Monday, 20 April 2026

Kembara Eropah - Merentasi English Channel di Dua Zaman

Saya dan suami pernah pergi ke tanah besar Eropah dari England dengan menaiki kereta menyeberangi English Channel 2 kali. Pertama kali kami pergi pada tahun 1990 dan kali kedua pula  pada tahun 2006.

Pada tahun 1990 kami melancong ke beberapa negara di Eropah Barat. Kami melalui 10 negara kesemuanya - termasuk England, Peranchis, Belanda, Belgium, Jerman, Luxembourg, Liechtenstein, Austria, Switzerland dan Itali.

Pada tahun 2006 pula kami melancong ke Sepanyol, juga dengan menaiki kereta. Kali ini kami hanya melalui negara Peranchis. Kami mengembara  selama 2 minggu dalam kedua-dua percutian itu dengan memandu sahaja.

Post ini telah diterbitkan pada Julai 2009. Hari ini bulan April 2026 saya menulisnya semula. Tujuannya untuk menambahbaik artikel ini dengan menambah maklumat dan mengganti semula  gambar-gambar yang telah hilang dari post asal. 
Ini antara negara-negara yang kami lalu
semasa Kembara Eropah yang pertama 
Dalam peta di atas, pin merah itu adalah negara Liechtenstetn yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak sepenuhnya di kawasan pergunungan Alp, Eropah Tengah, di antara Switzerland dan Austria. Negara ini terkenal sebagai salah satu negara terkecil dan terkaya di dunia. Ia juga  merupakan satu daripada dua negara di dunia yang diklasifikasikan sebagai doubly landlocked—iaitu negara yang dikelilingi oleh negara-negara yang juga tidak mempunyai akses ke laut

Ada banyak laluan yang boleh diambil untuk  sampai ke Tanah Besar Eropah dari UK. Semasa percutian kami yang pertama, kereta kami menaiki feri untuk sampai ke seberang sana. Kami memilih untuk mengambil laluan  yang bermula dari Harwich UK ke Hook of Holland - Rotterdam, Netherland. 
Ini perjalanan feri ketika pergi ke Eropah
Untuk perjalanan balik pula kami menempah tiket dari Dieppe Perancis ke Newhaven  UK, sesuai dengan laluan kembara yang kami ambil.
Ini perjalanan balik feri dari Eropah
Masa perjalanan yang diambil tidaklah sama seperti yang tercatit di peta. Ini adalah masa untuk menyeberang yang diambil feri sekarang. Masa zaman dahulu masa yang diambil lebih kurang dua kali ganda lamanya.
Inii tiket pergi balik yang ditempah 
melalui syarikat Sealink
Syarikat ini pun sudah tidak wujud lagi
Boarding pas pergi dan balik
Cap paspot ketika keluar dan masuk semula UK
....cukup-cukup 2 minggu
Manakala perjalanan kami yang kedua ke Eropah pula mengambil laluan dari Folkestone - Dover, UK  ke Calais  Peranchis. Kali ini kereta kami menaiki keretapi melalui Eurotunnel iaitu laluan keretapi di bawah laut. Perjalanan melalui Eurotunnel hanya mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke Peranchis. Perjalanan (pertama) dengan feri pula mengambil masa selama 7 jam kerana laluan yang dilalui lebih jauh dan kelajuan feri yang lebih lambat


Atas dek feri ....11 September 1990
Bosan dah semua sementara menunggu feri bergerak
Zaman pertama di mana penggunaan internet belum meluas lagi. Semua urusan perjalanan dibuat melalui talipon. Eurotunnel pada masa itu masih dalam perancangan. Terfikir juga pada masa itu samada kami berpeluang melaluinya. Alhamdulillah!......Allah memurahkan rezeki kami untuk kembali semula ke England 12 tahun kemudian.

Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali...masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang 'for good' ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah  zaman kedua percutian kami ke Eropah.....zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Eurotunnel!

Oleh kerana semua tiket perjalanan dbuat secara online maka tiadalah tiket hard copy yang boleh ditunjuk seperti perjalanan yang pertama. Gambar sahajalah yang dapat dikongsikan. Perjalanan bermula dari 7 April 2006 malam atau petang? (naik keretapi 8 Apr 2006) sehingga pagi 22 April 2006.
Kedua-dua perjalanan keretapi bertolak lebih kurang tengah malam.
Pas boarding Eurotunnel Train semasa balik ke UK (22 Apr 2006)
....juga tercatat di situ maklumat berlepas dari UK (8 Apr 2006)
Boarding pas perlu digantung di skrin kereta
Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi - diambil pada
 7 April 2006 - dari UK ke France

Keadaan di dalam keretapi - traffic warden mengarah
kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka
... parking dalam keretapi ini mengikut susunan yang telah ditetapkan
Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel
- ini waktu balik 
dari France ke UK  pada 22 Apr 2006
Excited sangat .. dapat keluar dari kereta ,.. satu pengalaman baru
Ini ketika waktu pergi ... masih bertenaga
 .... dan. berada dalam kereta sendiri sementara keretapi
meluncur menuju ke UK 
melalui tunnel bawah laut ...waktu balik
Inilah dua zaman yang kami lalui dalam situasi yang sama tapi tak serupa.....Percutian ke Eropah.

Walaupun pada zaman ini ramai orang menggunakan kapalterbang tambang murah dan bas pelancongan untuk melancong, suami saya tidak berapa gemar. Dia kata tidak ada "thrill" ikut cara itu. Dia suka cara bebas begini.....cuma risikonya banyaklah.

Insya Allah kalau ada rezeki akan update lagi kisah kembara kami ini ...👋sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, 24 March 2026

The sky speaks in colors when the sun says goodbye

 

pemandangan pada 5 Feb 2026 ........
Langit berbicara dalam ribuan warna apabila
matahari mengucapkan selamat tinggal

Pemandangan matahari terbenam adalah sebuah simfoni visual yang memukau, sering digambarkan sebagai detik di mana langit seolah-olah terbakar dalam ketenangan. Sinaran matahari yang tadinya terik mula melembut, mencipta bayang-bayang panjang dan memberikan kesan golden glow yang menyelimuti alam sekeliling.

Ia merupakan salah satu fenomena alam yang paling menenangkan dan sering kali dianggap sebagai "terapi visual" bagi ramai orang.

Berikut adalah beberapa fakta menarik dan maklumat mengenai keajaiban senja ini:

1. Mengapa Langit Menjadi Merah & Jingga?

Secara saintifik, fenomena ini dikenali sebagai Hamburan Rayleigh. Apabila matahari berada di kedudukan rendah pada ufuk, cahaya matahari perlu merentasi lapisan atmosfera yang lebih tebal sebelum sampai ke mata kita. Warna bergelombang pendek (biru dan ungu) terbias dan hilang lebih awal. Warna bergelombang panjang seperti merah, jingga dan kuning berjaya menembusi lapisan atmosfera tersebut, menghasilkan warna-warna hangat yang kita lihat.

2. Manfaat Kesihatan

Menyaksikan matahari terbenam bukan sekadar hobi, tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan mental. Ia membantu  mengurangkan stres dan memberikan rasa ketenangan. Ia juga mampu meningkatkan mood dan rasa syukur terhadap keindahan alam.

Secara psikologi, sunset menjadi peringatan bahawa setiap cabaran hari ini ada penghujungnya, memberikan rasa harapan untuk permulaan yang baru pada esok hari.

Suasana biasanya menjadi lebih hening; hanya kedengaran desiran angin sepoi-sepoi bahasa, kicauan burung yang pulang ke sarang, atau bunyi ombak yang perlahan jika berada di tepi pantai.

Ada rasa melankolik yang indah .... seolah-olah masa bergerak perlahan, memberikan ruang untuk kita menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan segala bebanan hari tersebut.

Matahari terbenam membawa janji akan fajar yang baru esok hari. Setiap matahari terbenam adalah bukti bahawa apa pun yang terjadi, setiap hari boleh berakhir dengan indah.

Pèmandangan yg indah ini dpt dinikmati
dari backyard JSHomestay
Melihat matahari terbenam di sini adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dari homestay, pemandangan Banjaran Keledang menjadi pentas semula jadi apabila matahari perlahan-lahan menurunkan tirainya. Cahaya jingga keemasan menyimbah permukaan banjaran, mencipta suasana yang tenang dan penuh magis.

Saat matahari semakin hilang di balik bukit, langit berubah warna daripada biru ke ungu, kemudian ke merah lembayung. Siluet Banjaran Keledang yang teguh kelihatan semakin indah, seolah-olah lukisan hidup yang sentiasa berubah setiap detik. Angin petang yang sepoi-sepoi dan suasana sunyi menambahkan rasa damai, sesuai untuk berehat sambil menikmati secawan kopi.

For more info please visit

https://saramsa-rawahil.blogspot.com/p/homestay.html

Wednesday, 4 February 2026

JSHomestay Manjoi Ipoh Murah dan Selesa

Sedang mencari tempat menginap yang murah, selesa dan jauh dari hiruk pikuk kota?Homestay kami adalah pilihan terbaik untuk anda yang mementingkan keselesaan tanpa perlu berbelanja besar.

Dengan suasana yang tenang dan kemudahan seperti di rumah sendiri, homestay ini sangat sesuai untuk keluarga, pasangan, dan solo traveller.



     xx

Melihat matahari terbenam

Melihat matahari terbenam di sini adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dari JSHomestay, pemandangan Banjaran Keledang menjadi pentas semula jadi apabila matahari perlahan-lahan menurunkan tirainya.  

Saat matahari semakin hilang di balik bukit, langit berubah warna daripada biru ke ungu, kemudian ke merah lembayung. Siluet Banjaran Keledang yang teguh kelihatan semakin indah, seolah-olah lukisan hidup yang sentiasa berubah setiap detik. Angin petang yang sepoi-sepoi dan suasana sunyi menambahkan rasa damai.

Menikmati matahari terbenam dari homestay ini bukan sekadar melihat keindahan alam, tetapi merasai ketenangan yang menyentuh hati. Ia menjadi detik istimewa untuk pasangan, keluarga mahupun sesiapa sahaja yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan harian.

Panggilan Azan

Saat azan mulai mengalun, dunia seakan menarik nafas panjang. Udara terasa lebih lembut. Di celah-celah  suara kenderaan, angin, dan langkah manusia, suara itu hadir—jernih, penuh makna—mengalir dari menara masjid, menyentuh hati siapa pun yang mendengarnya.

Langit senja  menjadi saksi. Cahaya temaram berpadu dengan gema azan, menciptakan ruang hening yang hangat. Dalam suasana  itu, waktu terasa melambat. hati menjadi lebih lapang dan tenang. Fikiran yang kusut perlahan menghilang.

Malam melabuh tirai

Malam turun perlahan, seperti selimut tipis yang menenangkan bumi. Bulan mengambang di langit—bulat pucat, tenang, seolah sedang berjaga. Cahayanya menurun lembut ke atap-atap rumah, ke jalanan yang mulai sepi, ke dedaunan yang diam. Cengkrik menyusun irama sederhana. Lampu-lampu kecil berkelip seperti bintang yang jatuh bertaburan.

Di bawah bulan itu, ada jiwa-jiwa yang sedang merenung, ada doa yang dipanjatkan dalam diam, ada rindu yang tak diucapkan. Waktu terasa melambat, memberi ruang bagi fikiran untuk pulang, bagi hati untuk beristirahat.

Bulan tetap mengambang, setia menemani, menjadi saksi sunyi bagi dunia yang sedang lelah.

Kemunculan pagi

Pagi datang perlahan seperti senyum pertama hari itu. Langit masih pucat, berubah iembut antara biru muda dan sisa gelap malam. Udara terasa segar, dingin lembut menyentuh kulit. Embun bergayut  di hujung daun, berkilau kecil saat cahaya mulai menyelinap dari balik ufuk.

Burung-burung membuka hari dengan kicauan sederhana. Ayam berkokok di kejauhan. Jalanan masih lengang, hanya sesekali terdengar langkah kaki atau deru motor yang lalu perlahan.

Matahari belum sepenuhnya terbit, tetapi cahayanya sudah memberi harapan. Rumah-rumah mulai hidup. Ada rasa baru di pagi itu, seolah=olah dunia diberi kesempatan kedua, dan hati diajak untuk ikut memulainya.

Di antara azan, bulan, dan pagi,

kita hanyalah pejalan

yang sedang belajar pulang—

kepada sunyi,

kepada cahaya,

kepada Tuhan.


For more info please visit

https://saramsa-rawahil.blogspot.com/p/homestay.html

Sunday, 18 January 2026

Generasi Salahuddin



The Salahuddin Generation

 Siri "The Salahuddin Generation" (Generasi Salahuddin) yang diterbitkan oleh Yaqeen Institute merupakan sebuah karya dokumentari sejarah yang sangat signifikan pada tahun 2026. Dikendalikan oleh Dr. Hassan Elwan, siri ini bukan sekadar penceritaan kronologi perang, tetapi sebuah bedah siasat ke atas kebangkitan tamadun Islam dari fasa perpecahan sehingga kepada pembebasan Al-Aqsa. 

Berbeza dengan dokumentari sejarah biasa yang hanya memfokuskan kepada karisma Salahuddin, siri ini menekankan bahawa kejayaan beliau adalah hasil daripada usaha kolektif merentas generasi. Ia menghuraikan bagaimana para ulama, cendekiawan, dan pemimpin sebelum Salahuddin telah menyediakan "peta jalan" (roadmap) melalui pendidikan dan penyatuan ummah. 

Berikut adalah ulasan ringkas komponen-komponen utama siri ini:

1. Falsafah Utama: Reformasi Sebelum Revolusi

Tema paling kritikal dalam siri ini adalah penolakan terhadap konsep "menunggu penyelamat" (savior complex). Siri ini berhujah bahawa Salahuddin Al-Ayyubi tidak muncul dalam vakum. Beliau adalah "produk" daripada sistem yang telah diusahakan selama hampir 50 tahun oleh tokoh-tokoh sebelumnya. Episod-episod awal menggambarkan betapa hancurnya moral dan politik umat semasa Perang Salib Pertama (1099), di mana pemimpin Muslim sering berperang sesama sendiri dan mengabaikan nasib rakyat. 

2. Arkitek Di Sebalik Tabir: Pena Mendahului Pedang

Siri ini memberi penghormatan kepada tokoh intelektual yang sering dipinggirkan dalam naratif popular:

Imam Al-Ghazali: Dilihat sebagai arkitek spiritual yang merombak pemikiran umat melalui karyanya, Ihya' Ulum al-Din, bagi memulihkan integriti ilmu dan jiwa.

Nizam al-Mulk: Wazir yang membina Madrasah Nizamiyyah, pusat pendidikan yang melahirkan generasi pentadbir dan ulama yang bersatu di bawah satu visi.

Nur ad-Din Zengi: Digambarkan sebagai pemimpin yang menukar model pemerintahan daripada "kekuatan semata-mata" (Dawla) kepada "berasaskan iman" (Din), termasuk menghapuskan cukai yang tidak adil dan menegakkan keadilan Syariah. 

3. Garis Masa dan Evolusi Perjuangan

Siri ini membahagikan kebangkitan ini kepada beberapa fasa penting:

Zaman Keruntuhan: Kejatuhan Baitul Maqdis akibat perpecahan dalaman dan serangan "Assassins" yang melemahkan kepimpinan.

Zaman Benih (Revival): Usaha pendidikan oleh ulama seperti Abdul Qadir Al-Jilani dan Ibn Khashab yang menyemai semangat jihad dan pembaharuan rohani.

Zaman Penyatuan: Kepimpinan Imad ad-Din Zengi dan kemudian anaknya, Nur ad-Din, yang berjaya menyatukan wilayah-wilayah penting seperti Aleppo dan Damsyik.

Zaman Kemenangan: Kemuncak perjuangan di bawah Salahuddin Al-Ayyubi yang akhirnya membuahkan hasil daripada landasan yang telah dibina oleh generasi sebelumnya. 

4. Relevansi Moden: Peta Jalan (road map) untuk Hari Ini

Siri ini mendapat pujian kerana berjaya menghubungkan sejarah abad ke-12 dengan krisis umat Islam pada tahun 2026. Ia menggabungkan naratif sejarah dengan pengajaran Islam yang relevan untuk zaman moden, menjadikannya bukan sekadar "cerita sebelum tidur" tetapi panduan untuk masa hadapan.Ia menjawab persoalan mengapa umat hari ini kelihatan tidak berdaya walaupun memiliki jumlah yang besar. Melalui siri ini, penonton diajak melihat bahawa "peta jalan" untuk kembali kepada kemuliaan ('izzah) adalah melalui penyatuan ideologi, reformasi pendidikan, dan integriti kepimpinan. 

5. Kualiti Produksi dan Penyampaian

Dengan gaya penceritaan yang pantas namun padat dengan refleksi, Dr. Hassan Elwan berjaya membawa penonton merasai emosi setiap fasa sejarah. Penggunaan data sejarah yang sahih—merujuk kepada karya Dr. Majid Irsan Al-Kailani dan Ibn Shaddad—menjadikan siri ini sumber rujukan yang dipercayai dan ilmiah. 

 6. Struktur Episod dan Tema

Siri ini disusun secara kronologi bagi menunjukkan kebangkitan semula Islam dari titik terendah:

Ancaman Dalaman & Institusi: Episod awal membincangkan ancaman kumpulan radikal seperti Qarmatians dan Assassins, serta peranan Nizam al-Mulk dalam membina sekolah Nizamiyya sebagai pusat pendidikan generasi baharu.

Keganasan Perang Salib: Membedah punca kejatuhan Baitul Maqdis dalam Perang Salib Pertama, yang menurut siri ini bukan kerana kekuatan musuh semata-mata, tetapi akibat perpecahan dalaman umat Islam.

Peranan Ulama (The Pen and The Sword): Menonjolkan tokoh-tokoh seperti Imam al-Ghazali dan Ibn Khashab yang melakukan reformasi pemikiran sebelum sebarang tindakan ketenteraan diambil.

Kepimpinan Salahuddin: Mengisahkan cabaran awal Salahuddin di Mesir, proses penyatuan wilayah Islam, dan kemuncaknya pada Perang Hattin. 

Kesimpulan:

Siri "The Salahuddin Generation" adalah tontonan wajib bagi sesiapa yang ingin  memahami dinamika perubahan sosial. Ia membuktikan bahawa sejarah bukan tentang masa lalu, tetapi merupakan satu set hukum (Sunnatullah) yang jika dipelajari dan diamalkan, mampu mengubah masa depan sesebuah bangsa.

My POV

Ketika menonton dan mendengar dari video ini tentang penolakan konsep "menunggu penyelamat", saya teringat satu artikel yang saya tulis beberapa tahun yang lalu bertajuk "Aina Salahuddin - Mencari Salahuddin". Benar bagai yang dikata, sikap "menunggu penyelamat" wujud dalam diriku ini, rupanya😓

Inilah konsep yang kebanyakan daripada kita percaya dan terus memegang sehingga kini. Apa yang dikatakan oleh Dr Hassan Elwan ada benarnya bila difikirkan semula. Marilah sama-sama kita berusaha ke arah mengembalikan kemuliaan ('izzah) melalui penyatuan ideologi, reformasi pendidikan, dan integriti kepimpinan, sepertimana yang disarankan oleh beliau.


Thursday, 27 November 2025

Kampung Gajah ... keme datang lagi

Kali pertama saya dan suami ke sini pada Julai 2023. Kami melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terietak berhampiran dengan pekan ini. Kami juga sempat makan tengahari di sini dan bergambar di beberapa lokasi menarik yang terdapat di pekan Kg Gajah😃....dah jadi pekan tapi masih kampung.

Cerita selanjut, lihat di SINI 

Kali ini kami pergi dengan misi hendak makan durian Kg Gajah sambil melawat dusun buah durian dan lain-lain buah di Kompleks Warisan IGROW serta berjumpa Opah Yang Pulau Tiga. Kami tidak pergi pun ke pekan Kg Gajah kerana  lawatan kali ini mengikut rombongan Pn Zaiton Latif.

Rombongan Cik. Ton
Kg Batu Gajah bukan sahaja menjadi tumpuan pencinta sejarah tanah air, tetapi ia juga turut menjadi antara lokasi tumpuan 'hantu' raja buah terutama yang mengemari durian kampung setiap kali tiba musim durian selain di Batu Kurau. Kunjungan ke sini boleh diibaratkan seperti serampang dua mata kerana bukan saja boleh melawat tempat bersejarah sekali gus memburu durian nombor satu di Perak suatu ketika dahulu iaitu D148 atau lebih dikenali sebagai durian Paduka.
Bertanda merah ....lawatan ke Kg Gajah yg pertama
Bertanda kuning ...... lawatan kedua
Pulau Tiga adalah sebuah mukim di bawah pentadbiran Daerah Perak Tengah, manakala "Pulau Tiga" juga merujuk kepada sebuah kampung di dalam mukim tersebut. Mukim Pulau Tiga mengandungi 10 buah kampung, termasuk Kampung Pulau Tiga Kiri dan Kampung Pulau Tiga Kanan (sepatutnya Kampung Pasir Garam dan Pasir Kubu seperti yang tercatat dalam sumber). Ia terletak dalam daerah kecil Kampung Gajah.

Pulau Tiga di Perak memiliki sejarah yang panjang, pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa Sultan Perak, termasuk Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak ke-14) yang memerintah dari tahun 1742 hingga 1750. Makam Sultan Ahmad Tajuddin Shah terletak di Kampung Jawa, berdekatan dengan Kampung Gajah, di mana juga terdapat makam Sultan Perak ke-11 dan ke-12.

ßenarai Sultan Perak yang terawal:

01.Sultan Mudzaffar Shah
02.Sultan Mansur Shah
03.Sultan Ahmad Tajuddin
._____________________________________
11.Sultan Mahmud Iskandar Shah
12.Sultan Alauddin Mughayat Shah
13.Sultan Mudzaffar Shah III
14.Sultan Muhammad Shah
Sebahagian dari senarai raja-raja Perak
Ada banyak lagi sejarah lain yang akan diceritakan dalam catatan akan datang insya Allah.

Dodol Opah Yang Kg Empai

Perniagaan dodol tradisional berjenama 'Dodol Opah Yang' ini diusahakan oleh pasangan suami isteri, Normi Ramli 53 dan Mohd Ramli Bakari 64.

Perusahaan ini menggunakan resepi dodol tradisional yang diwarisi sejak tahun 1959 daripada ibu Puan Normi, Saerah Abdul Majid 82. Mereka masih mengekalkan rasa dodol tradisional walaupun menggunakan teknik moden dan dibuat tanpa bahan pengawet dan bahan pewarna.

Selain itu, mereks juga berinovasi dengan dodol dalam bekas sumi (dodol sumi) yang lebih kecil, mudah dibawa dan dimakan. Tujuannya untuk menambat hati bukan sahaja pelanggan daripada golongan dewasa, tetapi juga kanak-kanak. Kini produk mereka mempunyai tiga perisa iaitu asli, pulut hitam dan durian.
Bergambar beramai bersama Opah Yang
Dapur memproses dodol opah...
salah sebuah kawah dodol letrik  yang dgunakan
Sebelum balik menjamu selera di cafe Opah Yang

Desa Warisan iGROW Pulau Tiga

Ini adalah sebuah kompleks pelancongan yang juga terletak di Pulau Tiga Kampung Gajah, dan telah menawarkan agro pelancongan sejak 2012, dengan penginapan konsep farmstay atau inap ladang. Kompleks pertanian ini sebuah kawasan luas dipenuhi dengan pelbagai tanaman seperti dusun dan ladang ternakan sekaligus mewujudkan suasana semula jadi. Mereka mempunyai 13 bilik yang boleh menempatkan 60 orang dan pelanggan akan di bawa berjalan ke dusun dengan menawarkan suasana kampung sebenar. 

Pàda pagi itu kami dibawa masuk ke kebun buah-buahan termasuk durian.  Di sini kita dapat mengenali ciri-ciri sesejenis buah itu dengan lebih dekat, seperti  buah durian yang luruh dengan sendirinya tanpa perlu dipetik. Pagi itu kami memungut 2 biji durian yg luruh sebelum kami tiba. Kami juga diberi peringatan supaya berhati-hati, tidak berada di bawah pokok durian.

Selepas lawatan ke kebun, kami diberi taklimat mengenai iGROW serta aktivitinya, oleh pemilik kompleks Desa Warisan iGROW, Nordin Abdul Malek 

Encik Nordin bersama suami
Mengikut maklumat yang diberi, di sini ada lebih 100 pokok pelbagai jenis dan kira-kira 10 hingga 15 pokok adalah durian Paduka. Nordin berkata, durian Paduka adalah durian kampung yang ditanam dan dikomersialkan oleh arwah bapanya, Abdul Malek Kulub Aji. Durian ini pernah menjuarai pertandingan durian di Perak pada 1985 dan 1995 sebelum didaftarkan sebagai D148 oleh Jabatan Pertanian.

Sejak dahulu Kampung Gajah sudah menguasai sektor durian dan raja buah itu melambangkan identiti ekonomi penduduk kawasan berkenaan. Dahulu nilai kekayaan seseorang itu bergantung dengan jumlah dusun durian yang dimilikinya. Dia juga menceritakan yang orang kmpung tidak suka anak- anak mereka berkahwin dengan orang luar disebabkan status kedudukan ini. 

Pada zaman dahulu, masyarakat dalam sesebuah kampung itu amat berpegang kuat pada status dan kedudukan. Sesebuah keluarga itu dikelaskan mengikut pepatah Melayu "enggang sama enggang dan pipit sama pipit". Keadaan ini secara tidak langsung mencorakkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtagga.

Cerita ini dikaitkan pula dengan lagu Mr Os yang menggunakan loghat Perak  sebagai contoh keadaan masa itu. lagu "Durian dah berbunga" mengaitkan buah durian dengan hajat untuk meminang anak dara dari kampung Padang Tenggala yang berada di daerah Bota, seperti  lirik lagu di bawah:

Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)

Salah satu penginapan yang terdapat di sini ialah Rumah Kutai yang berumur lebih dari 100 tahun. Rumah ini asalnya di Sitiawan. Ia telah dibuka dan di pindahkan dan dipasang semula di sini

Rumah Kutai

Rumah Kutai ialah rumah tradisional Melayu di Perak  dan dipercayai dibawa oleh orang Bugis dari Kutai, Indonesia, seperti Daeng Selili, yang dianugerahkan pangkat Datuk Maharajalela. Perkataan "Kutai" juga bermaksud "lama" atau "tua" dalam bahasa Melayu, merujuk kepada usianya yang sudah lebih 200 tahun. Rekabentuknya juga dikaitkan dengan reka bentuk rumah di Aceh dan Makassar, Indonesia. Ia masih dapat ditemui di sepanjang lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Parit. 

Rumah Kutai berasal dari Negeri Perak dan dipercayai dibawa oleh orang Bugis dari Kutai, Indonesia, seperti Daeng Selili, yang dianugerahkan pangkat Datuk Maharajalela. Perkataan "Kutai" juga bermaksud "lama" atau "tua" dalam bahasa Melayu, merujuk kepada usianya yang sudah lebih 200 tahun. Rekabentuknya juga dikaitkan dengan reka bentuk rumah di Aceh dan Makassar, Indonesia
Rumah ini terdiri daripada ruang serambi, rumah ibu, 
dan rumah dapur, yang dipisahkan oleh ruang selang. 
Menjelang awal kurun ke-20, senibina Rumah Kutai tidak lagi menarik perhatian rakyat tempatan Negeri Perak. Ini disebabkan oleh pengaruh senibina Rumah Limas mula diperkenalkan di Negeri Perak dan rekabentuk Rumah Limas ini nampak lebih menarik. Ia dapat memberi keselesaan dan beberapa kemudahan tertentu memandangkan saiznya yang lebih besar.

Sambil berjalan-jalan di kebun durian kami mengenali beberapa jenis pokok durian dengan nama-nama yang menarik.
Menarik kan nama-namanya?
Selepas mendengar taklimat dari pemilik kebun. kami dijamu pula pulut durian. Kami juga membeli sedikit buah durian untuk dibawa pulang. 


Menjamu selera
Melayan jurufoto😍
Beginilah ceritanya lawatan kedua kami ke daerah kecil Kg Gajah. Pengalaman yang berbeza tetapi tetap mengembirakan dan bersyukur dengan nikmat kesihatan dan rezeki yang telah Allah anugerahkan kepada kami .... alhamdulillah