Saturday, 24 May 2014

Menyusuri Lagenda Tasik Chini


BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Saya sendiri telah mendengar kisah kewujudan naga di Tasik Chini sejak kecil lagi. Memang sudah lama teringin hendak pergi melihat tasik yang penuh misteri ini tetapi tidak pernah kesampaian sehinggalah pada akhir tahun 2012. Tepatnya pada 17 Nov 2012.

Beberapa hari sebelumnya saya bersama seorang anak telah mengikuti suami berkursus di Dungun, Terengganu. Pada hari tersebut kami dalan perjalanan pulang dari Dungun ke Batu Pahat, Johor. Bila tiba di Pahang, hari sudah petang sedangkan perjalanan masih jauh dan badan pula sudah terasa keletihan. Jadi kami memutuskan untuk menangguh perjalanan dan mencuba cari tempat bermalam di Tasik Chini...... kira-kira macam 2 in 1 lah....

Tasik Chini bukanlah satu tempat yang berada berdekatan dengan jalan utama. Untuk sampai ke sana kami perlu melencong jauh dari jalan utama dan melalui jalan yang agak terpencil. Kebetulan hari pula semakin gelap, dan jalan yang dilalui bagaikan tiada penghujungnya, membuat kami berasa cemas sepanjang perjalanan. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga.
Dari Pekan kena masuk jauh ke dalam untuk sampai ke Tasik Chini
Kami bernasib baik pada malam itu kerana kami dapat blik untuk bermalam di Lake Chini Resort, walaupun harga biliknya agak mahal. Namun yang penting kami ada tempat untuk berihat dan pada masa yang sama berpeluang menikmati keindahan Tasik Chini yang selama ini hanya terbayang di minda.
Resit bilik dan resit sewa bot
Malam itu kami seolah-olah bermalam di dalam hutan kerana resort ini memang dikelilingi hutan dan terletak di pinggir Tasik Chini. Suasananya nyaman dan sangat berbeza dari resort-resort lain yang berdekatan dengan bandar-bandar.
  
Pemandangan keluar dari balkoni bilik kami
 Tasik Chini

bunga lotus atau teratai
Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan denganSungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.

Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.


Kesokan paginya selepas sarapan kami menyewa bot untuk menyusuri Tasik Chini. Memang tasik ini nampak tenang. Namun, di sebalik ketenangannya itu, banyak kisah yang tersembunyi.....cerita-cerita mistik dari nenek moyang sehinggalah ke cerita-cerita misteri dari pengalaman penduduk-penduduk kampung.
Anak bujang saya.......jom kita tengok apa ada di tasik Chini!
Tasik Chini......begitu indah sekali ....nyaman dan tenang
Mereka yang ke sini adalah pencinta alam kerana tasik ini ibarat taman semulajadi yang paling baik untuk kita terokai. Apabila berada di sini kita seolah-olah disatukan dengan alam ciptaan Allah. Di sepanjang perjalanan bot kami di kiri kanan adalah hutan semulajadi. Rasa teruja sangat melihat tumbuhan-tumbuhan liar yang begitu dekat sekali dengan kita. Ada yang kami kenali tetapi kebanyakan tumbuhan tidaklah dikenali jenisnya.





Lotus atau teratai....antara tumbuhan yang dikenali
Ketika lawatan ini bukan musim berbunga



Bekas tinggalan rumah orang asli




Pengembaraan bot kami hanyalah sehingga kawasan  Lubang Ular ini.
Ada pakej  yang pergi sehingga  ke empangan
Lawatan ke Kg Cendahan
Selepas Lubang Ular kami dibawa melawat sebuah kampung orang asli iaitu Kampung Cendahan. Kampung ini dijadikan sebagai destinasi pelancong. Bagi tujuan itu penduduknya mengeluarkan beberapa produk hasil hutan untuk dijual terus kepada para pelancong yang datang melawat.


Jeti  menuju ke Kg Cendahan......dikelilingi kehijauan yang menyegarkan
Kata-kata aluan dari penduduk kampung
Suasana dalam kampung
Di sini juga disediakan aktiviti khusus untuk pelancong mencuba salah satu gaya hidup mereka, iaitu menyumpit, dengan sedikit bayaran.





Di antara produk yang dibuat dari hasil hutan seperti sumpit buluh, ubat tradisional dari akar kayu dan pemukul bantal dari akar rotan.




Sebelum pulang saya telah membeli sebatang pemukul rotan untuk dibawa balik sebagai ole-ole dan juga sebagai kenangan "semalam di Tasik Chini".



Jom kita pulang
 Dengan berakhirnya lawatan ke kampung ini, maka pengembaraan kami di Tasik chini ini juga sudah hampir ke penghujungnya. Dalam perjalanan pulang bot kami menyusur di pergigian air berhampiran dengan tempat penginapan kami. Kami sempat merakam beberapa pemandangan yang menarik dan indah bagaikan lukisan di kanvas.


Itu jeti ke tempat penginapan kami...Lake Chini Resort

Mengikut cerita penduduk asli di sni, di masa lampau air tasik ini sangat jernih dan mereka menjadikannya sebagai sumber minuman mereka. Kini tidak lagi, bahkan ada notis memberi amaran kepada pelawat agar tidak menyentuh air kerana ianya dicemari dan boleh membahayakan kesihatan. Di masa lalu juga dikatakan pemandangan di tasik jauh lebih cantik dari sekarang. Kerosakan ini semua disebabkan gara-gara pembalakan haram dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit.



   Akhir sekali, marilah kita sama-sama menjaga bumi kita dari kerosakan. Di mana sahaja kita tinggal, peliharalah alam sekitar agar kehidupan kita diberkahi Allah sebagai penciptanya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"       Ar-Rum:41

Berlakunya kerosakan di atas mukabumi disebabkan sikap manusia itu sendiri yang tamak haloba dan rakus terhadap sumber alam seperti pembalakan haram yang tidak dikawal.Kadang kala  Allah turunkan  bencana  kepada mereka akibat kerosakan yang dibuat sebagai peringatan, seperti tanah runtuh di bukit-bukit yang telah digondolkan mereka.                                                                                                                                  

Wednesday, 14 May 2014

Ambuyat - makanan istimewa orang Brunei

Kami ke Brunei pada pertengahan Februari 2 tahun lepas (2012). Kami bermalam di sini untuk satu malam sahaja. Jadi pada malam berkenaan kami keluar mencari makan di Restoran Aminah A'rif. Restoran ini agak terkenal juga di kalangan pelancong dan juga kerana ambuyatnya. Memang sedap makanannya.....cuma sayang ambuyat bukan selera kami.

Ambuyat (sago starch)
Sebelum keluar makan saya sempat berFb dengan anak kami yang pernah ke Brunei. Dia berpesan pada kami supaya mencuba makan "ambuyat". Kebetulan  di restoran yang kami pergi ini ada menu ambuyat. Kami pun bertanya serba sedikit tentang makanan istimewa orang Brunei ini, lalu memesannya berserta nasi sekali kerana kuatir ia tidak dapat memenuhi selera kami.

Ambuyat yang diiringi oleh lauk-pauknya ....... sayur goreng, ikan asam pedas, daging rendang, sambal asam berserta ulam ....... suasana romantik dalam restoran menjejaskan kualiti gambar

  Set makanan ini + nasi dan air minuman
untuk 2 orang berharga B$19.20


Tepat sekali seperti yang dijangka, kami tidak mampu
menghabiskan semangkuk besar ambuyat yang dipesan. Selepas makan beberapa suap menggunakan alat seperti copstik, kami menggantikannya dengan nasi, menggunakan sudu dan garpu pula. Lauk-pauknya sama ...... yang beza cara makannya.

Ambuyat merupakan makanan tradisional kaum Bisaya di Brunei dan Sabah. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam, Ambuyat menjadi makanan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisayuh. Ia diperbuat daripada sagu pokok rumbia yang telah diproses.


Tuesday, 13 May 2014

BulGoGi Jungol - makanan istimewa orang Korea

Lunch di Itaewon

Semasa kami mengunjungi daerah Itaewon, Seoul, kami telah mencuba makanan gaya orang Korea di Restoran Maharaja, sebuah restoran Pakistan.

Kami memesan "BulGoGi" .......  It is listed at number 23 on World's 50 most delicious foods readers' poll  compiled by CNN Go in 2011


Namun yang kami pesan hari itu bukanlah Bulgogi original (panggang)  tetapi  Bulgogi Jungol (disebut Pulgogi Jungol) atau barbecued beef stew. Ia sejenis sop yang menggunakan daging perap Bulgogi sebagai bahan utama dan dicampur dengan sayur-mayur seperti cendawan dan mi yang kelihatan seperti suun. Hari itu kami membuat pilihan untuk memakannya bersama nasi goreng. Termasuk dalam hidangan ini ialah side dish seperti kimci, ikan bilis goreng, sayur goreng dan cili hijau berkicap. Ada  lagi satu tetapi saya sudah  lupa. 

Memang sedap makanan ini terutama ketika musim sejuk kerana ia boleh memanaskan badan. Kebetulan semasa kami ke Korea hari itu juga dalam musim sejuk

Bulgogi stew on hot pot ........ dengan side dishes 
termasuk kimchi dan di makan bersama nasi
side dish ..... kimci
Bulgogi stew

Sunday, 4 May 2014

Kembara Borneo - Pulau Labuan

15 Feb 2012
Kami tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan ketika hari sudah hampir gelap. Setelah tiba kami 'kehilangan punca' sekejap.......tak tahu nak buat apa kerana kami tidak ada menempah bilik hotel atau apa-apa tempat penginapan untuk malam itu. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik teksi dan meminta pemandunya membawa kami ke mana-mana hotel yang biasa menjadi tumpuan pelancong. Alhamdulillah! Kami dapat mencari bilik dengan mudah di sebuah hotel bajet. Sebenarnya lokasi berdekatan hotel kami itu. memang terdapat banyak hotel bajet.

Malam itu selepas solat maghrib dan Isya' kami keluar mencari makan. Ketika berjalan-jalan mencari tempat untuk menjamu selera, barulah kami sedar yang kawasan hotel kami itu tidaklah berapa jauh daripada terminal feri. Oleh kerana kami naik teksi dan dibawa mengikut laluan yang berpusing-pusing, nampak seperti jauh!

Menu malam tu......apa specialnya sampai nak ambil gambar?.....
Pinggan yang di sebelah kanan itu adalah hidangan udang lipan bakar. Ini pertama kali saya makan udang jenis ini di Malaysia tetapi bagi suami inilah pertama kali dia makan dan menikmatinya. Pertama kali saya makan 'mantis shrimp' ini di Sunderland, UK semasa saya baru belajar di sana. Masa itu kami dapat saiz yang kecil dan kami menggorengnya sahaja; tetapi yang di Labuan ini saiznya agak besar dan kami ambil beberapa ekor untuk dibakar. Apabila dihidangkan ianya sudah siap dibelah dua supaya mudah dikorek isinya yang tidak berapa banyak.

Pada keesokan harinya pagi-pagi lagi kami sudah keluar bersarapan dan terus ke terminal feri untuk bergambar sambil membeli kerana  di sana juga terdapat gerai-gerai yang menjual barang suvenir. Berdekatan dengan terminal juga ada kedai-kedai besar yang menjual berbagai-bagai barang......dari peralatan dapur. kain sarong pelikat,batik hinggalah ke cokelat yang beraneka jenis. Jadi kami buat 'shopping' sedikit sebelum balik ke bilik. 



Sebenarnya semasa kami berada berdekatan dengan lokasi hotel, kami disapa oleh beberapa orang pengusaha kereta sewa yang menawarkan khidmat mereka. Kami memang berniat untuk menyewa teksi bagi membawa kami bersiar-siar di pulau ini selama berapa jam yang kami ada sebelum balik ke tanah besar. Jadi suami pun bertanya-tanya harga yang ditawar. Akhirnya kami bersetuju menyewa kereta sewa 'sapu' kerana harga yang ditawar lebih murah. Pemandunya kata dia buat kerja ini 'partime' sahaja.

Kami hanya ada masa lebih kurang 3 jam sahaja untuk berpusing-pusing hari itu. Adalah beberapa tempat menarik yang sempat pemandu ini membawa kami. Antaranya:

Labuan International Sea Sport Complex

Address: Jalan Tanjung Purun, Labuan, Malaysia
Office Number: +608 7423 445 / +608 7423 446




Labuan International Sea Sport Complex is one of the interesting places to go in Labuan, Malaysia. It is located along the beach at the Tanjung Purun Road. It is situated not far away from the city centre of Labuan. One of the well known landmarks in located near to the complex which is the Labuan Tourism Action Council.
The Labuan International Sea Sport Complex is 5.91 acres big and acts as a part of the beautification project of Labuan's Waterfront. It is a world class water sports centre. It is officially opened in the year of 2001. The sea sport complex hosts the inaugural Labuan International Sea Challenge annually. There are more activities including championship and other events hosted in this venue apart from the sea challenge. Activities and events held in the complex are the Rolex IGFA International Game Fishing Tournament and Round Island Kayak Challenge. The complex has very distinctive architectural design. This complex can be divided into a few sections. They are the block of administrative, a marine biology museum, eateries and some souvenir shops. The museum is sited next to the administrative block in a different building. Apart from the world class architecture complex, visitors often visit this very place as there are souvenir shops and amazing eateries. There are famous local food and handicrafts items selling in the complex.

Kami hanya melihat-lihat di luar bangunan sahaja....menikmati keunikan senibinanya

Labuan Bird Park

As the name stated, Labuan Bird Park is undoubtedly located in the famous free port island, Labuan. It is located around 16km away from the city centre of Labuan Island. It is situated at the northernmost tip of Labuan Island and it is near to one of the famous landmarks, Tanjung Kubong Tunnel. The park is accessible via the Tanjung Kubong Road.
The 6.9 hectares big Labuan Bird Park acts as a home to all kinds of Borneo birds where you can hardly see it around anywhere except in the deep forests of Borneo. There are many different species, up to 580 of birds showcased in the bird park. They include the famous Cockatoo, kingfishers, peacocks, hornbills and sharmas, just to name a few. There are quite a number of activities that can be done in the park. Besides sightseeing while gaining knowledge towards all these exotic birds, one can take photographs with them and enjoy the daily performances featuring live bird show. A visit to the Labuan Bird Park is definitely worth every penny as it is suitable for all ages. You can bring your family with elders and kids and they will enjoy the day for sure. Plus, the entrance fee is affordable. It is only RM3 for adults, RM1 for children from ages 5 to 12 and for those under the age of 5, they get free entrance. The amazing bird park is opened every day including public holidays from 10am to 5pm.


Ok........jom masuk dalam!
cockatoo or burung kakak tua

angsa hitam
yes.....seperti di papantanda, burung ostrich

menkmati keindahan alam flora sambil mengenali burung-burung yang ada  di taman
peacock......firstime melihat burung merak mengembangkan ekornya!

terkejar-kejar kami dibuatnya......semata-mata kerana nak mencari dan 'mengelik' posisi yang cantik

The Chimney

Address: Jalan Merdeka, Labuan, Malaysia.
Office Number: +608 742 3445 /+608 742 3446



The famous mystery chimney is located in Labuan, Malaysia. It is standing high at Tanjung Kubong. There are quite a few landmarks located nearby and so it is not difficult to find The Chimney. There are Chimney Information Centre and the Chimney Historical Complex.

This chimney was built in the year of 80's and the usage of it is still a mystery. It is stated that there is no traces of smoke and whatsoever that indicate that it works like any normal chimney. However, the locals believe that it was used as a ventilation shaft. Still, there are many people that have other thought. Some say that it is just an unfinished mansion built in those days while others claim that it is a light house to be. Until today, no one knows the right purpose of this chimney and this is why it is such mysterious. This also acts as an attraction which attracts tourists around the world as well as locals. It has a height of 106 feet and it was built with stacks of red bricks. It was made up with up to 23,000 pieces of red bricks that are imported from the England. The architectural style and design are more or less the same as those of British. Near to the chimney, there is a museum with the name of Chimney Museum which showcases lots of information that are related. There are the brick samples from the chimney and the reinforcement materials used during the construction, just to name a few. 
Muzium ini berhampiran dengan 'The chimney' di atas
Bahan pamiran dalam muzium






Kami hanya sempat pergi ke tiga tempat di atas dalam masa 2 jam setengah. Kemudian kami mengajak pemandu ke kedai Perusahaan SBS untuk membeli makanan laut beku. Setengah jam kemudian, lebih kurang pukul 1 tengahari kami sudah berada di terminal. Kami tidak boleh lewat bertolak kerana perjalanan masih jauh. Kami harus ke KK kerana flight balik ke Semenanjung dari sana pada malam itu. 

Makanan laut ini dibungkus dengan begitu baik sekali........khas untuk dibawa atas  penerbangan
Perjalanan yang masih jauh..........KK  destinasi akhir

Menunggu bot di terminal........bye-bye Labuan!

Thursday, 1 May 2014

Kembara Borneo - Jom ke Menumbok


Dari Limbang kami berhenti di Lawas dan Sipitang sebelum ke Labuan

15 Feb 2012
Pada hari ini kami tinggalkan Limbang dan meneruskan perjalanan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam perjalanan ini kami sempat berhenti di Lawas dan juga Sipitang. Walaupun di awal pengembaraan ini kami sudah bermalam di Lawas, namun kali ini kami ingin ke pasar tamunya untuk mencari durian merah. Nasib kami sangat baik hari itu kerana masih ada beberapa biji lagi yang belum terjual semasa kami ke sana. Maka berjayalah misi  kami hari itu.!

Ni dia .....durian yang dicari
Di Sipitang pula kami hanya berhenti untuk solat Zohor dan Asar. Kemudian kami berpusing-pusing melihat pekan sambil mengambil foto sebagai kenangan. Sebenarnya Sipitang adalah daerah di bawah jajahan Sultan Brunei sebelum 1884, yang kemudiannya diserahkan kepada pihak British. Sipitang juga bandar di Sabah yang paling hampir dengan sempadan Sarawak, hanya sekitar 30 km.

Di belakang......dewan serbaguna Sipitang

Sipitang 'waterfront' mengadap Laut China Selatan ......pemandangan dari jeti 

Esplanad Sipitang...........tempat rekreasi bagi warga  Sipitang
Di jeti........kelihatan masjid di belakang
Dari Sipitang kami lalu bandar Buefort, kemudian ke arah Kuala Penyu sebelum membelok ke Menumbok di persimpangan. Kami akan naik bot laju dari Jeti Menumbok ke Pulau Labuan. Kami tiba di jeti agak lewat petang. Nasib baik masih ada lagi bot yang akan ke sana. Kami tiba di Labuan hampir waktu maghrib.

Gambar ini diambil dpd Mr Google kerana kami tidak sempat berhenti 'mengelik'........inilah simpang yang membelok ke Menumbok di kiri
Terminal Jeti Menumbok

Menunggu bot di jeti.......satu penantian yang agak lama!

At last...........botnya tiba
Ok sekarang kita naik bot......Jom ke Labuan!

Related post:

Kembara Borneo:
Jom ke Limbang
Driving from KK to Seria
Driving from KK to BSB
Driving from KK to Lawas
KK to Brunei by land
Kampong Ayer Brunei