Tanjau Balau Desaru yang merupakan destinasi percutian kami yang sebenarnya. Namun pada lawatan kali kedua ini kami memang bermalam di sini. Jadi pada sebelah petang 4/11/21 kami ke Jeti perkampungan air (Kg Kukup Laut) untuk melihat matahari terbenam. Jauh jugalah kami berjalan mencari jetinya ๐ฐ Kami juga pergi melihat bangunan Terminal Feri Antarabangsa Kukup.
Bersantai bersama anak-cucu di Tambak Pontian |
Laman Di Raja dengan monumen mahkota |
.... serta kawasan yang luas untuk anak-anak berlari-lari |
Hanya bergambar di depan pintu masuk terminal feri |
Melihat matahari terbenam di jeti .... tak berapa nampak mataharinya pada petang itu |
Sekitar kampung air ... semua rumah dan landasan pejalan kaki berada di atas air laut |
Petikan dari post pertama:
Niat di hati hari ini hendak ke Pantai Desaru di Bandar Penawar, tetapi apabila cuba masuk jalan ke pantai, sudah ada penghalang merentas jalan serta penjaganya sekali.๐ Mungkin pantai sudah penuh agaknya kerana kami keluar sudah agak lewat sedikit. Kami pun teruskan perjalanan ke Sungai Rengit, yang merupakan bandar utama untuk Pengerang.
Pada 28/8/2022 kami pergi ke daerah Kota Tinggi untuk kali yang ke-3. Lawatan kali ini untuk menziarah anak yang tinggal di Pengerang kerana sudah lama tidak dapat berjumpa ........ baca.seterusnya
UPDATE 3 (Sungai Rengit)
Inilah pertama kali kami sampai ke bandar Sungai Rengit. Untuk menyimpan kenangan ini, kami telah pergi ke datarannya untuk bergambar sambil menikmati keindahan laut. Kemudian kami ke Teluk Ramunia mencari pantai, kalau ada .... ๐๐ tak jumpa! Lepas itu kami ke Tanjung Pengelih, salah satu dari jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Singapura dan beberapa pulau berdekatan. Satu lagi jeti adalah di Tanjung Belungkor yang juga terletak di Pengerang, Sebenarnya kami terlupa hendak ke sini.Kali pertama kami ke sini (Sungai Rengit) pada 21 Ogos 2021. Kemudian kami ke sini sekali lagi dari 27 hingga 29 Disember 2021 bersama keluarga kerana ia menjadi lokasi pilihan Hari Keluarga kecil kami yang biasa dibuat pada hujung tahun........ baca seterusnya
No comments:
Post a Comment