Friday, 26 September 2014

Cuti-cuti Sabah - Kudat

13 Dec 2012

Kami tiba di Tanjung Simpang Mengayau  jam 3 petang, lebih kurang satu setengah jam  perjalanan dari pekan Kota Belud. Ini termasuk waktu sesat dan berpatah balik mencari lokasi sebenar.Tujuan kami ke sini adalah semata-mata kerana  mahu melihat dan berada di tanah yang paling hujung di sebelah utara seluruh Pulau Borneo. Ia digelar 'Tip of Borneo'.

 Kudat - satu daerah yang terletak di sebuah semenanjung di utara Sabah. Pekan Kudat pula pernah menjadi ibu negeri Sabah. Sebahagian besar penduduknya terdiri dari kaum Rungus, 10% China keturunan Hakka dan yang bakinya terdiri dari kaum minoriti seperti Bajau, Irranun dan Suluk.

Kudat berada di paling utara Pulau Borneo
Semenanjung Kudat dan kebun kelapa yang banyak terdapat di sana
Apa kata  kita ke  Tanjung Simpang Mengayau sekarang?


Selepas puas menikmati keindahan alam ciptaan Allah kami pun meninggalkan Tip of Borneo dengan perasaan puas dan gembira serta bersyukur kerana berjaya sampai ke sini. Di mana saja kami berpeluang, kami akan cuba pergi ke Tanah Hujung atau Land's End yang terdapat di dunia ini. Dari sini kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kudat. Hari sudah petang dan semakin gelap manakala kami pula masih belum ada tempat menginap pada malam itu. Misi seterusnya ialah mencari bilik di mana-mana hotel kos sederhana untuk bermalam. Alhamdulillah!......tidaklah  sesukar seperti di Kundasang. Kami berjaya mencari tempat bermalam di Hotel Ria dengan mudah.

Hotel Ria Kudat
14 Dec 2012  

Hari ini kami bertolak balik ke Kota Kinabalu, tetapi sebelum itu seperti mana biasa kami berputar-putar dulu di pekan Kudat mencari lokasi-lokasi menarik untuk bergambar sebagai kenangan di sini. Pagi itu hujan lebat sangat sehingga menyukarkan kami untuk berjalan-jalan sambil melihat pekan Kudat.

Teminal Feri......feri ke Kerakit, Pulau Banggi yang bertolak setiap hari dari Kudat
Jadual perjalanan 2 feri......Labuan Express Tujuh dan Sri Labuan Lima
Pekan Kudat terletak di teluk......satu pemandangan yang menarik
Sidek Esplanade sepanjang 2km......tempat warga Kudat bersantai
 sambil melihat matahari terbenam




Masjid Asy-Syakirin pekan Kudat

Buah kelapa......tanaman utama bagi daerah Kudat pada satu masa dulu
Kudat juga mempunyai banyak pantai yang cantik disebabkan sebahagian besar tanahnya bersempadan dengan laut....Laut China Selatan dan Laut Sulu.




Ada beberapa tempat menarik di sekitar Kudat yang dicadangkan kepada para pelancong. Antaranya:
Gombizau Honey Bee Farm
Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse)
Kampung Sumangkap Gong Factory
Kelambu Beach
Kudat Golf Club
Maranjak Longhouse Homestay
Tamu Kudat
The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau

Walau bagaimanapun selain daripada Tip of Borneo, kami hanya sempat ke Gombizau Honey Bee Farm dan Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse)

Jom kita ke sana!

Selepas  bersarapan, kami berjalan-jalan sebentar di pekan Kudat sehinggalah pukul 10 pagi. Kemudian kami ke Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse).




Jom masuk ke dalam!


Sebelum masuk kena bayar yuran....sudah dinaikkan dari RM2 ke RM3



Bilik-bilik di sebelah kiri
Dalam bilik.....ada pangkin dan 2 buah tilam yang siap dipasang kelambu
(konsep homestay)
Biliknya rendah sahaja .....lihat lampu letrik tu!


Peralatan-peralatan yang terdapat dalam rumah 
Bahagian belakang rumah
Kraftangan manik yang dijual kepada para pelancong
Ini pula bahagian luar rumah panjang.




Lebih kurang setengah kami berada di sini. Kemudian kami ke Gombizau Honey Bee Farm. Kampong ini hanya 10 minit dari rumah panjang Rungus.




Kami hanya membeli madu di sini.....
Yuran yang dikenakan jika melawat ladang ....
 tetapi kami tidak masuk kerana kesuntukam masa
Kami berada di sini hanya sebentar sahaja...... bergambar, membeli madu dan terus bertolak balik ke KK. Namun disebabkan hari itu adalah hari Jumaat, kami terpaksa singgah di pekan Kota Marudu untuk solat Jumaat dan juga makan tengahari. Alhamdulillah....hari itu untuk pertama kalinya saya dapat bersolat Jumaat bersama para jemaah lelaki yang lain. Jika di Semenanjung, setiap solat Jumaat masjidnya penuh, tiada ruang untuk wanita....tetapi tidak di sini.

Selepas ini kami teruskan perjalanan ke KK, tetapi sebelum itu kami singgah lagi di satu pekan iaitu Tuaran untuk melihat Rumah Terbalik.

 Jom ke sana!

Cuti-cuti Sabah (11) - Kota Kinabalu
Cuti-cuti Sabah (7) - Kota Belud

Monday, 15 September 2014

Cuti-cuti Sabah - Kota Belud

13 Dec 2012                                                                                                                                               
Tepat jam 12 tengahari kami sampai ke daerah Kota Belud. Kami memasuki pekannya dan ketika itu ada pasar tani yang agak besar juga. Kami berhenti berihat sambil berjalan-jalan melihat "negeri orang" dan juga untuk solat Zohor dan Asar sebelum menyambung perjalanan ke daerah Kudat.


Sebahagian besar penduduk Kota Belud terdiri dari kaum Samah (Bajau), Dusun, Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian. Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu (Ahad).

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit".

Bajau Horsemen.....foto Mr Google
Brosur Kota Belud Sabah

Hari ini ialah hari Khamis. Saya tidak tahu samada pasar tani ini dibuka pada setiap hari atau pun hari-hari yang tertentu sahaja. Pasar tamu hanya dibuka pada hari Ahad.


 Di Pasar Tani kami hanya menjamu mata kerana tidak ada niat untuk membeli apa-apa. Tiba-tiba ternampak orang menjual durian liar lagi. Saya pun bertanya harganya untuk dibandingkan dengan yang kami beli di Kundasang. Ternyata di sini lebih murah. Mungkin kerana daerah Kota Belud ini jauh dari Kota Kinabalu dan pelancong tidak ramai di sini. Jadi permintaannya tidak setinggi di sana. Oleh kerana ianya lebih murah, kami pun membelinya lagi kerana durian ini tidak mudah ditemui.

Jom masuk pasar!  



           




Hmmm.......durian merah lagi
Jenis durian yang sama tetapi berisi kuning
Di luar kawasan pasar......berjalan menuju ke parkir kereta
Bangunan di sebelah kiri........Arked Kota Belud 
Kami berada di Kota Belud hanya selama sejam setengah. Sebelum meninggalkan pekan ini, kami ke masjid dulu untuk menunaikan solat jamak  Zohor-Asar. Semasa di masjid kami membuka dan memakan durian yang dibeli sebagai alas perut.  Kami tangguh makan tengahari kerana kami masih belum benar-benar lapar.

Puas  juga memusing-musing mencari jalan masuk ke masjid ini
Ini durian yang dimakan
Setelah selesai solat dan makan durian kami pun meneruskan perjalanan ke Kudat. Destinasi persinggahan kami seterusnya ialah Tanjung Simpang Mengayau Kudat (Tip of Borneo)

Jom ke sana!


Cuti-cuti Sabah (11) - Kota Kinabalu
Cuti-cuti Sabah (9) - Kudat