Kuala Sepetang adalah sebuah perkampungan nelayan yang menarik yang terletak di salah satu kawasan hutan paya air masin yang paling penting di Malaysia dan merupakan hab pelancongan yang sentiasa berkembang. Terkini ada beberapa aktiviti menarik yang sesuai dijadikan sebagai aktiviti bercuti bersama keluarga. Antaranya seperti pusat eko-pelajaran hutan paya laut Matang, kilang arang Kuala Sepetang, lawatan bot Kuala Sepetang, dolphin tour dan eagle feeding.
Bagi mereka yang cintakan keindahan semulajadi flora dan fauna, Kuala Sepetang atau nama popularnya Port Weld merupakan destinasi yang sangat menarik dan juga termasuk dalam eko perlancongan yang wajib dikunjungi.
Ini antara pakej naik bot yang ditawarkan
Ini pula salah seorang dari tour agen di sini yang beroperasi di depan restoran mee udang Mak Jah
Jika bercakap pasal makanan popular di sini, sudah tentu mee udang antara makanan yang wajib dicuba. Resepinya istimewa, dengan rasa yang tersendiri dan bahan utamanya udang adalah bahan segar yang ditangkap di perairan Kuala Sepetang. Maka tidak hairanlah kenapa ia menjadi makanan kegemaran ramai yang datang ke sini.
Suasana dalam restoran .... 28 May 3.20 PM
Sejak sekian lama Kuala Sepetang bukan sahaja terkenal sebagai tapak stesen keretapi terawal di Malaysia, tetapi juga industri pembuatan kayu arang paling tua. Industri berkenaan bertapak di sini sejak 1930 dan dari masa ke semasa produk kayu arang dari Kuala Sepetang mendapat permintaan yang tinggi kerana ia antara yang terbaik di dunia.
Kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang pembuatan arang kayu di Kuala Sepetang. Sebenarnya kami hanya melawat kilang yang tidak beroperasi pada hari berkenaan kerana cuti umum. Jika betul-betul berminat boleh sahaja melawat kilang yang berbayar yang menyediakan 'tour guide' sekali. Namun begitu kita boleh bayangkan pembuatannya dengan hanya melihat suasana dalam kilang dan dengan membaca sedikit mengenainya dari maklumat hasil pencarian di internet.
Suasan dalam kilang arang kayu bakau
Proses menghasilkan arang kayu bakau dibahagikan kepada 3 peringkat dan memakan masa kira-kira lebih sebulan. Bagaimanapun, proses penghasilannya bukanlah semudah yang disangka.
Ia bermula dengan proses memilih bahan mentah iaitu pokok bakau. Terdapat dua jenis pokok bakau iaitu pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau minyak (Rhiziphora Apiculato) dan berusia sekurang-kurangnya 30 tahun untuk ditebang bagi mendapatkan hasil kayu arang terbaik. Oeh kerana permintaan terhadap bahan bakar ini amat tinggi, pengeluaran arang dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak dan mempunyai had penebangan hutan bakau.
Kawasan yang diberikan permit penebangan akan dimasuki pekerja untuk proses penebangan pokok menggunakan gergaji rantai. Setiap pokok yang ditebang akan dikerat sepanjang 2 meter dan diangkut menggunakan bot untuk dihantar ke kilang arang. Sungai semula jadi adalah laluan terpenting bagi membawa kayu bakau ke kilang arang yang kebanyakannya terletak di pinggir sungai.
Sebaik bot tiba di kilang, kayu akan dipunggah ke darat untuk proses pengeringan antara 2-3 hari. Kayu yang kering akan diangkut ke tempat pembakaran iaitu gok (panggilan lain dapur atau tanur)
Gok ialah sebuah struktur yang berbentuk separuh bulat (seperti igloo) dengan satu pintu masuk dan ia diperbuat daripada batu bata dan selut tanah yang bercampur pasir halus.
Gok ,,, tempat pembakaran kayu sebelum jadi arang
Kayu bakau yang dipotong sepanjang 2 meter perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum dibakar
Seterusnya kayu bakau disusun secara menegak sehingga penuh dan satu gok mampu memuatkan sehingga 1400 atau 1500 kayu bakau, bergantung pada saiz gok. Proses pembakaran bermula dengan api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum relau ditutup sepenuhnya selama 10 hari untuk proses penyejukan.
Selepas kayu bakau menjadi arang, gok akan melalui proses penyejukan sebelum pekerja mengeluarkan arang untuk dimuatkan dalam lori, ditimbang dan dihantar ke kilang pemprosesan terakhir untuk dijadikan pelbagai produk. Selain bahan bakar, arang juga digunakan dalam industri pembuatan barangan lain termasuk kosmetik, bahan pencuci, baja dan ubat nyamuk.
Antara produk sampingan hasil industri arang kayu
Di atas ini adalah antara produk yang saya telah beli dari kedai atau gerai yang dibuka oleh kilang ini. Arang yang boleh menyerap bau ini ada sedikit berbeza cara prosesnya berbanding arang yang digunakan sebagai bahan bakar. Ubat giginya kekal berwarna hitam tetapi rasanya sama seperti ubat gigi biasa. Manakala cuka kayu ini pula untuk pertanian, bukannya cuka untuk masak.
Cuka kayu pertanian adalah produk sampingan yang terhasil daripada pembakaran kayu tanpa udara bagi menghasilkan arang. Secara umum, cuka kayu dapat meningkatkan kualiti tanah, mengawal perosak dan menggalakkan pertumbuhan pokok
Kualiti kayu arang yang dibakar boleh dinilai melalui 2 kaedah iaitu dengan melihat kepada jenis warna asap yang terhasil daripada lubang asap atau hanya menggunakan tangan dalam menentukan kelembapan wap bagi arang siap dimasak sepenuhnya.
Mengimbau sejarah, Kuala Sepetang ini dahulu cukup terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah sehingga melahirkan seorang tokoh perusahaan seperti Che Ngah Ibrahim atau gelarannya Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim Jaafar sekitar 1870-an. Namun atas beberapa peristiwa industri perlombongan bijih timah mulai berkurangan sehingga banyak lombong di daerah Larut ditinggalkan.
Kini Kuala Sepetang dikenali sebagai antara pengeluar arang kayu daripada pokok bakau terbaik dunia.
Di bawah ini adalah link ke post yang menceritakan lawatan pertama kami ke daerah Pontian dan Kota Tinggi. Sejak dari lawatan ini sudah 2 kali kami ke sini. Posting saya kali ini bertujuan untuk menokok-nambah apa yang telah diceritakan sebelum ini kerana banyak juga tempat yang tidak sempat pergi semasa lawatan pertama, kami "cover" ketika lawatan kedua dan ketiga.
Ok kita mula dulu dengan daerah Pontian - lawatan pertama pada 20 Ogos 2020, diikuti dengan lawatan kedua pada 4 dan 5 Nov 2021.
Lawatan kedua ini merupakan program 'family gathering' yang boleh dikatakan aktiviti yang dibuat setiap tahun, kecuali ketika PKP. Bagi saya dan suami, kami mengambil peluang ini dengan meneroka tempat yang tidak bekesempatan dilawati pada kali pertama. Ketika melalui daerah Pontian sekali lagi kami singgah di bandar Pontian.
Petikan dari post pertama: Inilah kali pertama kami datang ke dataran ini untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Lokasi "I Love Pontian" menjadi spot kegemaran pengunjung bergambar di sini. Di hujung taman adalah Laman Di Raja dengan monumen mahkota. Taman ini agak luas juga. Kami tidak pergi ke Laman Di Raja itu .... hanya melihatnya dari jauh. Kami tidak boleh berlama-lama di sini kerana ingin sampai ke Tanjung Piai seawal mungkin supaya cuaca tidak terlalu panas ketika di sana nanti.
Jika di lawatan pertama, kami hanya singgah di sini 'sekejap' sahaja tetapi pada kali ini kami ada banyak masa untuk meninjau Taman Tepi Laut dengan lebih jauh dan juga bersantai di Tambak Pontian sambil menikmati keindahan pemandangan laut ciptaan Allah. Kalau sebelum ini Laman Di Raja itu dilihat dari jauh sahaja, tetapi kali ini kami betul-betul ke sana dan bergambar sakan😄dengan cucu-cucu.
Bersantai bersama anak-cucu di Tambak Pontian
Laman Di Raja dengan monumen mahkota
.... serta kawasan yang luas untuk anak-anak berlari-lari
Pada lawatan pertama kami hanya sempat ke Tanjung Piai Kukup dan tidak berkesempatan untuk berlama-lama di pekan Kukup, kerana terpaksa meneruskan perjalanan ke Tanjau Balau Desaru yang merupakan destinasi percutian kami yang sebenarnya. Namun pada lawatan kali kedua ini kami memang bermalam di sini. Jadi pada sebelah petang 4/11/21 kami ke Jeti perkampungan air (Kg Kukup Laut) untuk melihat matahari terbenam. Jauh jugalah kami berjalan mencari jetinya 😰 Kami juga pergi melihat bangunan Terminal Feri Antarabangsa Kukup.
Hanya bergambar di depan pintu masuk terminal feri
Melihat matahari terbenam di jeti .... tak berapa nampak mataharinya pada petang itu
Sekitar kampung air ... semua rumah dan landasan pejalan kaki berada di atas air laut
UPDATE 2 (Muzium Nelayan)
Petikan dari post pertama:
Niat di hati hari ini hendak ke Pantai Desaru di Bandar Penawar, tetapi apabila cuba masuk jalan ke pantai, sudah ada penghalang merentas jalan serta penjaganya sekali.😒 Mungkin pantai sudah penuh agaknya kerana kami keluar sudah agak lewat sedikit. Kami pun teruskan perjalanan ke Sungai Rengit, yang merupakan bandar utama untuk Pengerang.
Pada 28/8/2022 kami pergi ke daerah Kota Tinggi untuk kali yang ke-3. Lawatan kali ini untuk menziarah anak yang tinggal di Pengerang kerana sudah lama tidak dapat berjumpa ........ baca.seterusnya
UPDATE 3 (Sungai Rengit)
Inilah pertama kali kami sampai ke bandar Sungai Rengit. Untuk menyimpan kenangan ini, kami telah pergi ke datarannya untuk bergambar sambil menikmati keindahan laut. Kemudian kami ke Teluk Ramunia mencari pantai, kalau ada .... 😃😃 tak jumpa! Lepas itu kami ke Tanjung Pengelih, salah satu dari jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Singapura dan beberapa pulau berdekatan. Satu lagi jeti adalah di Tanjung Belungkor yang juga terletak di Pengerang, Sebenarnya kami terlupa hendak ke sini.
Kali pertama kami ke sini (Sungai Rengit) pada 21 Ogos 2021. Kemudian kami ke sini sekali lagi dari 27 hingga 29 Disember 2021 bersama keluarga kerana ia menjadi lokasi pilihan Hari Keluarga kecil kami yang biasa dibuat pada hujung tahun........ baca seterusnya
Inilah pertama kali kami sampai ke bandar Sungai Rengit. Untuk menyimpan kenangan ini, kami telah pergi ke datarannya untuk bergambar sambil menikmati keindahan laut. Kemudian kami ke Teluk Ramunia mencari pantai, kalau ada .... 😃😃 tak jumpa! Lepas itu kami ke Tanjung Pengelih, salah satu dari jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Singapura dan beberapa pulau berdekatan. Satu lagi jeti adalah di Tanjung Belungkor yang juga terletak di Pengerang, Sebenarnya kami terlupa hendak ke sini.
Kali pertama kami ke sini (Sungai Rengit) pada 21 Ogos 2021. Kemudian kami ke sini sekali lagi dari 27 hingga 29 Disember 2021 bersama keluarga kerana ia menjadi lokasi pilihan Hari Keluarga kecil kami yang biasa dibuat pada hujung tahun.
Seperti yang disebut pada petikan di atas, ada beberapa tempat menarik yang kami tidak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu, terutama Teluk Ramunia😃kerana tidak terjumpa jalan masuk. Menariknya lawatan kali ini kami memang bermalam dan beraktiviti di sini. Tepatnya kami tinggal di Arena Sepang Resort yang berada di Kampung Teluk Ramunia.
Teluk Ramunia merupakan pekan kecil dalam Daerah Kota Tinggi. Perkataan 'Ramunia' ialah sejenis buah-buahan tempatan yang terdapat di sekitar kampung di sini dan rasanya agak masam.
Resort ini menghadap laut Selat Singapura
Jom kita ke Arena Sepang Resort terlebih dahulu sebelum menyambung ke tempat lain ...
Video memberi gambaran suasana dalam resort ini
Ada beberapa lagi tempat yang kami belum pergi tetapi sempat melawatnya kali ini sebelum pulang. Antaranya Spider Garden, jeti lama dan Tanjung Belungkor. Kami juga berpeluang menikmati keenakan makan lobster di Sungai Rengit. Ketika pertama kali ke sini, ada juga mencari warung lobster yang halal untuk menjamu selera, tetapi banyak kedai makan masih belum dibuka ketika itu.
Warung Lobster Melayu Tepian Pantai Sg Rengit
Mula-mula kita ke warong lobster, di mana kami makan tengahari di sini pada 28 Dec 2021. Lobster ni makanan orang "have-have"😉 kerana seekor lobster berharga RM 200 (siap masak). Hari itu kami ambil 6 ekor lobster dengan harga RM 1200, di samping lauk-pauk yang lain kerana ada juga ahli keluarga yang tidak makan seafood😃 Kami ini bukanlah dari kalangan ketegori orang yang biasa bermewah seperti ini, tetapi hari itu adalah hari yang special kerana 'Tok Wan' meraikan rezeki 'duit pencen' dengan membelanja anak-cucu 'makan besar'. Ini juga merupakan salah satu acara 'bonding' kali ini bersama keluarga kecil kami.
Selesai makan bergambar pula buat kenang-kenangan
Ni meja Tok Wan, meja cucu-cucu di belakang ... sedap masakan lobsternya
Lobster telur masin
Suasana dalam restoran
Lobster dari Australia
Spider Garden
Ini lagi satu tempat menarik yang harus dilawat ketika berada di sini. Tempat ini menepati peribahasa Inggeris yang menyebut "Don't judge a book by it's cover" dan sebaliknya bertentangan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi "Indah khabar dari rupa"😄Apa yang menariknya ialah tempat ini mesti dinikmati atau merasainya, bukan hanya sekadar melihat dari jauh. Rupanya sangat tidak "menarik" tetapi apabila berada di dalamnya terasa begitu tenang sekali ... macam ingin terus berada di situ.
Tempat ini dibuat dari jala-jala yang lama dan bahan-bahan buangan yang dikutip dari pantai Teluk Ramunia oleh seorang yang bernama Hamzah di belakang rumahnya. Ketika kami ke sana masuk masih percuma. Terkini saya tidak pasti kerana mengikut maklumat dari internet sejak 2 bulan lepas, sekarang mereka ada menyediakan tapak campsite pondok rehat serta tandas, tempat BBQ, port memancing dan jumping spider besar.
Sesuai dilawati bersama keluarga ... bersantai dengan tenang di tepi pantai yang menghadap Laut China Selatan
Anak-anak mesti suka melantun di atas lantai ini
Jeti Lama
Petikan dari post pertama:
Bercerita pasal jeti ini, ada satu jeti lama yang menjadi lokasi popular bagi mereka yang suka bersuafoto, iaitu jeti lama Sungai Rengit di Kg Sungai Rengit Pengerang. Ketika kami ke sini tidak tahu pula wujudnya struktur jeti lama yang sangat menarik ini. Mungkin akan mencarinya kalau ke sana lagi insya Allah. Mengikut kata mereka yang sudah ke sini disarankan datang pada awal pagi atau hampir maghrib untuk mendapat pemandangan yang memukau. Terpaksa pinjam gambar dari google untuk menunjukkan keindahannya .
Melawat jeti lama ini memang dimasukkan sebagai aktiviti hari keluarga pada pagi 28 Disember 2021. Kami ke sini pada awal pagi seperti yang disarankan oleh mereka yang telah ke sini. Alhamdulillah berjaya juga ke sini akhirnya, dan pemandangan pada pagi itu sangat indah sekali kerana cuaca yang sangat baik. SubhanAllah ... keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang tiada tandingannya.
Satu pemandangan yang memukau ... 28 Dis 2021-7.21 pg
Beramai-ramai menantikan matahari terbit di ufuk timur
di sebalik jeti lama yang menganjur ke Selat Singapura
Tanjung Belungkor
Petikan dari post pertama:
Lepas itu kami ke Tanjung Pengelih, salah satu dari jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Singapura dan beberapa pulau berdekatan. Satu lagi jeti adalah di Tanjung Belungkor yang juga terletak di Pengerang, Sebenarnya kami terlupa hendak ke sini.
Akhirnya kami ke jeti Tanjung Belungkor dalam perjalanan balik ke Batu Pahat pada 29 Disember 2021. Pada masa itu, jeti ini masih belum dibuka selepas ditutup disebabkan PKP.
Ini adalah batu penanda 0 km dari Tg Belungkor
Petikan dari post pertama:
Selain daripada cerita jeti dan marina awam, ada satu lagi lokasi menarik di Tanjung Pengelih ini. Kami pun tidak tahu ia wujud sehinggalah membaca mengenainya di internet, iaitu Pengerang Coastal Battery (unit bersenjata), yang merupakan salah satu tinggalan kubu Tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Ia terletak di kampong Tanjung Pengelih dan merupakan kubu pertahanan Tentera British terbesar dan terkuat bagi pertahanan rantau ini dari serangan tentera Jepun ketika perang dunia kedua. Kemudahan yang terdapat di kubu ini termasuk tempat simpanan peluru, wisma pegawai, hospital dan bilik jentera bawah tanah.
Semasa lawatan kali kedua ini kami juga pergi sekali lagi ke Tanjung Pengelih bertujuan untuk melihat kubu tentera British sepertimana yang disebut di atas. Malangnya kawasan ini telah dipagar kerana mungkin ia menjadi sebahagian daripada kawasan PULAREK TLDM, iaitu sebuah pusat latihan tentera laut.
Salah satu daripada roadside pillboxes yang terdapat di Tanjung Pengelih
A pillbox is a type of blockhouse, or concrete dug-in guard-post, often camouflaged, normally equipped with loopholes through which defenders can fire weapons. It is in effect a trench firing step, hardened to protect against small-arms fire and grenades, and raised to improve the field of fire.
Inilah di antara beberapa tempat baru yang kami lawat di sini semasa lawatan kali kedua kami.
Niat di hati hari ini hendak ke Pantai Desaru di Bandar Penawar, tetapi apabila cuba masuk jalan ke pantai, sudah ada penghalang merentas jalan serta penjaganya sekali.😒 Mungkin pantai sudah penuh agaknya kerana kami keluar sudah agak lewat sedikit. Kami pun teruskan perjalanan ke Sungai Rengit, yang merupakan bandar utama untuk Pengerang.
Pada 28/8/2022 kami pergi ke daerah Kota Tinggi untuk kali yang ke-3. Lawatan kali ini untuk menziarah anak yang tinggal di Pengerang kerana sudah lama tidak dapat berjumpa sejak kami berpindah ke Ipoh. Dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat (bermalam di sini sebelum balik ke Ipoh) kami singgah di beberapa tempat yang tidak dapat pergi ketika lawatan pertama. Salah satunya ialah pantai awam Desaru seperti yang diceritakan dalam petikan di atas. Alhamdulillah kami sampai juga akhirnya di sini walaupun hanya dapat singgah sebentar.
Jom kita hayati keindahan pantai ni sekejap!
Pasir putih terhampar luas
Pantai Awam Desaru ... diambil pada
petang 28 Ogos 2022
Selain dari pantai ini, kami juga telah pergi ke pantai dan dataranTanjung Balau yang telah siap akhirnya😎alhamdulillah! Sekali lagi kami hanya berjalan-jalan di dataran sambil menikmati suasana tepi laut yang begitu nyaman.
Dataran Tg Balau .... 28 Ogos 2022
Petikan dari post pertama:
Hotel ini berdekatan dengan pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Malangnya ketika itu kedua tempat ini ditutup untuk kerja-kerja penaikan taraf. Dengar cerita Pantai Tanjung Balau ditutup untuk projek pantai 'walkway' yang masih belum siap setelah sekian lama.
Niat di hati pada pagi itu hendak melawat muzium nelayan yang terletak tidak jauh dari hotel tetapi malang sekali ia masih ditutup untuk kerja-kerja ubahsuai sejak dari September 2019 lagi. Walau bagaimanapun kami bergambar jugalah di luar pagar sebagai kenang-kenangan.
Lawatan kali ini juga membolehkan kami melawat Muzium Nelayan. Ada sedikit bayaran untuk masuk ke muzium tetapi kami diberi masuk percuma, khas untuk golongan warga emas😉alhamdulillah. Sudah lama tak masuk muzium. Seronok lawatan muzium kali ini ... menelusuri perjalanan kehidupan nelayan di zaman dahulu, yang secara tidak langsung mengembalikan kenangan silam kehidupan kami ketika kecil di kampung.
Muzium Nelayan Tanjung Balau dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah para nelayan tradisional negeri Johor seperti sampan, jaring, pancing, bubu dan lain-lain.
Jom kita masuk muzium!
Kompleks muzium ini mempunyai bangunan induk dan 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan dan Komunikasi Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Pameran Khas. Ini satu-satunya muzium nelayan yang ada dalam Malaysia. Lokasinya yang agak terpencil mungkin menyebabkan tidak berapa ramai yang datang mengunjunginya. Ketika kami ke sini, kami berdua sahaja yang menjadi pelawatnya.
Ini di perkarangan muzium
Di perkarangan muzium terdapat sampan-sampan nelayan Melayu termasuk bot-bot tradisi, perahu burung Petawali dan perahu Payang yang cantik dihias awan larat seperti yang lazimnya digunakan nelayan pantai timur
Bangunan Induk (Sejarah Peradaban Nelayan)
Bahagian ini menceritakan tentang sejarah Tanjung Balau, upacara dan adat kepercayaan masyarakat tradisional nelayan, serta kisah dunia nelayan. Ruang berikutnya menempatkan Peralatan Membuat Perahu, Kelengkapan Nelayan dan Peralatan Menangkap Ikan Tradisional.
Sejarah Tanjung Balau
Lembing ... antara peralatan menangkap ikan yang terawal
Maklumat jenis-jenis peralatan tradisional menangkap ikan
seperti serkap, bubu, pukat rawa, ambal, pukat kisa dan sauk tangan
Peralatan membuat perahu
Menceritakan tentang sail guard atau pengawal layar yang berbagai bentuk seperti kepala naga, bangau, burung dan ayam
Di ruangan seterusnya bangunan induk ini terdapat sudut pameran tentang penjenisan ikan dan hidupan laut lain seperti udang, ketam, dan siput-siput laut. Terdapat juga replika hutan paya bakau bersama hidupan-hidupan dalamnya, yang seterusnya membawa kita ke diodrama perkampungan nelayan.
Bahagian pameran hidupan laut dan paya bakau
Replika hutan paya bakau
Di sudut diorama kampung nelayan, terdapat pameran permainan tradisional masyarakat nelayan seperti gasing, congkak, batu seremban, dan sepak raga.
Diodrama perkampungan nelayan
Antara permainan tradisional yang dipamerkan seperti batu seremban , sepak raga, congkak, kasut tempurung kelapa, guli, gasing dan wau
Pakaian harian nelayan, ketika memancing dan pakaian penyelam.
Di ruangan ini pengunjung juga boleh menikmati suasana di dalam rumah nelayan kerana di bahagian ini terdapat model rumah nelayan yang mengandungi peralatan dan hiasan di rumah nelayan dahulukala.
Suasana di luar rumah nelayan ... tempayan, guri, basikal dan sampan serta peralatan menangkap ikan seperti jala, serkap dan lain-lain
Di kampung-kampung sekitar tahun 1960-an dan sebelumnya, orang Melayu banyak menggunakan tempayan dan guri sebagai tempat menyimpan air. Penggunaan tempayan dan guri yang dibuat dari tembikar sangat meluas ketika itu.Tempayan juga mempunyai pelbagai kegunaan yang lain, antaranya penggunaan untuk membuat ikan pekasam, menyimpan air untuk minum, memasak, basuh kaki dan memeram air tapai.
Pada zaman dahulu boleh dikatakan hampir di setiap rumah di hujung tangga di bahagian bawah akan disediakan sebuah tempayan air. Tujuan utama tempayan air ini adalah untuk memudahkan tuan rumah atau tetamu yang datang membasuh kaki sebelum naik atau masuk ke dalam rumah. Untuk menceduk air di dalam tempayan, akan disediakan batok atau gayung diperbuat daripada tempurung kelapa. Batok itu biasanya diletakkan di atas penutup tempayan atau disangkut di mana-mana bahagian.
Inilah asal-usul peribahasa "melepaskan batuk di tangga", bilamana orang yang mengguna batok itu telah meninggalkannya di tangga sahaja selepas membasuh kaki. Sepatutnya ia perlu diletakkan kembali ke tempat asalnya iaitu di atas tutup tempayan atau tempat yang dikhaskan untuk batok ini.
Suasana dalam rumah ... ruang dapur, makan dan bilik tidur
.... ni pula sudut hiburan
video memaparkan suasana dalam rumah nelayan dahulukala
Muzium ini juga mempunyai 4 galeri tambahan yang lain iaitu:
1. Galeri Geologi
Secara am, geologi adalah salah satu bidang cabang sains yang mengkaji tentang ciri-ciri bumi. Ciri-ciri ini adalah termasuk fizikal bumi, kimia bumi serta proses-proses yang terlibat semasa pembentukkan atau perubahan bumi.
Terdapat lebih dari 200 jenis batu-batan dalam galeri ini. Batu-batan ini diperolehi dari sekitar kawasan Tanjung Balau dan beberapa tempat di semenanjung Malaysia contohnya seperti batu kapur, batu kristal dan sebagainya. Di galeri ini pengunjung juga boleh mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan tentang bentuk geografi Tanjung Balau. Pada tahun 2015, KEJORA menaiktaraf galeri dengan penambahan ruang galeri serta artifak seperti fosil dan mineral.
Kembali ke zaman purba
Berbagai bentuk mukabumi dan kejadian alam
video meggambarkan suasana dalam galeri
2. Galeri Kapal Karam Desaru
Galeri ini menempatkan artifak seperti te mpayan, pinggan, mangkuk, sudu tembikar dari Negara China. Ia diperolehi dari Kapal Karam Desaru yang karam di perairan Desaru pada tahun 1840an. Kapal karam ini dinamakan Desaru bersempena dengan tempat di mana kapal ini karam iaitu di Pantai Desaru. Terdapat juga penceritaan berbentuk dokumentari majalah 3 tentang penemuan kapal karam ini.
Artifak seperti tempayan, pinggan, mangkuk, sudu tembikar dari Negara China yang diambil dari kapal karam Desaru
Dokumen menceritakan Kapal Karam Desaru
3. Galeri Keselamatan & Komunikasi Laut
Galeri ini menempatkan replika bot dan kapal nelayan moden serta Bot Persiaran Mewah dan alat komunikasi yang digunakan oleh nelayan moden. Terdapat juga model rumah api yang merupakan salah satu keperluan bagi ahli pelayaran atau jurumudi untuk belayar dengan selamat. Selain dari itu kita dapat mempelajari dan menambah pengetahuan tentang alat-alat komunikasi dan keselamatan yang digunakan oleh nelayan semasa di laut.
Model Rumah Api serta maklumat berkenaannya
Model kapal yang berbagai jenis
4. Galeri Pameran Bermusim
Galeri ini mempamerkan Pameran Khas sekurangnya sekali atau dua (2) kali setahun. Pameran khas ini diadakan bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke Kompleks Muzium Nelayan. Di antara Pameran yang telah dijalankan ialah Pameran Wau dan Layang Antarabangsa, Pameran Rangka Paus Dan Barangan Antik, Pameran Alam Mistik, Pameran Keranda Mistik, Pameran Topeng dan pelbagai lagi pameran.
Mengikut maklumat yang diambil dari sesawang muzium ini, pihak muzium ada merancang satu pameran khas iaitu Pameran Orang Asli Seletar Johor pada bulan November 2020. Saya tidak pasti samada pameran ini berlaku atau tidak. Namun pada hari lawatan tiada sebarang pameran khas diadakan.
Kesimpulannya:
Apapun, muzium kecil ini ideal untuk memperkenalkan anak-anak kepada kehidupan nelayan dan pelaut. Bukan sahaja ada model sampan atau bot yang mereka gunakan di laut, tetapi juga ada jenis-jenis perangkap ikan yang digunakan secara tradisional.
Percutian ini berlaku pada 20 Ogos 2020. Sudah lebih setahun, baru nak mencatatnya😄Memang blog saya ni bukan "live", tetapi lebih sebagai catatan dairi peribadi.
Pada sebelah pagi 21 Ogos kami berjalan-jalan di Sungai Rengit dan Tanjung Pengelih, dan kami makan tengahari di Bandar Penawar. Pada sebelah petang pula kami melawat Desaru Fruit Farm.
22/8/2020 Ini adalah hari terakhir percutian kami. Pada malam 21 Ogos kami telah merancang untuk makan malam di Restoran Terapung Firefly dan seterusnya pergi melihat klip-klip. Namun kami telah membatalkan niat ini apabila melihat keadaan tempat yang terlalu ramai orang. Kami balik terus walaupun telah sampai ke destinasinya. Kami tidak ingin mengambil risiko dijangkiti covid-19
Pada sebelah pagi hari ini kami melawat Pusat Penetasan dan Ternakan Belangkas di Sedili Kechil. Oleh kerana kami masih ada banyak masa, pada sebelah petangnya kami mencari
pula The Wetlands Kampung Belukar Durian. Berpusing-pusing jugalah kami mencari lokasinya. Tujuan ke sini hanyalah untuk melihat kawasan ini dan mencari maklumat mengenainya.
Jumpa pintu gerbang ke Kg Belukar durian tetapi lokasi 'wetland' agak sukar mencarinya
Kompleks The Wetlands merupakan sebuah Pusat Aktiviti Pelancongan Desa bagi penduduk Kg Belukar Durian. Pusat ini diurus tadbir oleh Gerakan Daya Wawasan Kg Belukar Durian (GDW BD) yang telah memulakan aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan desa sejak tahun 2008. Antara agensi kerajaan yang banyak membantu & membimbing adalah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Akhirnya berjumpa juga setelah keluar-masuk jalan salah beberapa kali mencari jalan sebenar yang menuju ke lokasi
Mengikut maklumat yang dicari tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat membuat aktiviti kem motivasi. Tempat ini menyediakan perkhidmatan sewaan chalet, bot river cruise dan pelbagai aktiviti homestay berasaskan cara hidup tradisional. Ia juga menyediakan penginapan asrama (dorm) dan dewan serta padang yang cukup luas untuk perkhemahan. Penginapan termasuk dengan penghawa dingin dan kipas syiling . Memang selesa dengan kesunyian desa dan jauh dari bandar.
Senarai harga penginapan mengikut jenis bilik : Chalet A : RM 120 Chalet B : RM 150 Chalet C : RM 100
Dorm : RM 400 (Dorm boleh memuatkan seramai 20 orang)
Ketika kami sampai di sini hujan sudah berhenti tetapi cuaca masih mendung. Oleh kerana itu perkhidmatan 'bot river cruise' dibatalkan pada hari itu. Maka terlepaslah peluang kami untuk mencubanya.
Suasana tenang dalam kawasan kompleks wetland
Selepas keluar dari kompleks ini kami terus balik ke Batu Pahat. Dalam perjalanan balik, ketika menuju ke jambatan "A", hujan turun semula dengan lebatnya.
Jambatan Sungai Johor ..... juga digelar Jambatan A
Jambatan Sungai Johor merupakan sebatang jambatan lebuh raya yang merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru di Johor, Malaysia. Jambatan kabel penahan ini menghubungkan Pulau Juling berhampiran Kong Kong di sebelah barat ke Tanjung Penyabong di sebelah timur. Dibuka pada 10 Jun 2011, ia merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia dan diikuti Jambatan Raja Pemaisuri Bainun (Jambatan Sungai Dinding) di Perak, sebagai kedua terpanjang, buat masa ini.
Jambatan ini sepanjang 1,708 meter (1.7 km), dengan bentangan utama 500 meter (0.5 km) merentasi Sungai Johor. Dua tiang utama jambatan itu naik ke ketinggian 143 meter.
Beginilah berakhirnya lawatan pertama kami. Pada 26 Dec 2021 sekali lagi kami bercuti ke daerah ini (Sg Rengit) bersama keluarga, anak-anak dan cucu-cucu.