Pada 4 Jun iaitu hari yang ketiga kami berada di Aceh, kami telah pergi ke Pulau Weh atau lebih dikenali sebagai Sabang bagi penduduk tempatan. Tujuan kami ke sini kerana pulau ini tidak jauh dari Banda Aceh dan ia salah sebuah pulau yang terindah di dunia. Berkunjung ke Aceh tidak lengkap rasanya tanpa singgah di Sabang kerana di sini juga terletaknya salah satu daripada beberapa Km-0 yang terdapat di Indonesia. Km-0 Sabang menjadi titik permulaan bagi Indonesia dari Barat ke Timor.
Jika di Malaysia kita ada lagu patriotik yang menyebut keluasan negara Malaysia, seperti di bawah;
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Di Indonesia juga ada lagu rakyat yang menceritakan keluasan negara Indonesia;
Dari Sabang sampai Merauke
Berjajar pulau-pulau
Sambung memnyambung menjadi satu
Itulah Indonesia
Indonesia tanah airku
Aku berjanji padamu
Menjunjung tanah airku
Tanah airku Indonesia
Orang Indonesia juga ada slogan yang juga menyebut Sabang;
Jadinya Sabang ini menjadi sebutan dan terkenal di kalangan orang Indonesia. Orang Indonesia sendiri pun ada yang belum pernah sampai ke sini. Tempat ini lebih mudah dikunjungi pelancong Malaysia kerana kedudukannya yang lebih hampir dengan Malaysia, berbanding dengan mereka yang berada di sebelah timor Indonesia. Inilah sebabnya mengapa dikatakan tidak sah ke Aceh kalau tidak pergi ke Sabang.
KM-0 Sabang ini kebetulan letaknya di hujung paling barat Indonesia.yang kita sebut tanah hujung atau " end of land ". Saya dan suami memang suka melawat tempat yang seperti ini kerana ia membuat kita terasa seolah-olah berada di hujung dunia. Kalau dikira, KM-0 ini adalah tanah hujung yang ke-4 kami lawati, Tiga yang lain ialah:
1. Land's End Cornwall UK,
2. Europa Point, Gibraltar
3. Tip of Borneo, Sabah
Kebiasaannya tanah hujung, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut sejauh mata memandang dan mempunyai pemandangan yang indah. Begitu juga di KM-0 ini yang disempadani oleh Laut Andaman. Ia masih dirimbuni tumbuhan-tumbuhan hutan ciptaan Allah yang begitu menyegarkan tetapi sayang, tempat ini tidak diurus dengan baik dan kemudahan yang ada seperti tugu diconteng dan dirosakkan. Ia kelihatan seperti kawasan terbiar. Namun ia bepotensi menjadi tempat rekreasi yang menarik bagi warga Sabang dan juga pelancong luar. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,
Firman Allah,
Flight dari KL ke Banda Aceh hanya sejam setengah tetapi dari Merauke 13 jam |
1. Land's End Cornwall UK,
2. Europa Point, Gibraltar
3. Tip of Borneo, Sabah
Kebiasaannya tanah hujung, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut sejauh mata memandang dan mempunyai pemandangan yang indah. Begitu juga di KM-0 ini yang disempadani oleh Laut Andaman. Ia masih dirimbuni tumbuhan-tumbuhan hutan ciptaan Allah yang begitu menyegarkan tetapi sayang, tempat ini tidak diurus dengan baik dan kemudahan yang ada seperti tugu diconteng dan dirosakkan. Ia kelihatan seperti kawasan terbiar. Namun ia bepotensi menjadi tempat rekreasi yang menarik bagi warga Sabang dan juga pelancong luar. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,
Firman Allah,
Bermulanya pengiraan jarak dari barat ke timor Indonesia |
Laut Andaman terbentang luas.... |
Tugu KM-0 .......masih dikelilingi hutan |
Tugu .... |
Bahagian atas tugu |
Prasasti yang memberi maklumat pasal tugu habis diconteng |
Hahaha........sebelum balik, dapatkan ole-olenya dulu! |