Wednesday, 21 August 2019

Transit Tour - Dubai

Ini iklan di airport Amman Jordan
Bagi sesetengah perjalanan udara yang jauh, ia memerlukan kita untuk membuat 'transit' sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Transit adalah perhentian sementara samada untuk menukar pesawat atau masih pesawat yang sama, tetapi menurunkan sebahagian penumpang dan mengambil penumpang yang baharu, sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.

Ada kalanya transit ini mengambil masa yang sangat lama sehingga kita sempat keluar dari airport dan berjalan-jalan sebelum menyambung perjalanan. Kebiasaannya transit yang melebihi 6 jam
sahaja yang dibenarkan keluar dan diberi visa percuma. Itu pun kena lihat kesesuaian masanya kerana jika masa menunggu itu sebahagian besarnya berada pada sebelah malam, agak sukar kita hendak keluar.

Waktu transit inilah yang digunakan oleh agen pelancongan menawarkan 'Transit Tour' kepada para penumpang yang dalam transit. Sesetengah lapangan terbang menawarkan lawatan (tour) dan lain-lain hiburan  seperti pawagam, muzium, persembahan muzik, dan taman tropika di lapangan terbang. Semua ini boleh didapati secara percuma, dan tiada visa diperlukan kerana kita dianggap sebagai penumpang "dalam transit". Pastikan semua dokumen perjalanan ada bersama dengan kjta.

Ada 7 buah lapangan terbang yang memberi lawatan dan aktiviti percuma. Boleh rujuk di sini.

Sebenarnya  masa transit ini boleh dijadikan satu pengalaman melancong secara berjimat kerana ia merupakan satu aktiviti sampingan, mengambil peluang keberadaan kita di tempat tersebut. Kalau kita rajin, kita boleh mencari penerbangan yang ada transit yang lama untuk membolehkan kita 'keluar' sebentar untuk tujuan melancong. Kita juga boleh merancang dan mengatur penerbangan agar dapat berhenti beberapa hari dengan penambahan kos yang sedikit atau kadang-kadang tiada lansung.

Ada beberapa kali saya dan suami menggunakan cara ini untuk melancong semasa transit. Kali pertama ialah semasa perjalanan balik dari Morocco dan transit di Dubai, kemudian transit di Jordan sewaktu pergi dan balik dari Cyprus. Alhamdulillah kami berjaya melawat Burj Khalifa di Dubai, Petra dan al Kahfi di Jordan.

1. Burj Khalifa - 3 April 2017
Kami tiba di Dubai dari Marrakech tengah malam. Kami perlu menunggu selama 18 jam lagi untuk penerbangan ke KL. Kami berkira-kira, jika keluar dari airport selepas subuh kami masih ada lebih kurang 10 jam untuk berjalan-jalan di Dubai. Kami hanya teringin menaiki Burj Khalifa. Jadi sebelum bertolak ke Dubai kami telah membeli tiket naik, dari sebuah agen pelancongan secara online. Alhamdulillah kami berjaya menaikinya ... sangat teruja.😊
Tiket untuk 3 Apr 2017 pukul 11 pagi
2 tiket masuk yang sama tetapi berbeza maklumat dan design
Ketinggian Burj Khalifa 828m ...
...... bangunan tertinggi di dunia sejak 2009
Rekabentuk Burj Khalifa diilhamkan daripada Senibina Islam yang terdapat di rantau ini, seperti senibina pada Masjid Besar Samarra di Iraq, iaitu sebuah masjid dari kurun ke-9. Ia mempunyai 163 tingkat dan sejumlah 57 lif serta 8 eskalator. Pada asalnya Burj Khalifa dikenali sebagai Burj Dubai. Ia dimajukan oleh syarikat hartanah terkenal, Emaar pada 2004 dan siap pada 2009. Ketika Dubai berdepan krisis kewangan global, kerajaan Abu Dhabi di bawah pemerintahan Sheikh Khalifa kemudian memberi bantuan pinjaman kewangan kepada Dubai bagi pembinaan Burj Dubai. Sebagai menghargai bantuan itu, ia kemudian dinamakan Burj Khalifa bagi mengenang jasa Sheikh Khalifa.

Ada banyak cara untuk pergi ke Burj Khalifa dari Dubai Airport. Salah satu caranya ialah dengan menaiki metro. Burj Khalifa terletak di sebuah kawasan yang dipanggil 'Dubai Downtown' dan dekat dengan Dubai Mall. Kami hanya lalu sahaja di Dubai Mall tetapi tidak menyinggah, walaupun terdapat banyak 'attraction' di sini. Masa tidak menizinkan kami untuk 'berlama-lama' di sini.

Naik metro terus dari airport ke Dubai Mall / Burj Khalifa
Kami membeli kad nol untuk menaiki metro. Nol ( نول ) adalah bahasa arab yang bermaksud tambang. Jenis kad yang sesuai untuk kegunaan pelancong adalah kad nol merah. Kad ini memudahkan kita bergerak kerana selain dari menaiki metro, ia juga boleh digunakan untuk menaiki bas dan tram.
Kad nol merah ... sebelah belakang
Kad nol merah untuk 1 hari .... sebelah depan
Ini jejantas untuk pejalan kaki yang
 menghubungkan stesen metro dan Dubai Mall / Burj Khalifa
Ini pemandangan dari jejantas
Akhirnya tiba juga di Burj Khalifa 😌.... alhamdulillah .... lega!
Was here ... pagi 3 April 2017
Ruang menunggu  untuk naik ke 'observation deck'
Selain mencatat rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia, Burj khalifa juga mempunyai jarak jalanan lif yang terjauh (504 m) dan mempunyai kelajuan lif di kedudukan ke-3 dalam senarai yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksima 36 km/h. Bangunan ini juga pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem aksi terkenal Amerika pada 2011; filem Mission Impossible - Ghost Protocol. Suami saya sangat teruja berjaya sampai ke sini kerana dia suka menonton filem ini berulang kali.
At  The Top ...  tempat yang ingin dituju
Jom naik!

Dek peninjau  'At The Top' berada di tingkat ke-124 pada ketinggian 452 m. Naik lif laju ke aras ini mengambil masa lebih kurang seminit sahaja ... sangat hebat!
Tanda di dinding yang memberitahu ketinggian  observation deck ini



Antara beberapa pemandangan menarik
 yang dapat dilihat dari atas observation deck
Ini observation deck yang dikelilingi kaca
untuk memudahkan kita melihat keluar
2. Dubai Fountain
Di kota Dubai ini banyak tempat yang termasuk dalam ketegori 'ter....' di dunia. Dubai Mall adalah pusat membeli-belah yang terbesar di dunia dan di mall ini juga terletaknya Dubai Aquarium, antara yang terbesar di dunia. Di kaki bangunan Burj Khalifa pula terdapat Dubai Fountain, pancuran air bermuzik (musical fountain)yang terbesar di dunia.

Kenangan bersama Burj Khalifa ...
tengahari 3 Apr 2017
Air pancutnya ditutup pula hari ini
Tengok dalam video sahajalah ......


3. Souk Al Bahar
Souk al Bahar .... juga terletak di sini
.... sebuah pasar tradisional tetapi ditempatkan dalam suasana moden

Souk Al Bahar, which means ‘market of the sailor’ in Arabic, is a modernised experience on the traditional Arabian markets.

Found in the heart of Downtown Dubai is this unique Arabesque hub for shopping, entertainment and dining. It is accessible through the beautiful walkway of The Dubai Mall, overlooking the Dubai Fountain with the Burj Khalifa towering above.

But the most recognisable feature about Souk Al Bahar is the architecture – plentiful in natural stone corridors, restrained lighting and Arabian decor.



4. Jumeirah Grand Mosque
Kami juga sempat melawat sebuah masjid yang terletak di daerah Jumeirah. Ia dibina pada tahun 1976 menggunakan batu putih berukir dan dipengaruhi gaya senibina Fatimid dari Afrika Utara. Masjid ini dikatakan menjadi ikon Dubai yang paling banyak diambil gambarnya.
Was here .... petang 3 Apr 2017
Jumeirah Grand Mosque

Batu putih berukir yang sangat indah
Senibina yang indah
2 menara masjid ini sangat menonjol ..
Kubah di tengah diapit oleh 4 kubah yang lebih kecil

Bahagian dalam masjid
 Masjid ini terbuka untuk umum, dan menyediakan tour beserta dengan tour guide pada sebelah pagi. Namun pada waktu (petang) kami pergi melawatnya. penjaga masjid tidak membenarkan saya masuk kerana saya perempuan😒. Hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk .... 😡marah jugalah saya pada hari itu. Selepas aktiviti ini kami terus ke airport.
Balik ke stesen metro naik bas .... tempat menunggu
 yang sangat selesa bertutup dan ada penyaman udara

Related post:








Transit Tour - Jordan

Sunday, 4 August 2019

Kembara Cyprus - Larnaka


Kembara Cyprus ini bermula dari 23 Jun 2018 dengan perjalanan bermula dari KLlA, transit di Bangkok dan Amman sebelum sampai di Larnaka airport, Pulau Cyprus pada 24 Jun lebih kurang 11.15 malam.

Dari (25 - 28) Jun kami menginap di Le Village Hotel yang terletak di Limassol. Bandar ini terletak di Republic Of Cyprus (Cyprus Selatan). Pada 28 Jun kami bertolak ke Turkish Republic of Northern Cyprus (Cyprus Utara) dan berada di sana sehingga 30 Jun. Di sini suami ada lawatan kerja ke METU atau Middle East Technical University. Kemudian kami balik semula ke Cyprus Selatan dan tinggal di sini selama 2 malam lagi, sehingga 2 Julai di mana kami dijadualkan balik ke Malaysia.

Semasa perjalanan pergi dan balik antara Cyprus Selatan dan Utara, kami sempat menjelajah Pulau Cyprus sehingga ke Semenanjung Karpas, tetapi sekadar berhenti dan mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah .... satu pengalaman yang sangat menarik!

😊Jom saya kongsikan pengalaman yang dilalui sepanjang pengembaraan.ini!

Pada awal pagi 2 Julai kami sudah bertolak ke Larnaka atau Larnaca, supaya kami sempat singgah di bandar ini sebelum ke airportnya. Penerbangan balik kami dijadualkan pada jam 2.00 pm. Jarak dari Nicosia ke Larnaka lebih kurang 55 km sahaja. Dalam pukul 8.30 am kami sudah berada di bandar Larnaka.
Laluan perjalanan kembara ini
Larnaka merupakan bandar yang ketiga terbesar di Pulau Cyprus, selepas Nicosia dan Limassol. Ia sebuah bandar di tepi laut dan memang terkenal dengan pohon palma di sepanjang jalan pesisir. Salah satu tempat yang kami singgah ialah Sesiaran Finikoudes.

Finikoudes (palm trees) Promenade
Ini jalan yang paling terkenal di Larnaka. Kawasan ini sangat cantik. Ia dibarisi dengan pohon-pohon palma yang tinggi. Pantai Finikoudes pula adalah pantai terbaik untuk dikunjungi pada musim panas.

Finikoudes Promenade ....
.... dengan pokok-pokok palma membarisi jalan pesisir
Ramai warga kota bersiar-siar di sini ... malam dan siang
Finikoudes beach ... littered with sunbeds

Jalan yang selari dengan pantai yang cantik ini juga menempatkan banyak hotel, kafe, kelab, bar dan restoran. Kawasan ini dipenuhi pelancong dan orang tempatan, tidak kira siang atau malam dan sepanjang tahun tanpa mengira musim. Ia dianggap sebagai tempat hiburan di tepi laut yang paling nyaman di seluruh Cyprus.

Tidak ketinggalan kami juga ke Masjid Besar Larnaka yang terletak berhampiran dengan kawasan ini.

Buyuk Camii atau Kebir (Great) Mosque
Masjid yang ada pada hari ini dibina sekitar 1835-1836 oleh Seyit Elhac Mehmet Agha, seorang Gabenor Turki. Kemungkinan tapak masjid ini adalah masjid Usmaniyyah yang pertama di Cyprus. Masjid ini dibina di atas tapak sebuah masjid lama yang asalnya adalah sebuah gereja kecil katolik abad ke 13-14. Masjid lama ini telah dirobohkan sekitar antara Februari 1835 - April 1836 sebelum dibina masjid yang baharu.

Kedudukan masjid ini berdekatan dengan sebuah lagi binaan lama iaitu Kubu Larnaka atau Larnaka Castle (Fort). Kubu ini terletak di pantai selatan Cyprus. Ia dibina bagi tujuan untuk melindungi bahagian pantai selatan pulau ini dan bandar pelabuhan Larnaka. Kemudian ia digunakan sebagai stesen artileri, penjara dan yang terkini muzium. Bahagian dalam dipamerkan bahan-bahan sejarah, manakala halaman luarnya ditukar menjadi teater terbuka yang boleh memuatkan lebih kurang 200 orang.
,
Pintu masuk Larnaka Castle ... kami tidak masuk
Kawasan berhampiran yang sangat cantik
Larnaka Grand mosque ... bangunan 2 tingkat
dengan tingkap-tingkap yang besar
Bahagian serambi anjung msjid
Serambi anjung yang menghala ke laut
Pemandangan Laut Mediterranean
 yang mempesonakan dari atas masjid
Kawasan berdekatan hadapan masjid
Tulisan di atas pintu ... mungkin kata-kata
penghargaan kepada Seyit Elhac Mehmet Agha
Bahagian tepi masjid .... bangunan masjid di perkukuhkan
 dengan membina sangga di tepi dinding luarnya
Air Pancut (tempat wuduk) yang mendapat bekalan air
 dari akueduk di awal pembinaannya
Air pancut yang berbentuk octagonal ini dibina pada 1748 oleh Ebubekir Pasha, gabenor Cyprus ketika itu. Beliau juga yang membina rantaian perigi dan akueduk di daerah Arpera yang terletak 8 batu ke arah timur dari bandar untuk membekalkan air minuman segar ke Larnaka. Akueduk ialah saluran air buatan yang ditinggikan untuk menyalirkan air ke seluruh negara.
sumber foto:Wikipedia
Akueduk di Larnaka .... dikenali sebagai kamares
Dari sini kami terus menuju ke airport, tetapi sebelum sampai kami belok dahulu ke arah tasik garam dan Masjid Hala Sultan Tekke.
Larnaca Salt Lake & Hala Sultan Tekke Mosque
Petikan dari: https://www.chooseyourcyprus.com/larnaca-top-15.html
Salt Lake of Larnaca, a magnificent nature place. The total surface area of the Larnaca Salt Lake is 2.2 Km² and it is considered one of the most important wetlands in Cyprus with an array of plants, birds and wildlife. It has a history as a natural habitat of sea life that can be traced as far back as 3 to 5 million years ago. Indeed, fossil life of this age can be found in the surrounding hills. During the prehistoric age the Salt Lake was a gulf. From 17th century B.C. onwards it was a natural port for the prehistoric town next to Hala Sultan Tekke, but was then abandoned by the inhabitants during the 11th century B.C. The natural port became destroyed roughly the same time as when the gulf was closed, and the central Salt Lake was thus formed. Excavations in the region reveal that this could have been one of the first natural ports that facilitated trade between Cyprus and the great civilizations of the area at the time when international seafaring exchanges was just commencing. One of the more important and costly exports of this prehistoric town and of the neighbouring town of Kition that was booming, was porphyry-red dies, made from the juices of murex-shells. These shells were abundant in the gulf and until now in the Larnaca bay, where you can see the water in the salt lake often having a reddish colour. As can be deduced by the lake’s name, salt was another valuable prehistoric product of the lake which was greatly exploited throughout the centuries until recently. Many historians dating back from Before Christ, reported on the great quality of the salt here and the large income it gave from exports.

Larnaka Salt Lake .... pagi 2 julai 2018
Larangan memandu atau berjalan dalam tasik ... pesalah boleh didenda
Tasik ini dipenuhi air ketika musim sejuk dan dikunjungi kawanan burung-burung flamingo yang duduk di situ dari bulan November hingga ke hujung Mac. Pada masa lampau tasik ini menghasilkan garam yang berkualiti, yang diambil dari permukaan yang kering. Namun kini garam dari tasik ini tidak lagi sesuai untuk dimakan.

Bersebelahan tasik ini adalah  Masjid Umm Haram atau Hala Sultan Tekke, yang dibina di antara kurun ke-18 dan ke-19. Ia melibatkan beberapa fasa pembinaan yang bermula dari 1760 dan selesai pada 1816. Ia sebenarnya sebuah kompleks yang mengandungi sebuah masjid serta menaranya, makam, kubur dan tempat tinggal untuk lelaki dan perempuan. Istilah tekke (Turki) atau convent (Inggeris) merujuk pada satu bangunan khusus yang digunakan oleh kumpulan ahli sufi atau tariqat pada zaman dahulu, tetapi kini sudah tiada lagi.

Petikan dari https://www.visitcyprus.com
The Muslim mosque of Hala Sultan is located in the centre of a spectacular garden on the west bank of the Salt Lake, approximately 6 km southwest of Larnaka. It is the main Muslim pilgrimage site of Cyprus and among the most important holy places of Islam.

The mosque was built over a tomb which, according to tradition, belongs to Umm Haram, foster-mother of the Prophet Mohammed and wife of one of the most high ranking officers of Moawia, who led two disastrous raids against Cyprus in 649 and 650 AD. Umm Haram died as a result of an accident as soon as she arrived on the island. The mosque was built much later, just before 1787, along with dwellings and water-cisterns, which contributed to the shrine's fame. The mosque's present plan was completed in 1816.

Pintu masuk ke kompleks
Pintu Gerbang kompleks
Baru-baru ini bangunan di kompleks ini telah dibaikpulih agar ia dapat diguna seperti dahulu kerana bagi orang Islam Cyprus, Hala Sultan Tekke adalah tempat ibadah yang ke-4 terpenting, selepas Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis. Di bahagian dalam Hala Sultan Tekke terdapat makam Ummu Haram.

Namun pada hari ini tempat ini telah disenaraikan sebagai binaan purba dan ia diketegorikan sebagai sebuah muzium. Oleh kerana itu masa lawatannya tertakluk pada lawatan ke muzium, menyebabkan orang Islam tidak dapat melawat dan beribadah di dalamnya di luar waktu lawatan. Masjid ini terletak di Cyprus selatan yang diperintah oleh orang Greek- Cyprus. Selama berpuluh tahun orang Islam yang berada di Cyprus utara tidak boleh melawat masjid ini disebabkan perpisahan pada 1974, sehingga baru-baru ini apabila sempadan dibuka selepas kejayaan dicapai dalam beberapa siri rundingan. Terkini orang Turki-Cyprus berkempen agar pihak berkuasa di kalangan Greek-Cyprus  mengiktiraf kompleks ini sebagai tempat beribadah.

Jadual lawatan:

Winter hours (16/9 - 15/4 )
Monday - Sunday: 8.30 - 17.00

Summer hours (16/4 - 15/9)
Monday - Sunday: 8.30 - 19.30
Ada kalanya tempat ini akan ditutup pada orang awam kerana ia akan digunakan oleh masyarakat Islam bagi menyambut perayaan tertentu seperti Aidi Adha pada bulan Ogos ini, sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak yang berkuasa di Larnaka.

The Department of Antiquities, Ministry of Transport, Communications and Works, announces that, the Mosque will not be accessible to the general public on Tuesday 13 August 2019, due to an organized visit by a large number of pilgrims on the occasion of the celebrations of Kurban Bayram or Eid Al-Aha.
Makam Ummu Haram binti Milhan
Bila berada di sini pastikan jika ada terhidu bau wangi-wangian. Mengikut cerita orang ramai ianya bau 'semulajadi' kerana penjaga tempat ini tidak pernah meletakkan apa-apa wangian di sini ... wallahu'alam.

Kisah  sejarah     
Ummu Haram binti Milham merupakan isteri kepada Ubadah bin Samit dan ibu saudara sepersusuan Nabi Muhammad. Beliau juga merupakan saudara Nabi dari sebelah bapanya  dari kaum Bani Najjar dan ibu saudara kepada Anas bin Malik, antara sahabat yang terdekat dengan Nabi. Ummu Haram merupakan salah seorang dari kumpulan wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam. 

Ummu Haram bukanlah seorang yang muda ketika datang ke Cyprus. Umurnya ketika itu dalam lingkungan 80-an atau 90-an, tetapi ini tidak menghalangnya daripada turut menyertai angkatan perang laut Islam yang pertama ke pulau Cyprus. 

Hubungan rapat antara Nabi dan Ummu Haram menyebabkan Nabi selalu menziarahinya. Dalam salah satu lawatan ini Nabi telah tertidur di ruang tamu rumahnya. Selepas beberapa ketika berlalu, Nabi Muhammad terjaga dari tidurnya dan tersenyum sendirian.

“Mengapa kamu tersenyum,” tanya Ummu Haram dalam kehairanan, lalu baginda menjawab,

“Sekumpulan umat Islam diperlihatkan kepada saya (dalam mimpi saya), mereka berada dalam ekspedisi jihad , belayar di tengah laut bagaikan raja di atas singgahsananya "
“Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu,” pinta Ummu Haram yang bercita-cita supaya dapat menyertai peperangan bersama pasukan tentera Islam menyeberang lautan bagi menyebarkan agama Islam pada suatu hari nanti.

“Awak salah seorang daripada mereka,” balas Nabi SAW lalu mendoakan Ummu Haram. Kemudian, Rasulullah berbaring dan menyambung semula tidurnya.

Beberapa ketika kemudian, Nabi SAW bangkit lagi dari tidurnya dan tertawa. Ummu Haram bertanya kenapa beliau ketawa. Jawapan baginda sama seperti yang diberi padanya pada pertama kali. Lagi sekali Ummi Haram meminta Rasullah mendoakan agar dia termasuk salah seorang daripada mereka. Berkata baginda,

 "Tidak, kamu akan menjadi golongan yang pertama di kalangan mereka"
Peristiwa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak. Lama selepas Nabi Muhammad meninggal, apa yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan.
petikan dari e-book ...
Uthman bin Affan - Pentadbir Penyayang
Banyak versi yang menceritakan bagaimana Ummu Haram meninggal dunia tetapi asasnya ialah beliau jatuh dari kuda (ada yang kata keldai) dan kecederaan itu menyebabkan beliau meninggal dan dikebumikan di Cyprus. Dikatakan beliau disemadikan di tempat yang beliau jatuh, mengikut adat kebiasaan bagi seorang yang mati syahid. Tercatat dalam sejarah beliau ialah wanita Islam yang pertama mati syahid dalam pertempuran di pulau Cyprus.
Masjid Ummu Haram
Maklumat mengenai masjid


Bahagian dalam masjid

Tasik garam dilihat dari kawasan kompleks


Saki-baki daripada penempatan purba
Kawasan kompleks ini juga merupakan bekas tapak penempatan purba. Penggalian yang dibuat oleh Jabatan Antik menjumpai tinggalan saki-baki arkeologi daripada zaman Kelasik dan terutamanya dari era Hellenistic, di bawah tempat tinggal tetamu lelaki dan perempuan. 

Inilah tempat terakhir yang kami lawat di pulau Cyprus. Alhamdulillah .... teruja sangat, kami berjaya menjejak sedikit sejarah kegemilangan empayar Islam sejak dari pemerintahan Khalifah Usman hingga ke pemerintahan Turki Usmaniyyah di pulau ini.

Goodbye Cyprus ....
Selepas ini kami terus ke lapangan terbang Larnaka untuk penerbangan balik. Insya Allah perkongsian ini akan disambung pula dengan pengalaman "Transit Tour" kami di Dubai dan Jordan.




Related Posts:


Di Manakah Letaknya Negara Cyprus, Kypros atau Kibris?
Kembara Cyprus
Kembara Cyprus - Limassol
Kembara Cyprus - Paphos
Kembara Cyprus - Perjalanan ke Cyprus Utara
Kembara Cyprus - Kyrenia

Thursday, 1 August 2019

Pemuda-pemudi Berakhlak Tunjang Negara

Mukaddimah

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali R.A Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh para pemimpin negara dan 'kita' yang prihatin.. Mereka merupakan waris kepimpinan negara pada masa akan datang

Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa suatu hari nanti dan merekalah yang akan mengambil alih pucuk kepimpinan negara , negeri, daerah, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah-tangga nanti.. Nabi pernah bersabda yang bermaksud:

” Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamereka merupakanwaris kepimpinan negara pada masa akan datang.mu.”

( Hadis Sahih Bukhari )

Tiada siapa dalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing. Sebagai pelajar , maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar. Sebagai anak mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu-bapa. Sebagai abang, kakak, adik., rakan , jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Peranan Remaja

Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa. Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat. Adalah penting agar golongan remaja ini diberi didikan dan pengetahuan yang jelas supaya jangan sampai tenaga yang penuh energetik itu disalahgunakan, sehingga timbul berbagai-bagai masalah yang tidak diinginkan samada kepada masyarakat atau pun dirinya sendiri.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan lanskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral. Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.

Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada 3 peranan remaja yang utama:

1. Remaja sebagai individu
2. Remaja sebagai anak
3. Remaja sebagai ahli masyarakat

1. Remaja sebagai individu

Apa yang dimaksudkan disini ialah tanggungjawab remaja terhadap Rabbnya yakni Allah SWT yang telah menciptanya . Dia hendaklah melihat dirinya sebagai hamba Allah yang kerdil, yang sentiasa mengharapkan petunjuk, pertolongan dan bantuan dariNya. Justeru untuk menjadi remaja yang cemerlang dan berkualiti mereka hendaklah berusaha melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya

2. Remaja sebagai anak

Sebagai seorang anak adalah menjadi kewajipannya mematuhi segala arahan ibu dan bapanya., selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat Allah. Dia harus berusaha menjadi anak yang soleh dengan melakukan kebaikan kepada kedua mereka serta berlemah lembut dengan mereka ketika berbicara. Arahan ini jelas disebut dalam al-Quran surah al-Isra` ayat 23 yang bermaksud :

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

3. Remaja sebagai ahli masyarakat

Apabila seseorang remaja itu berakhlak mulia , dengan sendirinya dia akan menjadi ahli masyarakat yang baik, berbudi dan perihatin. Dia adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan oleh kerana itu dia harus memainkan peranannya . Jika dia tidak mampu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat, sekurang-kurangnya dia hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang gejala sosial yang boleh merosakkan masyarakat. Sentiasa bekerjasama dalam perkara kebaikan agar kehidupan lebih cemerlang sebagaimana pepatah mengatakan , ”Bersatu teguh bercerai roboh.”

Namun apa yang membimbangkan adalah hampir setiap hari terdapat laporan mengenai masalah sosial dan jenayah yang melibatkan remaja. Pembangunan modal insan yang diperlukan oleh negara sewajarnya bermula dari sekolah. Ini termasuk usaha membangunkan peribadi yang baik dalam kalangan pelajar dengan menyemai nilai-nilai murni. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing, sama ada sekolah, institusi keluarga atau pihak lain yang berkenaan.

Remaja berkualiti

Remaja berkualiti adalah remaja yang berdiri atas kakinya sendiri iaitu dia tidak seratus peratus bergantung pada ibu-bapa atau orang lain. Remaja begini akan bersemangat dalam apa juga yang dilakukan; dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikannya tanpa banyak kerenah. Biasanya remaja yang suka berdikari ini mempunyai personaliti yang menarik iaitu dalam dirinya ada banyak sifat positif yang tertanam atau hidup subur dalam dirinya seperti sifat suka membantu orang lain, berusaha bersungguh-sungguh, menyayangi diri sendiri, ibu bapa, dan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri, bersikap prihatin dan peka dengan persekitaran, serta bersih dari perlakuan buruk .

Peranan Ibu-bapa

Ibu-bapa tidak boleh berlepas tangan dari tanggungjawab mendidik anak-anak ini. Golongan bawah umur ini amat mudah untuk terjebak di dalam kegiatan yang  membawa bahaya kepada diri mereka serta orang sekeliling mereka. seperti gangsterism, kongsi gelap, lepak, merokok, ponteng sekolah, merempit dan lain-lain lagi.

Tidak ada satu faktor penentu yang boleh menjadi penyebab utama terhadap berlakunya segala masalah atau perlakuan anti sosial ini. Ianya boleh berlaku akibat daripada pelbagai punca seperti kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga terutamanya pihak ibu-bapa serta penjaga terhadap anak-anak jagaan mereka, kurangnya pendedahan pendidikan di sekolah khususnya mengenai aspek masalah sosial yang kian menular dalam masyarakat dalam negara kita, silap memilih kawan, tiada tempat yang sesuai untuk dituju sekiranya menghadapi masalah, kurangnya penguatkuasaan undang-undang yang mengawal salah laku golongan bawah umur seperti larangan penjualan rokok serta bahan-bahan larangan yang lain khususnya terhadap golongan bawah umur dalam negara kita, pengaruh media dan internet yang susah untuk dikawal dan lain-lain punca lagi.

Akhlak remaja juga bermula dari rumah. Oleh kerana itu sangat penting ibu-bapa memainkan peranan mereka dalam menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak ini.

Cara mendidik anak ada diajarkan oleh Allah SWT seperti yang terdapat dalam Al-Qur’an surah Luqman ayat 13-19 yang dapat kita simpulkan sebagai berikut :

1. Menanamkan jiwa tauhid.
2. Menghargai dan menghormati orang tua.
3. Memelihara dan memperlakukan orang tua dengan baik.
4. Kejujuran, bahawa tidak ada satupun yang dapat disembunyikan di hadapan Allah SWT.
5. Mendirikan sholat dan ibadah lain.
6. Mengajak kepada perbuatan baik dan mencegah perbuatan munkar.
7. Bersabar.
8. Melarang keangkuhan dan kesombongan dalam pergaulan.
9. Sederhana dalam sikap, berjalan dan berbicara.

Realiti hari ini

Negara kita masih berhadapan pelbagai masalah sosial seperti ancaman dadah yang serius serta jenayah juvana termasuk melibatkan kekerasan. Lebih menggusarkan, ancaman baharu seperti ketagihan bahan khayal seperti gam, petrol dan cecair pemetik api turut mencemari golongan muda yang bakal menjadi modal insan dan pemimpin akan datang.

Pelbagai langkah boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah melalui aspek pengukuhan undang-undang dengan mewujudkan akta khusus bagi membendung salah laku dikalangan golongan kanak-kanak dan remaja dalam negara kita.

Marilah kita sama-sama membantu menangani masalah sosial di kalangan mereka ini dengan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita dan berusaha memperbaiki keadaan dengan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya.

Related posts:

Akhlak Remaja Bermula Di Rumah