Showing posts with label england. Show all posts
Showing posts with label england. Show all posts

Tuesday 7 December 2010

London Bridge - Dulu, Kini dan ......

"London bridge is falling down, falling down, falling down."......

"London bridge is falling down, my Fair Lady."......

.......  salah satu permainan dan lagu kanak-kanak yang popular pada zaman
London Bridge today
kanak-kanak saya. Namun pada ketika itu, tidaklah diketahui apa cerita di sebalik lagu dan permainan ini, yang sebenarnya mempunyai sejarahnya tersendiri. Walau apa pun, jambatan ini (London Bridge) dan London Tower Bridge, kini menjadi tarikan utama kepada para pelancong yang mengunjung ke  Kota London, yang mempunyai 22 jambatan yang lain. Lain-lain jambatan adalah seperti Lambeth Bridge, Westminster Bridge dan Vauxhall Bridge. Ada jambatan untuk keretapi, pejalan kaki, tetapi yang paling banyak ialah untuk jalanraya.

Mengikut fakta sejarah London Bridge adalah jambatan yang paling tua sekali di antara jambatan yang banyak itu. Pada asalnya ia diperbuat daripada kayu. Pada 1209 ia telah diganti dengan jambatan batu yang menempatkan kedai-kedai dan rumah-rumah di sepanjang kiri dan kanannya. Kemudian ia diganti pula dengan jambatan granit pada 1831, dan jambatan konkrit sekarang pada 1973. Banyak faktor yang menyebabkan jambatan ini telah dirobohkan dan dibina semula, seperti keretakan, kebakaran dan juga disebabkan keruntuhan.

Cerita sejarah di atas inilah yang menjadi asal-usul permainan dan lagu "London Bridge is falling down".

Tower Bridge pula siap dibina  pada 1894. Ia adalah di antara jambatan yang paling dikenali di dunia.

Jika kita ke sana sebagai pelancong, rasanya, tidak sah kalau tidak menyusuri kedua jambatan ini, yang
Tower Bridge in action
merentasi Sungai Thames di tengah kota London yang sangat sibuk itu. Satu ciri yang sangat istimewa yang ada pada Tower Bridge ialah di mana ia akan dinaikkan untuk laluan kapal apabila diperlukan. Bagi mereka yang datang sekali sekala  ke London, jarang dapat bertemu dan melihat jambatan ini sedang beraksi. Pada satu ketika dulu ia pernah dinaikkan sehingga 50 kali sehari. Namun pada hari ini ia hanya dinaikkan 4 atau 5 kali seminggu. Saya sendiri tidak pernah melihat jambatan ini dinaikkan walaupun beberapa kali pergi ke London semasa tinggal di UK  ....... (1979 -1983) kali pertama, (1989 - 1990 ) kali kedua  dan (2002 - 2006) yang terakhir....... sehinggalah pada salah satu lawatan terakhir.

Dalam salah satu lawatan terakhir kami ke kota London kami bernasib baik  kerana dapat melihatnya sedang beraksi pada jarak dekat. Kami selalu juga ke London pada ketika itu kerana kami boleh buat "day trip" saja dari tempat tinggal kami iaitu Loughborough. Pada masa itu kami sedang berada dalam sebuah bot persiaran di Sungai Thames. Kami sekeluarga  telah mengikuti aktiviti melancong "Thames River Cruise".
suami dan anak-anak depan Tower Bridge - 2005 (ketika dalam bot)
pemandangan Tower bridge dari atas Tour Bus - 1990
Pada tahun ini (1990)  pula kami menaiki bas khas double decker tanpa bumbung yang membawa pelancong pusing-pusing kota London. Inilah beberapa foto lama (jambatan) yang dirakamkan semasa bas bergerak.
Tour Bus memasuki Tower Bridge - 1990
suami dan anak-anak berlatar belakangkan Tower Bridge - 1990
saya dan anak-anak berlatar belakangkan London Bridge dan London Eye -2005

pemandangan London Bridge dari atas Tour Bus - 1990

Di bawah ini pula foto London Tower Bridge di zaman awal lapan puluhan.

siapa pula jejaka yang handsome nihh......posing depan jambatan -1980

Wednesday 16 April 2008

KEJAMKAH HUKUM ISLAM ( 1 )


PARA Orientalis, orang kafir dan tidak kurang juga orang-orang Islam sendiri menyifatkan Islam sebagai satu agama yang sudah ketinggalan zaman, kuno, "barbaric" dan seumpamanya. Mereka menuduh hukum Islam kejam. Mereka mencela hukum qisas, hukum sebat dan pengasingan dalam Undang-Undang Islam.

Benarkah begitu? Sekali-sekala terdengar ahli-ahli poitik bukan Islam memperkatakan sesuatu yang kurang enak tentang Islam. Apakah mereka layak membahas tentang isu-isu semasa dalam Islam sedangkan mereka hanya mengenali Islam melalui lisan rakan -rakan mereka atau pun melalui pemerhatian cara hidup masyarakat Islam sekeliling mereka. Sungguh malang sekali apabila ada di kalangan ahli poitik ini yang sanggup mengeluarkan kata-kata " over my dead body " bagi menunjukkan penentangan habis-habisan terhadap cetusan harapan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.



Kadang-kadang saya terfikir mengapa mereka ini yang dilahirkan dan membesar dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai agama rasminya memusuhi Islam sedemikiam rupa. Semasa saya di UK apabila ada sekumpulan aktivis Islam menyatakan hasrat mereka untuk menjadikan England sebuah negara Islam , tidak ada pula ahli politiknya yang mengeluarkan kenyataan yang mengancam seperti itu walaupun mereka tidak setuju. Apabila diminta komen mereka (ahli politik) mengatakan itu adalah hak mereka (aktivis) dan mereka boleh mencubanya (menjadikan England sebuah negara Islam). Ini adalah kenyataan yang datangnya daripada mereka yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang agama rasminya adalah Keristian.

Malah lebih kurang 2 bulan lepas ada seorang Paderi Besarnya menyarankan kerajaannya menggunapakai sesetengah hukum-hukum Islam dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan terutamanya di kalangan orang-orang Islam.Yang peliknya, di antara mereka yang menentang saranan ini dengan lantangnya adalah seorang paderi yang mempunyai nama seperti seorang Islam. Berkemungkinan beliau adalah dari keturunan Arab.

Petikan berita dari BBC News UK, 7 Feb 2008

The Archbishop of Canterbury says the adoption of certain aspects of Sharia law in the UK "seems unavoidable".

Dr Rowan Williams told Radio 4's World at One that the UK has to "face up to the fact" that some of its citizens do not relate to the British legal system.
Dr Williams argues that adopting parts of Islamic Sharia law would help maintain social cohesion.
For example, Muslims could choose to have marital disputes or financial matters dealt with in a Sharia court.
He says Muslims should not have to choose between "the stark alternatives of cultural loyalty or state loyalty".

Last month, the Bishop of Rochester, the Right Reverend Dr Michael Nazir-Ali, said some places in the UK were no-go areas for non-Muslims.

Dari manakah orang-orang yang terpelajar ( seperti ahli politik, kumpulan Hak Asasi Manusia, Woman's Right, Animal's Right, dll. ) ini mendapat gambaran yang salah tentang Islam? Kemungkinan jikalau mereka terbaca pun bahan-bahan pasal Islam, mereka tidak dapat menghayatinya kerana tidak mahu atau masih belum diberi hidayah. Sama seperti orang Islam sendiri jikalau diberitahu sesuatu perkara yang dituntut Islam mengerjakanya, dia masih mengingkarinya kerana kedegilannya.


 Sebaliknya jika mereka memperolehinya melalui berinteraksi dengan orang Islam iaitu melalui contoh yang dipamerkan oleh penganut-penganut Islam, maka yang patut dipersalahkan di sini ialah kita sebagai model Islam. Sebagaimana yang kita maklum bukan semua orang Islam yang di luar sana itu " good muslim". Berapa ramai yang meminum arak, yang berzina , yang mencuri, yang membohong, menipu ,yang mengambil rasuah, yang membuang anak, yang membunuh dan macam-macam lagi. Sebut saja apa jenis maksiat , orang Islam ada melakukanya. Jadi tidak hairanlah mereka mempunyai tanggapan yang sangat negatif terhadap Islam. Mereka tidak dapat melihat Islam dalam bentuknya yang cantik dan indah.


Sebagai orang Islam marilah kita sama-sama memperbaiki ahklak kita seperti yang di anjurkan oleh Islam. Hiasilah diri kita dengan sifat-sifat mahmudah ( terpuji) dan jauhilah diri dari sifat-sifat mazmumah (negatif atau keji). Berdasarkan sebuah Hadis Nabi s.a.w. dalam bentuk doa, ada lapan sifat negatif yang menyebabkan kemurkaan Allah iaitu:
 (1) kesusahan yang tidak diatasi,
 (2) kedukacitaan yang berterusan,
 (3) lemah,
 (4) malas,
 (5) penakut dan pengecut yang tidak kena pada tempatnya,
 (6) bakhil,
 (7) hutang keliling pinggang dan
(8) merelakan diri ditindas orang.

 Jikalau semua orang Islam bebas daripada sifat-sifat yang disebut di atas sudah pasti tidak akan kedengaran komen-komen negatif daripada "non-muslim" seperti "orang Islam malas" , "orang Islam pengotor" dsbnya.