20/8/2020
Sebelum ke Tanjung Piai, kami singgah dahulu di bandar Pontian Kechil, ibu daerah Pontian. Sengaja ke sini untuk bergambar di Dataran Pontian yang juga dikenali sebagai Taman Tepi Laut Pontian. Dari sini kami terus menuju ke Tanjung Piai. Ketka tiba di sini hari sudah mula panas kerana sudah hampir tenghari.
Tanjung Piai termasuklah dalam ketegori salah satu tanah yang paling hujung di dunia. Walaupun ia terletak di "depan mata" namun baharu sekarang kami berkesempatan melawatnya. Kami pernah sampai di sini beberapa tahun yang lalu tetapi tidak dapat masuk kerana cuaca tidak elok ketika itu. Lagi pun jambatan yang membolehkan kita sampai ke tanah hujung juga sudah rosak menyebabkan kita tidak akan dapat ke sana walaupun kita dapat masuk. Untuk beberapa ketika bahagian ini ditutup kepada pengunjung.
Kalau dikira, Tanjung Piai ini adalah tanah hujung yang ke-5 kami lawati, 4 yang lain ialah:
Petikan dari Wikipedia
Asia (mainland)
Northernmost Point — Cape Chelyuskin, Russia (77°43'N)
Southernmost Point — Tanjung Piai, Malaysia (1°16'N)
Westernmost Point — Cape Baba, Turkey (26°4'E)
Easternmost Point — Cape Dezhnev (East Cape), Russia (169°40'W)³
Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.
Maklumat dari internet:
Setiap orang yang masuk ke taman dikenakan sedikit bayaran, iaitu RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi pelawat yang berumur bawah 18 tahun. Warga emas juga akan diberi harga istimewa. Pelawat dari luar negara dikenakan harga yang berbeza. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Antara aktiviti pelawat yang datang ke sini adalah berkhemah, memancing, dan melihat pemandangan serta keindahan Selat Teberau (Johor). Pelancong, terutama pelajar boleh mendapatkan maklumat tentang hutan bakau dan maklumat lain yang dipamerkan dalam kawasan taman. Setiap maklumat disertakan gambar yang berkaitan supaya senang difahami.
Terdapat laluan untuk pelawat menuju ke destinasi yang mesti dikunjungi, iaitu pelantar yang dibina menganjur ke laut Selat Melaka. Di pelantar ini dibina sebuah mercu tanda berbentuk bumi bagi menggambarkan bahawa di sinilah titik paling hujung di Benua Asia.
Dengan keluasan 325 hektar, Tanjung Piai merupakan taman negara yang terkecil tetapi paling banyak dikunjungi di antara lima taman negara yang terdapat di Johor. Ia sememangnya tempat yang bagus untuk menghabiskan masa seharian dengan memerhati dan menghayati kepelbagaian biologi, melihat pemandangan alam dan mengagumi hubungan rumit yang wujud antara manusia dan alam. Taman ini mempunyai banyak kemudahan untuk keselesaan pengunjung.
Kalau dikira, Tanjung Piai ini adalah tanah hujung yang ke-5 kami lawati, 4 yang lain ialah:
Tanjung Piai, kira-kira 30 kilometer dari bandar Pontian tidak asing dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun negara luar kerana di sini terletaknya kawasan pelancongan terkenal, Taman Negara Johor Tanjung Piai. Ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia yang terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor. Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur .
Arca glob ... penanda tanah paling selatan tanah besar benua Asia |
Asia (mainland)
Northernmost Point — Cape Chelyuskin, Russia (77°43'N)
Southernmost Point — Tanjung Piai, Malaysia (1°16'N)
Westernmost Point — Cape Baba, Turkey (26°4'E)
Easternmost Point — Cape Dezhnev (East Cape), Russia (169°40'W)³
Benua Asia yang meliputi Arab Saudi di bahagian barat, Russia di utara, Kepulauan Maldives di selatan, dan Jepun di timur merupakan benua yang terbesar di dunia, meliputi 55.8 juta kilometer persegi atau satu pertiga daratan dunia. Ia mempunyai penduduk paling ramai, iaitu lebih kurang 60 peratus daripada jumlah penduduk dunia.
Tanjung Piai dinamakan sempena pokok paku-pakis tempatan yang dikenali sebagai pokok paku piai. Hutan bakau yang luas di sini digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Keseluruhan kawasan Taman Negara Tanjung Piai meliputi 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar kawasan tanah lembut dan berlumpur. Hutan paya bakau di sini sangat indah dan ia masih belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan.
Tanjung Piai dinamakan sempena pokok paku-pakis tempatan yang dikenali sebagai pokok paku piai. Hutan bakau yang luas di sini digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Keseluruhan kawasan Taman Negara Tanjung Piai meliputi 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar kawasan tanah lembut dan berlumpur. Hutan paya bakau di sini sangat indah dan ia masih belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan.
Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.
Mercu tanda 'Tanah Terselatan Benua Asia' |
Dua pelepah Paku Piai Raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.
Taman ini juga telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Ramsar mengambil sempena nama sebuah bandar di Iran yang menjadi tuan rumah Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa yang pertama pada tahun 1971. Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memulihara tanah lembap yang merupakan tempat berehat dan mencari makanan bagi burung-burung hijrah.
Malaysia menganggotai Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa atau Ramsar pada tahun 1994. Tasek Bera di Negeri Pahang telah diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pertama negara ini pada tahun tersebut. Sehingga kini, antara kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar ialah Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup di Johor dan Kuching Wetland National Park di Sarawak. Terdapat 26 kawasan lain di seluruh Malaysia turut dikenal pasti sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Ini bahagian luar lokasi .... parking, pondok wakaf dan mercu tanda |
Antara maklumat yang dipamerkan .... pokok Piai Raya dan Teruntum |
Dalam kawasan taman, disediakan laluan khas berupa jambatan kayu yang dibina merentasi hutan paya bakau ke beberapa destinasi. Kini sebahagian dari jambatan kayu ini telah diganti dengan jambatan batu. Terdapat laluan untuk ke pelantar yang sering menjadi tumpuan kaki pancing. Pelantar ini juga menjadi tempat pelancong menikmati keindahan Selat Melaka. Dari kejauhan kelihatan kapal-kapal yang melalui selat ini. Sewaktu cuaca cerah, Pulau Kerimon, Indonesia juga dapat dilihat dari pelantar ini.
Terdapat laluan untuk pelawat menuju ke destinasi yang mesti dikunjungi, iaitu pelantar yang dibina menganjur ke laut Selat Melaka. Di pelantar ini dibina sebuah mercu tanda berbentuk bumi bagi menggambarkan bahawa di sinilah titik paling hujung di Benua Asia.
Ada 4 pelantar utama di sini, dari atas sekali (dalam peta),
1. M - Jeti memancing
2. N - Monumen titik paling hujung tanah besar benua Asia
3. L - Menara pemerhati (observation tower)
4. K - 3 Kingdoms Jetty
Petikan dari https://www.johornationalparks.gov.my/v3/tanjung-piai/
Since the park’s inception, it has been an ongoing battle by all involved to protect its mangrove forest which has faced serious erosion issues due to strong waves generated by thousands of tankers that sail past each year, as well as the occasional pollution events from oil spills and illegal dumping of ballast water. With the installation of offshore breakwaters, coupled with intensive mangrove replanting, the tide has now turned, and many areas that were previously eroded have now been re-colonised by healthy mangroves, and the park is now in better condition that it has ever been.
Dengan keluasan 325 hektar, Tanjung Piai merupakan taman negara yang terkecil tetapi paling banyak dikunjungi di antara lima taman negara yang terdapat di Johor. Ia sememangnya tempat yang bagus untuk menghabiskan masa seharian dengan memerhati dan menghayati kepelbagaian biologi, melihat pemandangan alam dan mengagumi hubungan rumit yang wujud antara manusia dan alam. Taman ini mempunyai banyak kemudahan untuk keselesaan pengunjung.
Jambatan yang merentasi hutan paya bakau .... jambatan kayu, jambatan batu dan jambatan yang telah ditenggelami air |
Penghuni hutan ... umang-umang dan monyet ... juga papan-papan tanda dari syarikat-syarikat yang membiayai penanaman semula pokok-pokok bakau |
Pokok bakau ..... putik dan buahnya |
Akhirnya 😃....kami sampai di hujung dunia |
Menara Pemerhati ... saya tidak naik kerana sakit lutut |
3 Kingdoms Jetty .... dari sini dapat lihat Singapore, Indonesia dan Malaysia |
Dari jeti 3 Kingdoms boleh lihat Malysia, Singapore dan Pulau Karimunbesar Indonesia serta Selat Melaka |
Daripada 4 buah pelantar yang ada di sini kami hanya pergi ke tiga pelantar. Kami tidak pergi ke pelantar memancing kerana tidak ada apa yang menarik di situ, dan juga untuk mengelak kepenatan kerana hari semakin panas. Lebih kurang 2 jam di sini kami pun meneruskan perjalanan ke Desaru. Syukur alhamdulillah kami diberi kesempatan melawat dan berjaya sampai ke penghujung terselatan tanah besar benua Asia selepas 2 kali mencuba ke sini.😀