Friday 14 May 2010

children of GAZA - Jangan Lupakan Kami





A moving, must-see video that first aired on Channel 4 (UK)’s Dispatches on 15 March. BAFTA-winning filmmaker Jezza Neumann follows the lives of three children for over a year. The children are amazing: well-spoken, reflective, resilient, understandably vengeful and fearful, but very endearing. The toll this inhumanity has taken is also clear.



Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.

Sudah lama Israel ingin menguasai sebidang tanah ini. Bermacam-macam cara serta penindasan yang dibuat agar rakyat Gaza mengalah. Mereka mengadakan sekatan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan mentah.  Mereka menyekat pergerakan rakyat Palestin tetapi itu semua tidak  melemahkan semangat mereka. Malah mereka bangun dan bangkit menentang puak Zionis ini dengan lebih kuat lagi.

Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka menggugurkan ratusan ton bom dan mengerahkan semua kekuatan tentera termasuk pasukan simpanan. Tentera Israel yang dikenali sebagai pasukan tentera yang terkuat di dunia, walaubagaimanapun gagal mengalahkan para mujahidin Gaza.

Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang dibantu tank Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, heli tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Allah maha berkuasa ...... jika Dia ingin sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia tanpa perlu ada sebab-sebab yang logik.

Firman Allah dalam surah Yasin ayat 82,

إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ


"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. "

Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Ungkapan ini amat sesuai diletakkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas hilangnya nyawa 1,412 putera puetrinya, terubat dengan lahirnya 3,700 bayi selama 22 hari di Gaza. Hamam Nisman, seorang pengarah dalam Kementerian Kesihatan  Gaza berkata,  “Mereka lahir antara 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan meninggalnya 1,412 rakyat Gaza, yang kebanyakannya wanita dan anak-anak,” .

Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi dibanding bulan-bulan sebelumnya. “Setiap tahun 50 ribu kes kelahiran tercatat di Gaza, dan dalam satu bulan tercatat 3,000 hingga 4,000 kelahiran. Akan tetapi di masa serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3,700 kelahiran dan pada baki bulan Januari tercatat 1,300 kelahiran. Ini bermakna dalam bulan Januari sahaja berlaku peningkatan kelahiran  sehingga 1,000 kes.

Nisbah antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran, jelasnya lagi, mencapai 50 ribu setiap tahun, sedangkan kematian mencapai 5 ribu.

Kini lebih setahun sudah sejak Gaza diserang oleh tentera Israel. Apakah kita sudah lupa kepada mereka yang dizalimi ini? Apakah kita masih terus menerus berbuat sesuatu untuk meringankan beban mereka ..........seperti menderma ke Tabung Palestin dan memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya?

Jika diperhatikan di sekeliling kita, masih ramai orang Islam yang tidak  ambil peduli langsung di mana mereka berbelanja dan jenama apa yang mereka guna ....... apakah produk ini diboikot atau tidak ......apakah rangkaian kedai ini diboikot atau tidak? Marilah kita "refresh" balik jenama produk yang perlu kita boikot.



Mungkin kita tidak dapat hendak memboikot kesemua yang disenaraikan tetapi kita boleh  terus berusaha sedaya yang mungkin ......... do your best and Allah will do the rest ....

Bagi yang berkemampuan, hulurkan bantuan anda  kepada Aqsa Syarif, sebuah badan NGO yang mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Setiap sen yang disumbangkan akan sampai kepada mereka, InsyaAllah. Itulah yang dijanjikan oleh badan ini.......so, ayuh kita beramal sekarang sebelum terlambat!



Ketika  menonton video di atas, hati saya begitu tersentuh dan sedih dengan penderitaan yang telah dilalui kanak-kanak di sana. Saya juga bersimpati dengan  ibu-bapa yang berasa bersalah kerana begitu lemah, sehingga tidak mampu melindungi dan membantu anak-anak mereka dari kekejaman  tentera Israel.

Sungguh terharu apabila mendengar celoteh anak-anak itu yang tidak mengharapkan apa-apa kecuali kebebasan ........ bebas ke laut tanpa ada orang yang memburu ...... bebas dari serangan dari atas ....... bebas di daratan tanpa ada sekatan hendak kemana-mana  .......KEBEBASAN ......itulah impian dan harapan mereka.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai  saudara seislam mereka, membantu membebaskan tanahair mereka dari cengkaman puak Zionis Yahudi. Kehidupan mereka kini bolehlah diibaratkan sebagai berada dalam penjara yang besar.


Tuesday 20 April 2010

2 Tahun Menjadi Blogger

Alhamdulillah, bulan April 201o saya masih lagi bertahan sebagai seorang blogger yang  mempunyai blog yang juga masih aktif. Sebenarnya bulan ini genap 2 tahun saya berblog dan saya berharap  akan dapat meneruskan aktiviti ini dengan menghasilkan atau memasukkan artikel-artikel yang lebih bernas yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat di luar sana, insyAllah.

Hujung minggu baru-baru ini saya mengikuti satu aktiviti Mukhayyam. Dalam salah satu modul aktivitinya, menghendaki kami menuju ke lokasi tapak perkhemahan dari starting point dengan mengguunakan Google Earth. Di antara dua tempat ini ada beberapa checkpoint yang perlu dicari sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Di akhir program kami juga dikehendaki menghasilkan satu persembahan dengan menggunakan power point. Kami diminta merakam segala aktiviti yang dilalui sepanjang program dengan mengambil gambar yang akan dijadikan sebagai bahan power point.

Para peserta mukhayyam sebahagian besarnya terdiri dari "orang lama" yang sangat lemah dalam penggunaan IT ini. Hendak masukkan gambar ke dalam komputer pun "tak reti". Sebenarnya kami "orang lama" ini bukanlah tidak pandai tetapi kami merasakan tidak ada keperluan kepada kemahiran tersebut menyebabkan kami tidak mempelajarinya. Apabila perlu dan ada kemahuan boleh saja kami pelajarinya dengan mudah.

Saya hanya belajar beberapa kemahiran yang membolehkan saya memblog. Kemahiran seperti membuat power point dan alat-alat persembahan yang lain memang saya tidak tahu kerana saya tidak ada sebab untuk mempelajarinya. Saya tidak ada keperluan kepada kemahiran tersebut kerana saya hanyalah seorang suri rumah.

Apa-apa pun saya patut berasa bangga dengan kebolehan saya  berblog. Tidak ramai di kalangan rakan-rakan saya yang ada blog. Namun demikian mereka mempunyai kemahiran-kemahiran  lain yang diperlukan semasa menjalankan tugas mereka, kerana mereka adalah insan-insan yang berkerjaya. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kita tidak perlu mempunyai kesemua kemahiran yang ada sekali gus..........tetapi cubalah mempelajari sedikit demi sedikit mengikut keperluan diri dan jangan putus asa. Masih belum terlambat walaupun umur semakin singkat.

Perjalanan masih jauh .......
Pengetahuan IT yang saya ada hanyalah terbatas kepada pengetahuan asas yang diperlukan untuk memblog. Perjalanan masih jauh untuk mencapai tahap membuat blog yang canggih. Hari ini pengunjung ke blog saya hanya mencapai angka lebih kurang 4,500 orang dalam masa 2 tahun kewujudannya. Saya mengharapkan jumlah pengunjung yang berlipat ganda di akhir tahun ini walaupun menyedari ianya memerlukan komitmen yang lebih tinggi untuk berjaya.


Wednesday 14 April 2010

Andainya Ku Tahu - Aku diMakamkan Hari Ini



Andainya kita tahu bila  akan mati, mudahlah kita membuat persiapan menghadapinya. Bila hampir tiba masanya, seluruh  kehidupan boleh ditumpukan kepada amal ibadah dan membuat kebaikan. Begitu mudah sekali!

Sebenarnya orang yang mendapat penyakit kanser ada juga hikmahnya kerana selalunya pesakit-pesakit ini akan diberitahu berapa lama lagi dijangka hidup . Dalam situasi begini kita boleh boleh menggunakan baki kehidupan yang tinggal untuk bertaubat dan membetulkan keadaan.

Namun bagi kita yang sihat wala'fiat ni eloklah fikirkan pasal mati sekali sekala kerana kematian itu tidak memilih siapa, bila dan di mana........bila tiba ajal maka Malaikat maut akan terus meragut nyawa kita. Sedarlah wahai manusia semua, bertaubatlah sebelum terlewat.

Nabi bersabda yang bermaksud:

"Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)

Dari surah Ali Imran ayat: 133 yang bermaksud:

"Bersegeralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Aku dIMAKAMKAN Hari Ini
Perlahan, tubuhku ditutup tanah,
perlahan, semua pergi meninggalkanku,
masih terdengar jelas langkah langkah terakhir mereka
aku sendirian, di tempat gelap yang tak pernah terbayang,
sendiri, menunggu keputusan...

Isteri, belahan hati, belahan jiwa pun pergi,
Anak, yang di tubuhnya darahku mengalir, tak juga tinggal,
Apatah lagi sekadar tangan kanan, kawan dekat,
rakan bisnes, atau orang-orang lain,
aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka.

Isteriku menangis, sangat pedih, aku pun demikian,
Anakku menangis, tak kalah sedih, dan aku juga,
Tangan kananku menghibur mereka,
kawan dekatku berkirim bunga dan ucapan,
tetapi aku tetap sendiri, di sini,
menunggu perhitungan ...

Menyesal sudah tak mungkin,
taubat tak lagi dianggap,
dan ma'af pun tak bakal didengar,
aku benar-benar harus sendiri...

Tuhanku,
(entah dari mana kekuatan itu datang,
setelah sekian lama aku tak lagi dekat dengan-Nya),
jika kau beri aku satu lagi kesempatan,
jika kau pinjamkan lagi beberapa hari milik-Mu,
beberapa hari saja...

Aku harus berkeliling, memohon ma'af pada mereka,
yang selama ini telah merasakan zalimku,
yang selama ini sengsara kerana aku,
yang tertindas dalam kuasaku.
yang selama ini telah aku sakiti hati nya
yang selama ini telah aku bohongi

Aku harus kembalikan, semua harta kotor ini,
yang ku kumpulkan dengan wajah gembira,
yang ku perah dari sumber yang tak jelas,
yang ku makan, bahkan yang ku telan.
Aku harus tunaikan janji-janji palsu yg sering ku taburkan dulu

Dan Tuhan,
beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,
untuk berbakti kepada ayah dan ibu tercinta ,
teringat kata kata kasar dan keras yg menyakitkan hati mereka ,
maafkan aku ayah dan ibu ,
mengapa tak ku sadari betapa besar kasih sayang mu
beri juga aku waktu,
untuk berkumpul dengan isteri dan anakku,
untuk sungguh-sungguh beramal soleh ,
Aku sungguh ingin bersujud di hadap-Mu,
bersama mereka ...

begitu sesal diri ini
kerana hari-hari telah berlalu tanpa makna
penuh kesia-siaan
kesenangan yg pernah ku raih dulu, tak ada ertinya
sama sekali mengapa ku sia-sia saja ,
waktu hidup yang hanya sekali itu
andai ku mampu putar ulang waktu itu ...

Aku dimakamkan hari ini,
dan semua menjadi tak terma'afkan,
dan semua menjadi terlambat,
dan aku harus sendiri,
untuk waktu yang tak terbayangkan ...

*****

Aku dimakamkan hari ini adalah dari

koleksi emel  Masjid Annahl Group


Friday 26 March 2010

Salam Bukan Muslim

Soalan:

Apakah hukum memberi atau menjawab salam mereka yang bukan muslim?


Jawapan:

Di sini dipetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya yang terkenal Zad al-Ma’ad:

Telah berbeza pendapat para ulama salaf dan khalaf mengenai hukum memberi salam kepada Yahudi dan Kristian. Kata kebanyakan ulama tersebut: “tidak dimulakan ucapan salam kepada mereka”.

Ulama yang lain berpendapat: “harus memulakan ucapan salam kepada mereka, seperti mana harus menjawabnya.

Pendapat ini (kedua) diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Abu Umamah dan Ibn Muhairiz. Ia juga salah satu pendapat dalam Mazhab al-Syafi’i. Namun empunya pendapat ini dalam Mazhab al-Syafi’i menyatakan: Disebut al-Salam ‘alaika tanpa menyebut wa rahmatullah, dan secara ifrad (untuk seorang sahaja).

Segolongan ulama berpendapat:

“Harus memulakan salam kepada Yahudi dan Kristian disebabkan kemaslahatan yang lebih utama yang diperlukan, atau bimbang tindakannya, atau hubungan kekeluargaan, atau apa-apa yang memerlukannya.

Diriwayatkan pendapat ini dari Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah. Kata al-Auza’i:

“Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka sebelum ini golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka sebelum ini golongan soleh yang lain”.

Sambung al-Imam Ibn Qayyim lagi:

“Para ulama berbeza pendapat tentang menjawab salam mereka. Majoriti ulama berpendapat wajib menjawab. Inilah pendapat yang benar. Kata segolongan ulama tidak wajib menjawab..”

Kata al-Imam Ibn Qayyim lagi:

“Telah sabit dalam hadis, Nabi s.a.w lalu dalam satu majlis yang bercampur antara muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua”

.(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Zad al-Ma’ad, 2/425-426, Beirut: Muassasah al-Risalah 1990).
Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas:

“Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (riwayat ini bertaraf hasan).

Dalam riwayat yang lain dalam al-Adab al-Mufrad juga di bawah bab Iza Kataba al-Zimmi Fasallama, Yuradd ‘Alaihi (Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya). Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih di mana Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir?. Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”.

Adapun hadis-hadis yang menyuruh dijawab ‘wa ‘alaika’ (ke atas kamu) terhadap salam Yahudi ialah disebabkan orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja. Perkara ini jelas disebut dalam hadis baginda:

إِنَّ الْيَهُودَ إِذَا سَلَّمُوا عَلَيْكُمْ يَقُولُ أَحَدُهُمْ السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقُلْ عَلَيْكَ

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka dengan ini jelas hadith ini mempunyai Sabab al-Wurud (sebab terbentuknya sesuatu hadith) yang tersendiri. Iaitu ia merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza. Dalam ertikata lain hadith ini bukan untuk semua keadaan.

Maka jika keadaan berbeza, di mana jika ada bukan muslim memberikan salam dengan cara yang betul serta tujuan yang betul pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita, maka hadis di atas tiada kaitan lagi. Apakah wajar untuk kita sebagai penganut agama yang membawa kesejahteraan dan rahmah, menolak ucapan baik orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya?!!. Sudah pasti tidak wajar demikian.

Justeru itu tokoh ulama hadis yang terkenal pada zaman ini, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. menyebut:

“Ayat ini (Surah al-Mumtahanah ayat8) dengan jelas memerintahkan agar melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang kafir warga negara Islam yang berdamai dan tidak menyakiti kaum mukminin.

Tanpa syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salam ‘alaikum , lalu kita menjawabnya sekadar wa ‘alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita telah mensamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-samu ‘alaikum (maut atau kemusnahan ke atas kamu). Ini adalah kezaliman yang nyata”.
 (Nasir al-Din Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 2/322, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif :1995).

(Jawapan dari Dr Mohd  Asri Zainul Abidin)


Monday 15 March 2010

Membaca Surah At-Taubah Tanpa Basmalah

Basmalah adalah ringkasan daripada ucapan (lafaz) Bismillahir Rahmanir Rahim.

Soalan


Saya pernah dengar kalau kita baca surah At-Taubah, tidak perlu baca basmalah terlebih dahulu.  Adakah ini benar ustaz dan apa alasannya ?

Jawapan

Disunatkan membaca basmalah kepada sesiapa yang ingin membaca al-quran,  samada pada permulaan surah atau pertengahan surah selain surah Al-Baraah (At-Taubah). Adapun pada surah Al-Baraah pula terdapat perselisihan pendapat di dalam Mazhab Shafie mengenai hukum membaca basmalah padanya. Menurut pendapat Ibn Hajar  haram membaca basmalah pada permulaan surah Al-Baraah dan makruh membaca basmalah pada pertengahan surah ini. Menurut pendapat Ar-Ramli pula,  makruh membaca bismillah pada permulaannya dan sunat membacanya pada pertengahan surah ini. Pendapat ar-Ramli inilah yang muktamad.

Walau bagaimanapun adalah dimaafkan jika kita terbacanya di permulaan surah.

Terdapat perbezaan tentang sebab permasalahan ini :

Ada yang mengatakan bahawa hal itu disebabkan surah At- Taubah diturunkan pada saat peperangan, pertempuran dan untuk membongkar keadaan orang-orang munafik sehingga tidaklah sesuai apabila ia diawali dengan basmalah yang di dalamnya mengandungi rahmat (kasih sayang), sebagaimana kebiasaan orang-orang Arab tatkala mereka menyerang orang lain dengan perkataan maka awal perkataannya adalah disesuaikan dengan isi perkataannya.

Juga yang diriwayatkan dari ibnu Abbas yang bertanya kepada Usman,”Mengapa tidak ditulis kalimah basmalah di antara surah At- Taubah dengan Al-Anfal?” Usman menjawab,”Kerana surah At- Taubah adalah surah yang terakhir turun dan sehingga Rasulullah saw wafat beliau tidak menjelaskan tentang permasalahan ini. Dan aku melihat  kisah awal surah ini hampir sama dengan kisah akhir-akhir surah Al- Anfal maka aku pun sertakan surah At- Taubah setelah surah Al- Anfal.
Wallahu a’lam


Rujukan:

E-Fiqh.com

Era Muslim.com