Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgariadi barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban.
|
Republik Turki serta jiran-jirannya |
Pengembaraan kami ke Turki bermula pada 11 Februari 2014. Hampir 2 tahun sudah berlalu, baharu sekarang berkesempatan mencatatnya di blog ini. Percutian kami kali ini diurus oleh sebuah agensi pelancongan Poto Travel. Inilah julung-julung kalinya kami mengambil pakej percutian untuk tujuan melancong. Sebelum ini semua percutian kami diatur dan diuruskan sendiri.
Rombongan ini terdiri daripada 30 orang termasuk "tour leader" Dr Zainundin Ali, wakil dari Poto Travel. Kami menaiki pesawat MAS dari KLIA pada malam 11 Feb dan mendarat di Istanbul Atartuk Airport jam 6.25 pagi 12 Feb. Alhamdulillah segala urusan di sini berjalan dengan lancar, Ramai juga di kalangan kami yang menukar duit ke Turki Lira (TL) di sini sebelum meneruskan perjalanan
"Kembara Turki bersama Poto Travel". Jam 8.00 pagi bas kami meluncur meninggalkan airport....maka bermulalah kembara kami selama 8 hari.
|
Gambar pertama di bumi Turki...
.di luar bangunan Atartuk Airport sementara menunggu bas |
|
Airport taxi berbaris menunggu pelanggan |
|
Siap sudah semua naik bas.....with Mr Buraq our tour guide |
Day 1
Destinasi pertama untuk hari pertama kami adalah sebuah bandar yang sarat dengan sejarah iaitu Bursa. Dari sudut banyaknya khazanah seni yang ditinggalkan oleh pemerintah Usmaniah. Bursa jatuh tempat kedua selepas Istanbul. Ia sebuah bandar besar di Turki, terletak di barat-laut Anatolia (Turki Asia) dalam bahagian Marmara. Bursa bandar keempat terbesar di Turki, selepas Istanbul, Angkara dan Izmir, dan salah satu kota pusat perindustrian yang paling utama dalam negara ini.
Kota ini juga pernah menjadi ibukota pertama Kesultanan Usmaniyah dari tahun 1326 sampai 1365 sebelum berpinah ke Edirne.
Bas yang kami naiki sangat selesa serta mempunyai kemudahan wifi. Pemandunya bernama Mr Ismeth, seorang pemandu yang sangat berpengalaman. Manakala tour guide kami pula bernama Mr Buraq, seorang yang sangat berpengetahuan. Perjalanan dari Istanbul ke Bursa mengambil masa 3 jam mengikut laluan yang terdekat. Ini bermakna bas kena menaiki feri terlebih dahulu sebelum sampai ke Bursa.
|
Bas Mercedes Benz yang disediakan untuk kami.....sangat selesa |
Dalam perjalanan, bas kami melintasi stadium bola Kelab Galatasaray, sebuah kelab bola profesional Turki. Stadium ini dikenali sebagai
Turk Telekom Arena.
Türk Telekom Arena is the home ground of the Süper Lig club Galatasaray S.K.. The all-seater stadium has the capacity to host 52,652 spectators in football games. Türk Telekom Arena was the first stadium in Turkey that met the UEFA Euro 2016 requirements during the country's bid to host the European Championship
Lebih kurang setengan jam perjalanan yang lancar, bas melalui jambatan yang memisahkan Istanbul Eropah dari Istanbul Asia . Jambatan ini dibina merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan negara Turki menjadi dua bahagian; satu bahagian berada di benua Eropah manakala sebahagian lagi di benua Asia. Kami sangat teruja ketika melintasi jambatan gantung ini kerana dalam masa beberapa minit sahaja kami boleh berada di dua buah benua yang besar......hehehe! Jambatan yang dilalui ini adalah salah satu daripada dua jambatan yang merentasi selat Bosphorus ketika itu. Kini sudah ada jambatan yang ketiga, yang mempunyai lebuhraya untuk kenderaan yang bermotor dan juga jalan keretapi.
|
Kedudukan ketiga-tiga jambatan di selat Bosphorus |
Dari atas jambatan ini kita dapat melihat satu pemandangan alam yang sangat cantik. Kami hanya mampu menikmati keindahan alam ini dari atas bas sahaja.
|
Ini perjalanan melalui jambatan ketika menuju ke Bursa dari Istanbul |
Kami juga sempat menjamu selera di kafe feri sambil menikmati pemandangan di luar. Terasa nyaman sekali duduk disini sambil menghirup kopi panas setelah kesejukan berada di luar atas geladak feri.
Setelah sampai Bursa perkara pertama dalam agenda kami ialah makan tengahari. Dalam pakej percutian ini setiap hari makan pagi, tengahari dan malam disediakan.....jadi kami tidak pernah kelaparan.
|
Berjalan-jalan bersama, makan pun bersama......ibarat satu keluarga yang besar |
|
Ketika di luar restoran sementara menunggu bas |
Agenda kami seterusnya ialah lawatan ke dua buah masjid utama di Bursa iaitu Ulu Cami dan Yesil Cami serta sebuah makam kepunyaan Sultan Mehmet 1. Kami juga dibawa ke pusat membeli belah di Silk Market yang khusus menjual sutra, salah satu produk yang terkenal di Bursa.
Insya Allah entri akan datang akan menceritakan aktiviti seterusnya bersama Poto Travel.
Kembara Turki - Underground Cities in Cappadocia