DARI 25 Januari hingga 13 Februari 2011 berlaku revolusi kebangkitan rakyat Mesir terhadap kerajaan yang memerintah. Tiap-tiap hari mereka berdemo menentang rejim Mubarak di beberapa bandar besar. Tiap-tiap hari pula kita melihat beritanya di kaca TV dan internet. Pada masa itulah saya terkenangkan lawatan kami ke Mesir selama lebih kurang 8 hari pada tahun 2008.
|
Demo anti-kerajaan di Alex pada 11 Feb 2011 |
Kami hanya melawat bandar Kaherah (Cairo) dan Iskandariah (Alexandria) atau lebih dikenali dengan panggilan Alex. Kebanyakan masa kami berada di Alex, sebuah bandar yang sangat cantik yang mendapat jolokan "The Pearl of the Mediterranean". Alex adalah bandar kedua terbesar di Mesir dan pelabuhannya yang terbesar.
|
Marhaban.....mengalu-alukan pelancong di Mumtazah |
Pada tahun itu suami kena menghadiri seminar di Alex. Jadi dia telah mengambil kesempatan itu dengan membawa saya bersama dan menjadikannya sebagai percutian kami. Selama 5 malam di Alex kami telah menginap di Windsor Palace Hotel Alexandria, sebuah bangunan tua yang terletak di tepi laut.
"Marhaban bi-dhuyuf al-Iskandariah"
Selamat datang kepada tetamu-tetamu Iskandariah atau Alexandria.
o
|
Inilah tempat penginapan kami selama 5 malam....Windsor Palace Hotel |
Tiap-tiap pagi kami bersarapan di dewan makannya yang terletak di tingkat enam hotel itu. Pemandangan dari situ sangat cantik sekali ...... laut Mediteranian yang biru kelihatan begitu tenang , sejuk mata memandang .....meminggiri pantai sejauh 32 km bandar Alex.
|
pemandangan daripada atas hotel |
Antara tempat menarik yang kami kunjungi seperti kubu Sultan Qaitbay (Fort Qaitbey), Masjid Mursi Abdul Abbas, Universiti Alexandria, Amphitheatre, Bibliotheca Alexandrina (Library of Alexandria) dan Montazah Garden. Kami hanya menggunakan kenderaan awam (selain berjalan kaki) ketika pusing-pusing di kota Alex. Semua jenis kenderaan kami mencuba ......... teksi, van 'putih', bas dan juga tram.
|
Berposing di depan Fort Qaitbey ......
keseluruhan bangunannya dibuat daripada batu-bata putih
|
|
Pemandangan dari atas Fort Qaitbey |
Dari kubu kami hanya berjalan kaki ke
Masjid Mursi Abdul Abbas. Dalam perjalanan kami bersiar-siar di tepi pantai yang berdekatan kerana kami mengarah ke laluan yang sama. Sambil menikmati keindahan lautan biru seluas mata memandang, kami juga sempat membeli barangan suvenir dari gerai-gerai jualan yang banyak terdapat di sepanjang pantai..
|
Masjid Abdul Abbas .......perkarangannya dipenuhi dengan peminta-peminta sedekah
|
|
hmmm......cantik kaan laut di belakang? |
|
Haa......kacak bos dengan topi yang baru dibeli.....di belakang kubu Oaitbey dari jauh |
Selepas meninggalkan pantai kami berjalan-jalan di bandar mencari makan dahulu sebelum ke masjid kerana terasa lapar. Cari punya cari terjumpalah gerai simple di tepi jalan. Ia menjual sejenis roti seperti piza. Kami makan di situ sahaja. Kemungkinan kebiasaannya orang beli 'takeaway' kerana kelihatan banyak kotak yang tersusun dan tempat duduk yang sedikit sahaja
|
greetings.....kerana ini kawasan pelancong |
Lagi satu tempat yang sangat menarik yang sempat dilawati di Alex ialah Montazah Garden dan Montazah Palace. Ia terletak di satu kawasan berbukit batu yang menganjur ke laut Mediteranian .........sangat cantik dengan taman bunga yang dijaga rapi dan kebun tamar yang subur.
Kawasannya sangat luas dan agak penat juga berjalan dari pintu masuk dan bersiar-siar di dalam taman. Di dalam taman ini juga terdapat Istana Sultan Farouk, raja terakhir Mesir. Semasa pemerintahan Mubarak istana ini dijadikan sebagai "Rumah tetamu Presiden"
|
Kebun kurma yang terdapat dalam taman ........ kebanyakan pokoknya sedang berbuah dengan lebat
|
|
Montazah Palace ........tidak dibenarkan masuk, hanya boleh dilihat dari luar
|
Di bandar Alex ini juga terdapat sebuah perpustakaan yang baru dan moden (dirasmikan pada 2002). Ia lebih dikenali dengan nama
Bibliotheca Alexendrina atau dalam bahasa Arab Makatabat al-Iskandariah atau dalam bahasa Inggeris Library of Alexandria. Ianya bukan sekadar sebuah perpustakaan yang boleh memuatkan berjuta-juta buku sahaja, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah pusat mencari dan menyampaikan ilmu. Di bawah satu bumbung terdapat beberapa buah perpustakaan yang khusus, planetarium, muzium, galeri seni dan lain-lain. Bentuk bangunannya juga adalah unik.
|
Di luar perpustakaan tetapi bahagian atas ....... ada kolam dan kelihatan bumbungnya yang unik
|
|
Pemandangan dari atas bumbung |
|
Ini adalah antara bahan-bahan yang dipamerkan |
|
Ini ruang membaca.....berlapis-lapis |
|
....... lihat pada cahaya yang diterima melalui bumbungnya |
|
Antara karya seni yang dipamerkan di galeri seni |
Last but not least ialah lawatan kami ke
Universiti Alexandria, di mana suami ada temujanji dengan pihak universiti. Ia sebuah universiti lama yang telah wujud sejak 1938. Pada hari itu Kami telah pergi khusus ke bahagian Fakulti Kejuruteraan. Ia merupakan universiti yang kedua terbesar di Mesir.
|
Bangunannya tersergam ...... |
|
Suasana dalam bangunan universiti |
|
Suami bersama colleague |
|
Suami bersama kakitangan universiti di salah sebuah bengkel elektrik ...
|
|
Papantanda universiti ........bergambar sebagai kenangan |
Related Post:
Mesir Bumi Anbiya'
Jaula ke Mesir