Thursday, 12 February 2015

Jejak Aceh - Pantai Lampuuk- Masjid Rahmatullah Lhoknga

Lawatan hari kedua - 3/6/2014

Pantai Lampuuk terletak di Desa Meunasah Masjid, kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar, Aceh, sekitar 15 kilometer dari Banda Aceh. Semasa terjadinya tsunami, pantai ini rosak teruk. Hotel-hotel di tepi pantai dan penempatan penduduk di sekitarnya hancur dilanda gelombang besar. Pantai Lampuuk antara kawasan yang paling teruk terkena tsunami. Akibat musibah itu, sebilangan besar warganya terkorban dan hanya satu bangunan yang masih berdiri , iaitu Masjid Rahmatullah Lampuuk,
 
Pantai Lampuuk memiliki garis pantai sepanjang sekitar 5 kilometer. Pantai ini berpasir putih, bersih dan lembut, air lautnya berwarna biru kehijauan, dan ombak yang sangat sesuai untuk aktiviti sukan luncur. Di daratan terdapat pohon-pohon pain yang rendang dan lebih jauh lagi kelihatan deretan pegunungan yang hijau. Pantai ini menghadap ke Lautan Hindi.





Dari kalangan wargakota, mereka ke sini untuk melepaskan penat lelah dari bekerja dan dari hiruk-pikuk suasana kota yang bising, sambil mencari ketenangan. Ini kerana pantai yang indah ini berada di daerah perkampungan yang masih sepi dan tenang. Mereka yang ke sini bukan sahaja boleh menikmati keindahan pantai  tetapi juga berpeluang menikmati enaknya makan ikan bakar sambil menghayati keindahan  alam ciptaan Allah. Di sini juga pengunjung berpeluang  mengabadikan detik tebenamnya matahari di waktu petang atau senja.

gambar Google - menghayati keindahan panorama di kala senja 
Hari ini kami ke sini hanya untuk menikmati keenakan ikan bakar. Anak-anak tidak mahu turun ke laut kerana cuaca yang sangat panas dan terik. Kebetulan ketika sampai sudah hampir tiba masa untuk makan tengahari. Jadi kami pun terus memesan ikan bakar sebagai menu utama tengahari ini. Sambil menunggu ikan dibakar, kami minum air kelapa muda yang dipesan juga dari warung ikan bakar dan makan kacang soya rebus yang dibeli dari seorang penjaja  bergerak.

Pondok tempat berihat dan juga tempat makan
kacang soya rebus

hmm.....enaknya masing-masing menikmati air kelapa muda
Ikan bakar masih di atas api
Sudah siap menu hari ini....
.ikan bakar cicah sambal kicap, kangkong goreng bersama nasi putih
Jom kita menjamu selera
Kira-kira pukul 1 tengahari selepas selesai makan, kami ke Masjid Rahmatullah, destinasi kami seterusnya. Kami juga ke sini untuk menunaikan solat jamak Zohor-Asar sambil melihat dengan lebih dekat sebuah masjid yang telah menjadi saksi kedahsyatan hempasan gelombang tsunami memporak-perandakan Aceh 10 tahun lalu.  Masjid Rahmatullah menjadi satu-satunya bangunan yang tinggal dari sebuah perkampungan di Kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar.

Sebelum Tsunami, perkampungan ini dihuni oleh sekitar 6.000 penduduk yang secara umumnya terdiri dari kelas menengah keatas. Masyarakat di perkampungan ini kebanyakannya pekerja PT. Semen Andalas Indonesia. Terdapat juga  nelayan, petani dan berbagai latar belakang pekerjaan lain. Ketika terjadi Tsunami, seluruh bangunan hancur dan terseret hingga ratusan meter ke arah daratan. Hanya sekitar 700 warga yang selamat. 

Sungguh ajaib Masjid Rahmatullah yang berjarak hanya sekitar 400 meter dari bibir pantai, tetapi masih berdiri dengan kokoh dalam timbunan  runtuhan bangunan-bangunan lain, sehingga ia  digelar “Miracle Mosque Lampuuk”  Meskipun beberapa sisi bangunan masjid rosak, akan tetapi sebahagian besar tetap utuh dan selamat.

Masjid ini dahulunya dibina dengan dana penjualan sarang burung walit yang dimiliki oleh desa Lampuuk yang terletak di pegunungan kapur. Sebagai mensyukuri hal tersebut, maka penduduk kampung menamakannya Masjid Rahmatullah (rahmat Allah) dan seluruh dinding masjid dicat putih, sempena  warna sarang burung walit kelas satu. Ada juga yang menceritakan pembinaannya melalui dana hasil tanaman cengkih yang banyak terdapat di sini.



Bahagian atas masjid ini menjadi tempat perlindungan penduduk ketika tsunami
Gelombang tsunami 2004 dikatakan setinggi lebih dari 35 meter
Bilik airnya
Balai mengaji kanak-kanak
Jom masuk dalam masjid!

Selepas solat sempat bersembang dengan salah seorang mangsa (duduk tengah) yang terselamat
Ni bahagian wanitanya.....sempat bertanya khabar pada 2 orang ibu' ...
menceritakan pengalaman semasa tsunami dan keadaan mereka seka b
Waktu solat hari ini.......3 Jun 2014
Meskipun bangunan Masjid Rahmatullah yang baru menjadi lebih megah dari sebelumnya, beberapa sisi masjid bahagian belakang tetap dikekalkan seperti keadaan asalnya yang rosak akibat tsunami. Sekali pandang, kelihatan seperti binaan yang belum siap. Di bahagian ini dipaparkan foto-foto lama sejurus selepas tsunami. Mungkin ini salah satu cara bagi masyarakat Lampuuk untuk selalu mengingati tsunami sebagai kenangan yang tidak akan dilupai, yang tidak hanya merosak masjid, tetapi juga telah mengambil orang-orang yang mereka cintai.

Bahagian masjid yang rosak akibat tsunami sengaja tidak dibaiki.....
....dibiarkan keadaan asal sebagai tanda kenangan
Foto-foto lama sejurus selepas tsunami dipaparkan sebagai kenangan
Ada foto-foto lama sejurus selepas tsunami terpapar di dalam masjid, di sudut kiri belakang yang sengaja dibiarkan rosak tidak diperbaiki. Mungkin  Kenangan ini juga boleh dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran serta menimbulkan rasa keinsafan bagi masyarakat setempat dan umum akan peristiwa tsunami 2014 yang telah menghancurkan kampung halaman mereka dan mengorbankan beratus ribu saudara-mara mereka.


kerosakan....tinggalan tsunami dalam masjid
Di bawah ini adalah antara foto-foto yang dipamerkan dalam masjid.



Gambaran dari puncak menara masjid
Kerosakan pada masjid terutama bahagian bawah
Kedudukan masjid yang hanya 400 meter dari bibir pantai
 Masjid ini telah dibaiki dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Turki. Ada papantanda yang mengiktiraf bantuan ini dalam bahasa Indonesia:

“Pekerjaan perbaikan mesjid Rahmatullah yang rusak akibat gempa dan tsunami pembangunan dua unit menara dan pagar keliling oleh Bulan Sabit Merah Turki”


gambar Google
 Bendera Indonesia dan Turki menghiasi pintu gerbang masjid
Namanya juga ditulis dalam 3 bahasa.......Indonesia, Turki dan Inggeris
BSM Turki juga telah  membuat sebuah perkampungan baru di sekitar masjid. yang kini digelar Kampong Turki. Ia adalah antara bantuan rumah yang paling baik di Aceh. Sebanyak 700 buah rumah telah dibina dan disumbangkan kepada penduduk.


Rumah bantuan BSM Turki......Kampong Turki
Setiap rumah ada logo bendera Turki di dinding
gambar Google
Kawasan berhampiran  masjid....sejurus selepas tsunami dan terkini......
Tambahan 2 menara dan pagar keliling masjid  dari sumbangan BSM  Turki
Rumah-rumah bantuan Turki juga berada di kawasan ini
Masjid ini juga dikenali sebagai "Masjid Delisa" di kalangan peminat filem kerana dikaitkan dengan filem 'Hafalan Shalat Delisa'. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel di bawah judul yang sama. Walaupun filem ini berlatarkan  daerah Nanggroe Aceh Darussalam, tetapi penggambarannya tidak dilakukan di daerah asalnya demi menjaga perasaan warga setempat ketika itu. Sebaliknya syuting filem tersebut berlangsung di Pantai Ujung Genteng, Sukabumi, Jawa Barat. Selain di Pantai Ujung Genteng, pengambilan gambar juga dilakukan di Bogor dan Aceh. Di Aceh cuma mengambil lokasi-lokasi penting sahaja, seperti bangunan, masjid, dan lain-lain,        

Filem HSD menceritakan tentang Delisa, yang ingin sangat
                   Novel karya Tere liye
menguasai hafalan solat, khususnya Surah Al-Fatihah. Pagi 26 Desember 2004, ketika Delisa bersama Ummi sedang  bersiap menuju ujian amali solat, tiba-tiba terjadi gempa bumi menyebabkan ibu, Delisa dan saudara-saudaranya takut. Namun keadaan kembali normal buat seketika hingga membolehkan Delisa ke Meunasah meneruskan ujian solatnya. Tiba-tiba tsunami melanda, ketika Delisa sedang khusyuk membaca surah Al-Fatihah semasa ujian praktikalnya. Gelombang tsunami menggulung desa kecil, tempat mengaji dan tubuhnya. Delisa tidak berganjak, walaupun tsunami menggulung tubuh kecilnya. Dia tetap khusyuk komat-kamit membaca hafalan solatnya.

Seorang tentera, bernama Smith, kemudian menjumpai Delisa, setelah pengsan beberapa hari di bukit berbatu. Sayangnya, kecederaan teruk menyebabkan kaki kanan Delisa terpaksa dipotong. Penderitaannya menarik simpati dan belas kasihan ramai orang. Alhamdulillah Abi Usman, ayahnya yang bertugas sebagai kelasi kapal berjaya bertemu kembali dengan Delisa.. Dia gembira dapat bersama-sama dengan ayahnya semula, meskipun sedih mendengar berita bahawa ketiga kakaknya telah pergi ke syurga, dan Umminya belum dijumpai.

Filem HSD.....2011
HSD adalah kisah benar. Karekter Delisa ini memang benar-benar wujud. Cuma yang berbezanya, Delisa dalam cerita berasal dari kecmatan Lhoknga manakala Delisa asli pula lahir di Ulee lheue.

Petikan kisah Delisa ketika berlakunya tsunami sehingga waktu dia diselamatkan.

Delisa sebenar
Saat itu katanya ia masih berusia 8 tahun lebih 15 hari. Ia masih
 duduk di kelas 2 MIN Ulee Lheue Banda Aceh. Saat musibah tersebut ia kehilangan ibunya Salamah, dan juga ketiga saudara kandungnya. Ia juga kehilangan anggota tubuhnya, yaitu kaki sebelah kanannya yang harus diamputasi. “Waktu itu kaki saya sudah membusuk. Telapak kaki sudah terkikis dan nampak tulangnya. Selama tiga hari setelah tsunami kaki saya hanya diberi betadine saja. Perihpun sangat luar biasa, melihat kondisi saya yang seperti itu, salah satu relawan mengatakan bahwa ada dokter dari Australia di Rumah Sakit Fakinah. Relawan itu juga bilang kamu harus terima apapun nanti hasilnya, saya pun siap dioperasi pada hari kelima," ujarnya di atas panggung.









Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 2)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - Part 3)

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 3)

Jejak Aceh - Perpustakaan Kuno Tanoh Abee

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 4 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 5 )

Jejak Aceh - 10 tahun Pasca Tsunami ( Day 6 )

Hujung Dunia - KM 0 (Zero) Sabang

Wednesday, 28 January 2015

Jejak Aceh - 10 Tahun Pasca Tsunami (Day 2 - part 1)

 Day 1 - 2/6/2014
Destinasi lawatan di hari pertama:

1 Masjid Raya Baiturrahman
2 Kapal  PLTD Apung
3 Kapal Apung Lampulo
4 Makam Syiah Kuala

Day 2 - 3/6/2014
Destinasi lawatan pada hari kedua:

1 Taman Sari Gunongan
2 Masjid Teuku Omar
3 Muzium Rumah Cut Nyak Dien
4 Pantai Lampuuk Lhoknga
5 Masjid Rahmatullah Lampuuk
6 Masjid Baiturrahim Ulee Lheue
7 Pelabuhan Ulee Lheue
8 Kuburan Massal Ulee Lheue
9 Lapangan Blang Padang
10 Muzium Aceh
11 Pasar Aceh

Tiap-tiap pagi hotel Rumoh PMI menyediakan sarapan yang simple iaitu nasi bungkus dan air panas. Pagi ini kami bersarapan di sini sahaja. Jam 8.30 pagi kami mulakan aktiviti hari ini dengan lawatan ke Taman Sari Gunongan.

Sarapan setiap pagi......nasi bungkus 
Nasi Gurih?......bukan, nasi putih berlauk
Kompleks Taman Sari Gunongan
Sebenarnya ada beberapa  tempat menarik yang boleh kita lawati dalam kompleks ini, tetapi yang paling utama ialah bangunan yang digelar 'Gunongan' oleh orang Aceh, yang bermaksud gunung. Gunongan merupakan salah satu bangunan peninggalan kejayaan Kesultanan Aceh Darussalam yang terletak di Kecamatan Baiturrahman, Jalan Teuku Umar, Kota Banda Aceh.

Dengan Luas 2 Ha lebih, Kompleks Taman Sari Gunongan ini dijaga oleh tiga orang penjaga dengan bergilir mengikut jadual yang ditetapkan. Ia dibuka setiap hari untuk umum mulai dari pukul 07:00 WIB hingga pukul 18:00 WIB.


Bangunan 'Gunongan' .... penjaga membuka dan menutup pintu 
Dalam penceritaan secara lisan Gunongan dibangun pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang memerintah Kesultanan Aceh Darussalam pada tahun 1607-1636. Ia diabadikan sebagai simbol cinta Raja kepada permaisurinya yang bernama Putri Khamalia atau lebih dikenali sebagai Putroe Phang (Puteri Pahang) yang berasal dari Pahang, Malaysia. Kononnyqa, ketika berada di Aceh Darussalam, Putri Khamalia merasa rindu pada kampung halamannya di Pahang. Maka  dibangunkan oleh Sang Raja sebuah bangunan megah nan indah yang menyerupai bukit-bukau di Pahang, seperti yang diminta oleh Putri Khamalia sebagai ubat perindu.

Namun dalam kitab Bustanul Salatin yang dikarang oleh Nuruddin Ar Raniry dalam Bab XIII buku kedua dari Kitab tersebut yang meriwayatkan tentang sejarah Aceh, menyebutkan bahawa yang mendirikan Gunongan tersebut adalah Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Dalam kitab tersebut dijelaskan mengenai pembangunan sebuah taman yang disebut dengan Taman Ghairah oleh Sultan Aceh. Gunongan merupakan sebahagian dari Taman Ghairah, yang pula merupakan sebahagian dari Taman Istana Kesultanan Aceh Darussalam. 

Termasuk dalam kompleks ini juga ialah sebuah taman yang indah yang digelar Taman Putroe Phang dan juga sebuah binaan yang dipanggil Pintoe Khop. Suatu masa dulu Taman Ghairah dan Taman Putroe Phang bersatu tetapi kini sudah terpisah oleh jalanraya. Pada pagi ini kami hanya melawat Taman Sari Gunungan atau Taman Ghairah kerana takut kesuntukan masa.

Gambar ihsan Mr Google ..... Pintoe Khop berada di seberang jalan
Taman Putroe Phang dan Pintoe Khop - gambar google
Gunongan ... 1874 (gambar google)
Gunongan ..... 2014

Bangunan Gunungan ini tingginya 9,5 meter dan menggambarkan sebuah bunga putih yang sedang mekar yang mungkin melambangkan ketulusan cinta. Ia dibina dalam 3 tingkat. Tingkat pertama terletak di atas tanah dan tingkat tertinggi bermahkota sebuah tiang berdiri di tengah bangunan. Keseluruhan bentuk Gunongan adalah oktagonal (bersegi lapan). Pinta masuk, yang digelar Pinto Tangkop berukuran rendah dan harus menunduk bila kita ingin masuk ke dalam.

Tepat di bahagian puncak Gunongan terdapat menara yang menjulang tinggi berbentuk kelopak bunga seperti permata melambangkan kejayaan. Di setiap puncak gelombang Gunongan di tingkat dua dan tiga terdapat kuncup bunga melati. Namun dalam buku The Richly of Aceh menyebutkan bahawa bunga pada puncak menara Gunongan adalah bunga matahari yang melambangkan seorang puteri raja.

Diceritakan ketika  Belanda menduduki Kesultanan Aceh Darussalam, Gunongan ini dijadikan sebagai tempat beristirehat dan bersenang-senang para tentera Kerajaan Belanda sedangkan bangunan lainnya termasuk Istana Darud Donya habis dimusnahkan.

Kelihatan peterana batu di bawah.....gambar diambil dari atas Gunongan
gambar google 
Peterana batu (ada lubang di tengah seperti lesung) ... tempat penobatan sultan.
 Ada juga yang mengatakan ia tempat puteri berkeramas







Bersebelahan Gunongan ini ialah bangunan empat segi yang dipanggil Kandang Baginda, Ia merupakan sebuah lokasi pemakaman keluarga sultan Kerajaan Aceh, di antaranya makam Sultan Iskandar Tsani (1636-1641 M) sebagai menantu Sultan Iskandar Muda (1607-1636 M) dan isteri Sulthanah Tajul Alam (1641-1670).

Kandang Baginda, dulunya sebagai tempat makan-makan kerajaan. Konon, Kandang Baginda juga dijadikan tempat ratu bermain-main bersama dayang-dayang, setelah puas menjelajahi Gunongan.

Kandang Baginda 
Ada satu kisah menarik berkaitan kematian Meurah Pupok, waris takhta Sultan, dengan Putroe Phang. Kononnya perasaan cinta yang amat mendalam terhadap Putroe Phang menyebabkan Sultan Iskandar Muda tidak menghidu adanya konspirasi yang dilakukan oleh Putroe Phang untuk menyingkirkan Meurah Pupok melangkah ke singgahsana.

Kawasan Kompleks ini dijaga dengan rapi dan mempunyai lanskap yang cantik dan menarik. Apabila masuk ke sini, bangunan pertama  yang akan kita temui ialah balai maklumat. Di balai ini juga terdapat ruang pameran barang-barang bersejarah.



Jalan masuk ke kompleks dihiasi pohon-pohon yang menghijau
Balai maklumat 
Lawatan kami ke sini ringkas sahaja kerana kami mempunyai agenda yang padat. Lebih kurang setengah jam kemudian kami sudah mula keluar dari kawasan Gunongan dan menuju ke Muzium Tsunami, destinasi kedua kami.

gambar google
Muzium Tsunami Aceh mulai dibina pada tahun 2007, dirasmikan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 27 Februari 2009 dan dibuka untuk umum pada 8 Mei 2009.

Muzium Tsunami Aceh dirancang oleh arritek asal Indonesia, Ridwan Kamil. Muzium ini merupakan sebuah struktur empat lantai dengan luas 2.500 m² yang dinding lengkungnya ditutupi relief geometris. Di dalamnya, pengunjung masuk melalui lorong sempit dan gelap di antara dua dinding air yang tinggi — untuk menciptakan kembali suasana dan kepanikan ketika tsunami. Dinding muzium dihiasi gambar orang-orang menari Saman, sebuah makna simbolis terhadap kekuatan, disiplin, dan kepercayaan agama suku Aceh. Dari atas, atapnya membentuk gelombang laut. Lantai dasarnya dirancang mirip rumah panggung tradisional Aceh yang selamat dari terjangan tsunami.

gambar google - rekaan yang menarik....pandangan dari tepi
nampak seperti kapal penyelamat dengan geladak yang luas sebagai escape building
gambar google - pandangan dari atas....
muzium ini melambangkan gelombang tsunami
Muzium ini dibina khas bagi memperingati musibah besar yang melanda Banda Aceh yang menyebabkan beratus ribu penduduknya terkorban. Selain dari peranannya sebagai tugu peringatan, ia juga direka khas sebagai tempat perlindungan dari bencana seperti tsunami ini di masa depan. 

Pameran di muzium ini meliputi simulasi elektronik gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004, serta foto korban dan kisah yang disampaikan oleh mereka yang terselamat.

Our cameraman ..... siap bergambar dulu
Jom kita masuk!


Memasuki Lorong Tsunami yang sempit dan gelap
 di antara 2 dinding air yang tinggi (Space of Fear)
Begini keadaan di dalam ..... diapit 2 dinding setinggi 40 m dengan kesan air jatuh
(gambar dari Mr Google)
Dari sini pengunjung akan dibawa masuk ke Space of Memory (Ruang Kenangan) di mana terdapat 26 monitor (standing screen) yang menyajikan gambar-gambar pasca tsunami yang berupa kehancuran dan kerosakan serta kematian. Satu peristiwa yang memilukan, namun ada hikmah di sebalik semua kejadian itu.

gambar google - Ruang Kenangan.....standing screen
Dari Ruang Kenangan pengunjung akan diarahkan untuk masuk ke sebuah ruang perenungan yang disebut Space of Sorrow (Sumur Doa). Ada juga yang menggelarnya Ruang Penentuan Nasib atau Fighting Room dan sering juga disebut The Light of God. Ruangan ini berbentuk seperti cerobong semi-gelap dengan tulisan Allah di bahagian puncaknya. Keadaan ini  melambangkan perjuangan para mangsa tsunami, di mana, bagi mereka yang pasrah dan tewas dengan gelombang tsunami, maka nama mereka tercatat di dinding cerobong sebagai mangsa korban. Sebaliknya, bagi mereka yang merasa masih ada harapan, terus berjuang seraya mengharapkan belas kasihan dari Yang Maha Berkuasa. Begitu yakin sekali mereka akan adanya pertolongan Allah, sehingga mereka seakan seperti mendengar adanya panggilan ilahi dan terus berjuang hingga selamat keluar dari gelombang tersebut. Alunan ayat al-Quran sentiasa diperdengarkan di sini

gambar google - The light of God .....perkataan  Allah di puncak cerobong
Keluar dari sumur doa, pengunjung akan melalui Space of Confuse (Lorong Cerobong) yang direka dengan lantai  yang berkelok-kelok, menyerupai keadaan para mangsa yang kebingungan tatkala berusaha untuk menyelamatkan diri, mencari sanak keluarga dan kehilangan harta benda kerana tsunami. Alhamdulillah, mereka akhirnya betul-betul dapat keluar dari gelombang maut tersebut setelah berpusing-pusing melawan arus.

 Memulakan perjalanan menyeberangi Jambatan Harapan
Perjalanan yang berkelok-kelok keluar dari cerobong tersebut akhirnya menuju Jambatan Harapan atau Space of Hope. Ketika sampai di jambatan ini, para pengunjung dapat melihat bendera 52 buah negara, seakan mereka menghulurkan bantuan untuk mangsa yang terselamat . Melintasi jambatan ini, seolah-olah menempuhi air tsunami menuju ke tempat yang lebih tinggi. 

gambar google
Jambatan Harapan berserta bendera negara-negara yang menyumbang bantuan
Di penghujung jambatan, pengunjung akan dipelawa untuk menonton  filem tsunami selama 15 minit; dari gempa terjadi, waktu tsunami terjadi hingga waktu pertolongan datang. Filem ini ditayangkan dalam ruang audiovisual yang kelihatan seperti mini-teater, yang hanya boleh memuatkan 30 orang sahaja dalam satu masa

Our cameraman berselfie dalam ruang audiovisual
Keluar dari sini pengunjung akan melihat banyak foto raksasa dan artifak tsunami. Misalnya, jam Masjid Raya Baiturrahman yang jatuh dan mati ketika waktu menunjukkan pukul 8.17 minit. Artifak lainnya ialah model-model tentang tsunami. Misal, orang-orang yang sedang menangkap ikan di laut dan berlarian menyelamatkan diri ketika gelombang melebihi tinggi pohon kelapa melanda mereka, atau bangunan-bangunan rumah yang porak-poranda oleh gempa sebelum datang air bah "membersihkannya"








Naik ke lantai tiga, di sana terdapat bermacam-macam sarana pengetahuan gempa dan tsunami berdasarkan pembelajaran melalui aktiviti.. Di antaranya sejarah dan potensi tsunami di seluruh titik bumi, simulasi meletusnya gunung api di seluruh Indonesia, simulasi gempa yang boleh ditetapkan seberapa skala richter yang kita mahu. Semua aktiviti ini menggunakan simulasi elektronik.



Muzium ini dirancang dengan konsep sebagai ruang terbuka untuk umum, tempat untuk hang out, zon pendidikan, zon merenung dan mengingat serta tempat untuk mengambil dan mengkaji secara mendalam dari peristiwa tragedi tsunami Aceh, 26 Desember 2004.

Rangka helikopter yang teruk "dibelasah" tsunami....
 mengingatkan kita betapa kuatnya arus yang melanda