Wednesday 24 June 2009

Mengganti Puasa

Soalan 

Assalamu'alaikum wbt,

Ustaz, isteri saya masih punya hutang puasa Ramadhan yang lalu. Sekarang sedang hamil dan juga sakit. Apakah boleh digantikan dengan membayar fidyah?

Jawapan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabrakatuh
,
Membayar fidyah adalah salah satu pilihan bila seorang wanita tidak mampu berpuasa lantaran hamil semasa bulan Ramadhan. Sedangkan bila tidak berpuasa kerana haid, maka yang harus dibayar bukan fidyah, melainkan dalam bentuk puasa.

Bahawa sekarang ini sedang hamil dan tidak mampu membayar qadha' puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan yang lalu, maka hutang puasanya yang kerana haid itu tidak boleh ditukar menjadi hutang puasa kerana hamil.

Sebab sewaktu bulan Ramadhan hari itu, isteri anda tidak berpuasa bukan kerana hamil, tetapi kerana haid. Maka bayar hutang puasanya harus dalam bentuk puasa juga. Bukan dalam bentuk membayar fidyah.

Lalu bagaimana bila keadaan hamil ini akan terus berlanjutan hingga bulan Ramadhan akan datang?

Maka dia menggantinya dengan puasa nanti setelah selesai melahirkan anak dan setelah selesai masa nifasnya. Apa boleh buat, kerana memang demikianlah keadaannya.

Memang sebaiknya, setiap wanita harus sangat memperhatikan jadual kehamilan dan jadual puasanya. Dan pada dasarnya, wanita yang hamil itu tidak diharamkan untuk berpuasa, bila memang masih kuat. Maka upayakan sebolehnya untuk membayar hutang puasa di bulan Ramadhan tahun lalu, sebelum berniat untuk hamil lagi.

Dan ini perlu dibincangkankan dengan suami, agar boleh disiapkan jadual yang tepat dan tidak memberatkan.

Wallahu a'lam bissawab, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ahmad Sarwat, Lc





Dari koleksi emel Group Masjid Annahl

Dicatat oleh:


http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Tuesday 23 June 2009

Jalan-jalan Cari Makan

Musim cuti sekolah baru-baru ini (30 Mei - 7 Jun)  saya dan keluarga telah balik kampung di Utara Malaysia. Kami tinggal di Selatan Malaysia. Dalam perjalanan ke Utara kami singgah di bandar Taiping. Rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak lalu di bandar itu. Kami juga bermalam di situ....saja nak bawa anak-anak melihat bandar Taiping keesokan harinya kerana kami tiba sudah lewat petang.

Kami tidak pergi ke mana-mana pun tempat  menarik yang banyak terdapat di Taiping kerana kesuntukan masa. Suami saya sebenarnya ada urusan resmi di Alor Star dan Langkawi. Jadi kami ingin bermalam di Taiping semalam, sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi.

Bandar Taiping - kami pusing-pusing melihat bandar yang sudah agak lama kami tidak ziarah
Anak saya sempat menyinggah di salah satu shopping kompleks yang terdapat di sana dan membeli beberapa keping video untuk ditonton dalam kereta semasa dalam perjalanan yang jauh itu.

Tua tetapi masih ada daya tarikan - pokok tua yang banyak terdapat di Taman Tasik Taiping
Terdapat beberapa tempat yang menarik yang sesuai dijadikan tempat bersantai bersama keluarga di hujung minggu, di kawasan berhampiran. Kami hanya meninjau dari atas kereta. Walaubagaimana pun kami ada menyinggah di satu tempat yang popular dengan 'mee udangnya', sebelum kami meneruskan perjalanan semula. Tempatnya di Kuala Sepetang atau pun nama lamanya Port Weld.

hah!...... inilah mee yang terkenal itu - Mee Udang Banjir...sedapkaaan
Suami saya kata dia mesti mencubanya, walaupun ketika itu kami masih lagi kekeyangan kerana sarapan lewat. Memang sedap ...... sehingga habis kuahnnya anak bongsu saya hirup!

Tak toleh kiri kanan dah! ....... punyalah sedap sehingga licin tinggal mangkuk


Saturday 20 June 2009

Mangrove Tour in Langkawi

Musim cuti sekolah baru-baru ini (30 Mei - 7 Jun) kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Salah satu aktiviti menarik yang disediakan untuk para  pelancong ialah 'Mangrove Tour'. Perjalanan menggunakan bot kecil laju menyusuri sungai air masin. Ia bermula lebih kurang, dari tepi pantai Tanjung Rhu (bertanda 111 dalam peta) sehingga ke Kampung Kilim dan berpatah balik samada melalui jalan yang sama atau jalan laut terbuka. Dalam Tour ini ada aktiviti sampingan seperti melalui Gua Buaya dengan bot, singgah di Gua Kelawar, melawat pelantar memelihara ikan dan memberi makan burung helang. Keseluruhan aktiviti mengambil masa lebih kurang 2 jam.


'Mangrove Tour' adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan. Kita dibawa menyusuri sungai air masin sambil menikmati keindahan  hutan paya bakau dengan lebih dekat. Bot laju yang kami naiki pada hari itu boleh memuatkan 8 orang dewasa.  Semasa mula-mula menjejakkan kaki ke dalam bot itu, rasa gerun juga kerana kami tidak dipakaikan jaket keselamatan. Apa tidaknya.....saya dan suami langsung tak tahu berenang! Anak-anak tahulah juga sikit-sikit. Kalau terjadi apa-apa......takut nak memikirkannya. Saya yakin ianya ada disediakan dalam bot itu, cuma tidak memakainya.....tetapi tidak pula kami bertanya kerana takut susah hati kalau-kalau andaian itu tidak benar....hehehe.

Tak ada life jaket kaan?

Hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai

Walaubagaimana pun perasaan itu hilang sedikit demi sedikit dan digantikan dengan kegembiraan kerana kami semua begitu teruja dengan pengalaman baru ini. Namun saya masih berdoa di sepanjang perjalanan agar tidak berlaku apa-apa kecelakaan ke atas kami. Kami juga dihiburkan dengan celoteh 'Pak Ngah' pemandu bot kami yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong tidak rasmi.

Itulah rupa bot yang kami naiki tanpa memakai sebarang jaket keselamatan sebagaimana yang dikehendaki pihak berkuasa.
Inilah dia Pak Ngah.......yang tengah berihat tu!
Sebelum pengalaman yang terbaru ini saya berserta keluarga telah pernah menaiki bot seperti ini tetapi yang lebih besar dan stabil berbanding yang di atas. Kami mencuba 'River Cruise' di Thames River di London dan Mersey River di Liverpool. Pemandangan di sepanjang kedua sungai ini sudah tentulah amat berbeza kerana sungai-sungai itu membelah kedua-kedua  kota besar  tersebut. Sementara di Langkawi sungainya membelah hutan paya bakau.......dua pengalaman yang amat berbeza.

Akar pokok bakau yang sangat unik - boleh menerima air masin dan air tawar

Bekas tapak membakar batang bakau untuk dijadikan arang - salah satu kegunaan pokok bakau

Orkid Putih yang tumbuh di celah-celah batu...SubhanAllah! - bunga putih itu hanya boleh dilihat setahun  sekali

Itulah pertama kali saya melihat buah bakau secara dekat

Ini adalah proses semulajadi pembiakan pokok bakau - buahnya akan jatuh tercacak ke bawah dan akan  hidup menjadi anak pokok
Bot yang kami naiki menuju ke arah Gua Buaya

Bot kami sudah berada dalam Gua Buaya - haahh....nasib baik tak ada buaya


Aktiviti memberi makan ikan di pelantar ikan - petak menternak ikan di HOLE IN THE WALL - Fish Show And Wildlife Watch


Pertama kali kami bermain-main dengan belangkas yang masih hidup
Kelawar tergantung (tidur) di siling Gua Kelawar

Memberi helang makan dengan menggunakan perut ayam (hanya ini yang boleh terapung di atas air)

Tadi aku diberi makan, sekarang aku posing pulaklah....burung helang merah
Laluan ini juga menjadi salah satu tempat berlabuh untuk kapal layar yang dimiliki oleh rakyat negara asing - mereka akan menggunakannya apabila datang bercuti di sini

Gambar-gambar di bawah semua diambil  di dalam hutan bakau. Sungguh mudah masuk hutan ini kerana siap ada jambatan sampai ke dalam. Semasa lawatan kami airnya surut.








That's our boat......jom  balik!

Related post:

Cablecar at Gunung Mat Chinchang Langkawi


Friday 29 May 2009

Doa yang Belum Terkabul



soalan 

Assalamu'alaikum wr. wb.

Ustaz,  kenapa  setiap kali saya berdoa memohon sesuatu, rasanya, tidak pernah terkabul? Padahal saya sudah menjalankan semuanya, mulai dari solat malam, solat hajat dll. Apakah sebabnya Ustaz? Apa yang harus saya lakukan? Kadang-kala saya berasa iri-hati  melihat ada orang yang tidak solat tetapi kehidupannya serba cukup? Mohon jawapan dari Ustaz.

Wasallam..

Jawapan


Wa'alaikumussalam Wr Wb

Allah swt berfirman :

هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Artinya : “Dialah yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Maka sembahlah dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.” (QS. Ghofir : 65)

Di banyak ayat, Allah swt telah memerintahkan kita untuk berdoa dan menjanjikan pengabulannya sebagaimana juga disebutkan di banyak hadis. Doa adalah ibadah atau otak ibadah sebagaimana ditegaskan di sebagian hadis, dan setiap ibadah memiliki rukun-rukun, syarat-syarat dan adab-adab sehingga doa itu menjadi sah dan diterima.

Para ulama berkata bahawa sesungguhnya di antara syarat-syarat diterimanya doa adalah menghadirkan fikiran dan hati ketika berdoa. Maka tidak cukup bagi seseorang hanya sekadar menggerakkan bibir tatkala berdoa sementara fikirannya berpaling dari Allah dan tidaklah cukup hanya menghadirkan fikiran sementara perasaannya dingin akan tetapi haruslah disertai dengan keinginan agar dikabulkan, rasa takut akan tidak dikabulkan dan menghadirkan keagungan Allah swt.

Hal ini dikuatkan dengan apa yang disebutkan di akhir ayat yang menyebutkan doa Nabi Ayyub, Dzin Nuun dan Zakaria tatkala mengatakan,” wahai Roobul ‘Izzah…

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Artinya : “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas. dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada kami.” (QS. Al Anbiya : 90)

Seorang yang berdoa haruslah menjadi orang yang taat kepada Allah swt tanpa ada kekurangan, menyambut ketaatan dengan rasa senang, bersegera, berharap pengabulan doanya, serta rasa takut dengan menghadirkan fikiran dan hati.

Di dalam hadis sahih bahawa memakan yang haram mencegah pengabulan doa sebagaimana disebutkan Rasulullah saw tentang seorang laki-laki yang melakukan perjalanan yang jauh, rambutnya kusut dan berdebu yang menengadahkan kedua tangannya ke langit dan mengatakan,

”Wahai Robb, wahai Robb sementara makanannya haram, pakaiannya haram bagaimana,doanya akan dikabulkan.”

Perkara-perkara diatas (di dalam hadis itu) yang menjadikan doa dikabulkan ditambah lagi berbagai perkara yang disunnahkan diantaranya : bersuci, menghadap kiblat, berdoa dengan doa-doa yang ma’tsur, berupaya memilih waktu-waktu dan tempat-tempat yang diberkahi seperti setengah malam akhir, antara azan dan iqomat, tatkala melihat ka’bah, tatkala pengabulan doa di hari jum’at….

Juga membuka doa dengan mengucapkan basmalah, memuji Allah, salawat dan salam atas Rasulullah saw dan menutupnya dengan salawat atasnya juga… (Fatawa Al Azhar juz IX hal 369)

Untuk lebih memberi penjelasan tentang adab berdoa maka berikut penuturan Imam Ghazali tentangnya :

1. Hendaklah didalam berdoa berusaha memilih waktu-waktu yang mulia seperti hari arafah, ramadhan, hari jum’at, waktu sahur.

Artinya : “Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar (sahur).” (QS. Adz Dzariyat : 18)

2. Memanfaatkan kondisi atau keadaan-keadaan yang mulia, seperti sabda Rasulullah saw,”Doa diantara azan dan iqomat tidaklah ditolak.” (HR. Abu Daud)

3. Hendaklah menghadap kiblat tatkala berdoa dan mengangkat tangan hingga terlihat warna putih kedua ketiaknya, sebagaimana diriwayatkan dari Anas bahawa,

"Nabi saw mengangkat kedua tangannya sehingga terlihat warna putih kedua ketiaknya ketika berdoa dan tidak memberikan isyarat dengan jari jemarinya.”

4. Merendahkan suara…; Aisyah mengatakan tentang firman Allah swt,

“Janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" (QS. Al Israa : 110)

yaitu didalam doamu.
5. Tidak menyusahkan diri dengan bersajak di dalam berdoa. Sesungguhnya seorang yang berdoa seyogyanya berada dalam keadaan tunduk sedangkan memberatkan diri tidaklah sesuai dengan sabda Rasulullah saw,

”Akan datang suatu kaum yang berlebih-lebihan dalam berdoa.”

6. Tunduk, khusyu, penuh harap dan rasa takut, sebagaimana firman Allah swt :

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ


Artinya : “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas. dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada kami.” (QS. Al Anbiya : 90)

7. Berkeyakinan kuat akan dikabulkan doanya serta benar d idalam pengharapannya. Sabda Rasulullah saw,

”Berdoalah kepada Allah dan anda meyakini akan pengabulannya. Ketahuilah bahwa Allah azza wa jalla tidaklah mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (HR. Ahmad, Thabrani)

8. Mengulanginya hingga tiga kali. Ibnu Mas’ud mengatakan bahwa,

"Nabi saw apabila berdoa maka dia berdoa hingga tiga kali dan apabila dia meminta maka dia meminta hingga tiga kali.” (HR. Muslim)

9. Hendaklah memulakan doanya dengan dzikrullah (menyebut nama Allah), tidak terus dengan meminta. Sabda Rasulullah saw,

”Apabila kamu meminta kepada Allah azza wa jalla suatu keperluan maka mulailah dengan salawat atasku…” (HR. Abu Thalib al Makkiy)

10. Bertaubat, mengembalikan simpanan-simpanan orang lain serta menyambut (seruan) Allah swt dengan penuh semangat. (Ihya Ulumuddin juz I hal 361 - 3650)

Adapun tentang orang-orang nampaknya jauh dari Allah, seperti tidak mengerjakan salat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan atau bahkan orang-orang non- muslim, namun mereka memiliki ‘rezeki’ melebihi orang-orang yang saleh, maka tidak sepatutnya anda iri-hati terhadap mereka; kerana seorang mukmin tidaklah iri-hati dalam urusan dunia. Iri-hati dalam urusan dunia hanya akan menyeretnya menjadi hamba dunia. Akan tetapi hendaknya seorang mukmin iri-hati dalam urusan akhirat.

Sesungguhnya iri-hati atau tidak anda kepada mereka semua maka tidak akan dapat mencegah takdir Allah atas mereka. Dan perlu diyakini bahwa banyak harta, tingginya jabatan atau kedudukan belum tentu menjadi tanda keridhoan dan kecintaan Allah kepadanya.

Hal lain yang perlu juga anda yakini bahawa bentuk-bentuk pengabulan Allah swt terhadap doa seseorang ada tiga :
1. Terus diberikan kepadanya apa yang dimintanya di dunia.
2. Ditahan untuk diberikannya di akhirat.
3. Dihapuskan dosa-dosanya setara dengan doa-doanya

Sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda,

”Tidaklah seorang muslim berdoa kecuali dikabulkannya. Mungkin dengan dipercepat pemberiannya di dunia, mungkin dijadikan tabungan baginya di akhirat dan mungkin juga dihapuskan dosa-dosanya setara dengan doanya, selama ia tidak berdoa sambil berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim atau meminta cepat-cepat dikabulkan.”

Wallahu A’lam

Ustadz Sigit Pranowo, Lc.

Dari koleksi emel Masjid Annahl Group


Tuesday 26 May 2009

Kenapa Air Laut Masin tetapi Air Hujan Tawar?(2)

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam, tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini adalah sebahagian daripada Bumi (tanah), akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Apabila sungai-sungai  mengalir di atas batu-batan di permukaan bumi,  bahan mineral ini larut di dalam air sungai, lalu menjadi mendapan  di dasar laut , dibawa sungai yang mengalir ke laut. Jenis mineral yang paling banyak terdapat dalam laut sudah semestinya sodium klorida, atau pun garam biasa. Itulah sebabnya kenapa air laut masin. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram,
  kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Air begitu banyak di atas bumi. Banyaknya seperti 326,000,000,000,000,000,000 gallons (326 million trillion gallons) atau pun (lebih kurang 1,260,000,000,000,000,000,000 liters) . Air ini sentiasa berada dalam satu pusingan yang tetap (constant cycle). Ia menyejat daripada laut, bergerak di udara, jatuh ke bumi sebagai air hujan dan mengalir semula ke laut.

­

Monday 18 May 2009

Resepi Kuih Perkahwinan



Bagi yang sudah menikah, kuih perkawinan ini diperlukan untuk mengingatkan dan direnungkan. Bagi yang belum menikah kuih ini untuk bahan masukan, supaya jangan salah adunan. Selamat mencuba!!!



KUIH  PERKAWINAN

Bahan :

1 lelaki sihat,

1 wanita sihat,

100% Komitmen,

2 pasang restu orang tua,

1 botol kasih sayang murni.

Rempah-ratus:

1   batang besar humor,

25 gr   rekreasi,

1 bungkus  doa,

2 sudu teh talipon-menalipon

5 kali ibadah/hari tetapi lebih baik jika lebih dari itu

Semuanya digaul hingga rata dan kembang.

Tips:

1. Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

2. Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan.

(sebaiknya dibeli di pasaraya bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak  mahal harga jualannya tetapi mutunya terjamin.)

3. Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY kerana walaupun modelnya elok dan harum baunya tetapi kadang-kadang menipu pembeli atau kadang-kadang menggunakan zat pewarna yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Gunakan Kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapatkan penghargaan dan kelulusan dari Jabatan Kesihatan dan kerohanian.

Cara Memasak:

1. Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga yang tinggal niat yang murni.

2.  Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua secara merata.

3.  Masukkan niat yang murni kedalam loyang dan bakar dengan api sederhana sekitar 30 minit   didepan TOK Kadhi.

4.  Biarkan di dalam loyang tadi, kemudian disirami dengan rempahnya.

5. Kuih siap dinikmati.

Catatan:

Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling sedap dinikmati dalam keadaan panas.

Tetapi kalau sudah agak sejuk, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi mengikut selera, serta beberapa potong doa. Kemudian dipanaskankan lagi di oven berjenama "Tempat Ibadah". Setelah mulai panas, jangan lupa talipon-menalipon bila berjauhan.  Selamat mencuba, dijamin semuanya halal .

Dari koleksi emel Masjid Annahl Group



Tuesday 12 May 2009

Bermacam-macam Gila



Semalam  Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah. Pada  tanggal 6 Februari 2009 yang lalu telah tercatat dalam sejarah politik Malaysia sebagai Hari berlakunya rampasan kuasa di negeri Perak Darul Ridzuan. BN telah melakukan silap mata, "kejap ada kejap tak ada". Ini semua adalah gara-gara ingin berkuasa semula dan tidak sabar untuk menanti pilihanraya yang akan datang.

Pada 7 Mei yang lepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak telah diadakan dan kita melihat bagaimana manusia yang "gila" kuasa ini menggunakan segala kuasa yang ada memperalatkan polis untuk melaksanakan impian mereka. Memang benar sekali apabila manusia sudah mabuk dia hilang pertimbangan untuk melakukan sesuatu yang normal. Mereka akan membuat perkara yang tidak rasional walaupun mereka tahu yang ia adalah salah. Nafsu mengatasi akal fikiran.

Saya bukanlah minat menulis pasal politik tetapi saya amat berminat apa yang berlaku di Perak kerana itu negeri 'teman' yang berasal dari Ipoh. Semasa berlaku "rampasan kuasa " hari itu risau juga pasal ahli-ahli keluarga yang berada di Ipoh. Perasaan inilah yang dimainkan oleh BN terhadap rakyat yang ingin melakukan perubahan.

Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang manusia yang mempunyai berbagai-bagai ragam dan fe'el. Apabila kita terlalu asyik dengan sesuatu, ini boleh membuat kita menjadi seolah-olah "gila" atau "mabuk". Contohnya mabuk cinta, gila talak, gila kuasa, gila duit, gila perempuan, gila judi dan bermacam-macam lagi.

Ketika saya bekerja sebagai "cleaner" semasa menemani suami buat PhD di UK, ada seorang  teman sekerja (keturunan Inggeris) merungut pasal salah seorang lagi teman lain (rakyat British tetapi keturunan India Afrika) yang "money crazy" katanya. Ada sahaja kerja extra dia akan ambil. Kemudian waktu cuti sekolah (kami kerja di sekolah) dia akan bawa kerja yang sepatutnya dibuat di rumah, ke tempat kerja, kerana waktu itu tidak banyak kerja yang kena dibuat "urgent" tetapi tidak bermakna tidak ada......curi tulanglah tuu!.... Dia sebenarnya mengambil upah menjahit (sub-con) dari sebuah kilang baju yang dibuat di rumahnya.

Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Akhmad mengingatkan kita yang ertinya :

Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermegah-megah.

Setiap yang berlebihan atau keterlaluan itu boleh mendatangkan keburukan. Makan berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan dan tidak ambil makanan yang secukupnya juga akan memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu bersederhanalah dalam setiap amalan kita.



Monday 27 April 2009

Genap setahun memblog



Bulan April 2009 genap setahun  lamanya saya 'memblog'. Ketika mula membangunkan blog saya bertekad untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel dalam sebulan. Ini bertujuan untuk memastikan blog saya itu terus 'hidup'. Untuk memulakan sesuatu projek memang mudah tetapi untuk  "maintain" , menjadi satu masalah kepada kebanyakan manusia. Ia memerlukan komitmen dan disiplin diri.

Namun apabila saya melihat kepada "archives" yang dipaparkan pada "sidebar", saya dapati ada satu bulan (November) yang tidak ada sebarang "post". Jadi saya cuba mengingati kembali kenapa saya 'termiss' bulan itu. Bila dingati semula itulah masanya rumah saya dipecah masuk di mana kami telah kehilangan dua buah laptop dan dua biji talipon. Selama sebulan kami tidak mempunyai komputer dan 'broadband' kami terbiar tidak terguna walaupun berbayar. Saya sangat menyesali akan kehilangan laptop peribadi saya itu kerana ia adalah pembelian hasil daripada titik peluh saya bekerja sebagai "cleaner" semasa saya menemani suami buat Phd di UK. Ada 'sentimental value' pada laptop itu. Sehingga sekarang masih belum terganti laptop yang hilang itu.

Berbalik kepada keadaan kami yang tidak boleh 'berinternet' selama lebih kurang sebulan itu, anak bongsu saya bagaikan 'mati kutu' . Dia merengek-rengek sepanjang bulan itu dengan pertanyaan, "Bila nak beli komputer baru..... rugi jer internet tak boleh guna", katanya. Ada satu tahap di mana dia mogok tidak mahu becakap dengan kami kerana tidak melayani permintaannya. Untuk  'menyejukkannya', suami terpaksa membawa dia ke pejabatnya pada satu hujung minggu agar dia boleh menggunakan komputer pejabat sambil suami buat kerja pejabatnya yang tidak pernah habis.

Apabila ditanya nak buat  apa melayari internet, mungkin ada kerja sekolah atau lain-lain.  " Saja!" , jawabnya ringkas. Melihatkan keadaannya sepanjang tidak boleh 'berinternet' itu saya berkata -kata dalam hati, "Teruknya budak ini, macam orang ketagih!" . Itulah kesannya internet pada generasi anak-anak ini. Anak saya baru berumur 11 tahun pada masa itu, tetapi dia telah diperkenalkan kepada komputer sejak kecil lagi dan mengenali dunia internet pula sejak berumur 5 tahun. Tambahan pula dia mula menjejak kaki ke sekolah semasa di UK, dan di sana penggunaan komputer serta internet sangat meluas di sekolah-sekolah.

Apa-apa juga dalam kehidupan ini jika dibuat secara berlebihan akan membahayakan diri, memberi kesan yang negatif dan tidak produktif.

Lihatlah pada hadis-hadis Nabi yang memesan kepada kita supaya bersikap sederhana dalam urusan hidup kita.

“Orang yang mencapai kejayaannya ialah orang yang bertindak di atas prinsip Islam dan hidup secara sederhana. (HR. Ahmad Tirmidzi, Ibnu Majah, dikutip oleh mishkat, Edisi Urdu, Opcit Vol II, hal 245, No. 4934)

“Barang yang sedikit tetapi cukup (untuk memenuhi keperluan hidup) adalah lebih baik daripada banyak (tetapi menjadikan mereka lupa diri) dan menyesatkanya (dari jalan hidup yang sederhana). (Abu Naeem, Dikutip oleh Mishkat, Opcit. Vol II, hal. 348, No. 4962).





Thursday 23 April 2009

Seloka: Remaja Hanya SE"X"



Ramai sekali orang melatah,
Enaknya remaja semua dilapah,
Membujur lalu melintang patah,
Aku kini tualah sudah.


Janganlah kalian tersalah anggap,
Akan usia dan badan tegap,
Hingga bercakap tergagap-gagap,
Angkuh dan ego tak boleh cakap.

Namun remaja cuba teliti,
Yang mana betul lagi bererti,
Antara nafsu dan ikut hati,
Semuanya palsu menyesal nanti.

Ego kita jangan turuti,
Kalau diturut kesallah nanti,
Allah dah kurnia “aqal dan hati”,
Lekaslah guna sebelum mati.

Ingatlah Allah dan juga Nabi,
Remaja bukan hanya sekali,
Esok di akhirat sekali lagi,
Maka segeralah cuba insafi.

Apakah remaja untuk di tiau?,
Jadi samseng dan kutu rayau,
Atau lepak tegur tak hirau,
Hingga negara pun kacau bilau!.

Akibat khayal makan pil tidur,
Nayalah diri kerana terlanjur,
Yang tahu hanya untuk berhibur,
Akhirnya tertidur di atas kubur,

Sibuk kenapa gila nak cuba,
Entah kenapa nasihat tak guna,
Kalau dadah memangnya tuba,
Akhirnya hidup merana jua.

Lalang dan semak tempat sembunyi
Ingin nikmati gam yang dibeli,
Ramailah hancur dan hilang budi,
Emak dan ayah tak dipeduli.

Malam dan siang tiada bezanya,
Anak derhaka entah di mana,
Jangan cuba hendak ditanya,
Ayah dan ibu pun ditengkingnya.

Hancurlah sudah hati siibu,
Ayahpun bingung hati berbuku,
Namun sianak berhati batu,
Yang dibuat apa dimahu.

Agaknya ini salah siapa?
Salah ibukah yang mengandungnya
Entah ayah yang manjakannya?
Kerana terlanjur begini jadinya?

Atau kerajaan yang memerintah?
Longgok hiburan untuk diratah,
Itu sebabnya remaja melatah,
Ramai terkorban hatinya patah.

Entahlah siapa hendak dituding,
Melihat semua menambah runsing,
Akibat gejala sosial meruncing,
Jelasnya dirilah termakan pancing.

Apalah gunanya tuding menuding,
Hanya menambah fikiran pusing,
Ada baiknya bawa berunding,
Nak mengatasi ikhlas yang penting.

Yang diperdebat hanya remaja!,
Apakah yang lain tak buat dosa?,
Saham mereka tidak dikira?,
Eloknya semua mesti disita.

Kalau dikira apa kurangnya,
Angkara mereka yang dah dewasa,
Lihatlah bukti dimedia massa,
Ironisnya haruan makan anaknya.

Remaja janganlah nak naik marah,
Eloklah terima berhati fasrah,
Memfokus kalian tidaklah salah,
Agaknya di situlah punca masalah.

Jelasnya semua dah serba salah,
Akibat melanggar perintah Allah,
Hadis dan Quran letak di sebelah,
Akhirnya negara ditimpa masalah.

Nak selesaikan segala masalah,
Yakinlah agama dah tunjuk arah,
Ayuh rujuklah segera kitabullah,
Selesaikan masalah usah berbalah.

Eloklah diteropong ke dalam diri,
Kuman dan virus dah serang hati,
Ambillah ubat dengan teliti,
Lekaslah rawat sebelum mati.

Ingatlah sekelian para remaja,
Remaja bukan sekali saja,
Esok di akhirat fikirkan juga,
Mahukah menjadi ahli neraka?

Andainya tidak segeralah taubat,
Janganlah hanya asyik tau buat,
Ayuh, segeralah mencari ubat,
Hampiri masjid buatlah ibadat.

Ayuhlah segera berbuat bakti,
Nak buat apa nanti menanti,
Yang degil biarkan di atas titi,
Andai terjatuh menyesal nanti.

Sayangilah diri dan keluarga,
Eloklah akhlak sentiasa dijaga,
Kelak menjadi penghuni syurga,
Allah dah janji jangan curiga.

LilLahi Ta’alalah amalan kita,
Iltizam mengamal ajaran agama,
Ramaikan masjid kita bersama,
Enak bersama ‘alim ulama.

Marilah bersihkan jiwa dan raga,
Ajaran agama sentiasa dijaga,
Janganlah malu mulalah segera,
Amalan kita bawa ke syurga.

Hati tak usah memikir cerca,
Amalan baik pemberat neraca,
Namun pelajaran teruslah baca,
Yang berjaya ceria di depan kaca.

Ayuhlah perjuangkan segala cita,
Semua menyokong tanpa cerita,
Elaklah dahulu ingin bercinta,
Kelak merana lain pula cerita.

Apa diburu sicantik jelita,
Lepas ijazah lainlah cerita,
Impian semua akan tercipta,
Rajinlah usaha mencapai cita.

Emak dan ayah tentu gembira,
Melihat anak menurut kata,
Akan dikabul segala pinta,
Jangan persia harapan mereka.

Akhirkata inilah sahaja,
Berpisah sementara menyuci jiwa,
Yang membaca diharap ceria,
Esok lusa bertemu jua.

Sekian terima(lah) kasih)

Azhari(s)

Telah dihasilkan
pada: 30 Ogos 2003.

Petikan dari: December 12, 2007 ambuyatelbinangkit


Tuesday 7 April 2009

...hanya kerana sebiji epal!


Cari Pasangan

Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersintak si jejaka di beritakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri


Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah isterinya
Ibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir


fresh_fruit_bites_apple_freeAsalkan punya iman itulah paling penting
Saat-sata berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah isterinya Menawan sungguh cantik


Reff :
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni


Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita sholehah terpelihara


Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah


Pertama kali saya mendengar lirik lagu nasyid  di atas, hati saya tertanya-tanya apakah cerita sebenarnya di sebalik lirik lagu ini. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani.

Kebetulan baru-baru ini saya terjumpa cerita kisah seorang ulamak yang hampir serupa seperti di atas dan saya yakin ia adalah kisah silam yang dimaksudkan.

Ia adalah kisah seorang  pemuda yang bernama Tsabit iaitu bapa kepada Imam besar Abu Hanifah. Dalam kisah  ini Tsabit telah diuji dan "diperangkap" oleh pemilik kebun epal untuk berkahwin dengan anak perempuannya. Peristiwa ini semuanya bermula dari hanya sebiji epal yang dijumpai oleh Tsabit ketika dia begitu lapar, lalu terus memakannya tanpa meminta keizinan dari pemiliknya.

Mesej yang ingin disampaikan sangatlah besar dari sudut kualiti seorang insan.

Teruskanlah membaca ceritanya agar ia menjadi iktibar bagi kita yang masih hidup.

Friday 27 March 2009

DARI MANA, KE MANA DAN UNTUK APA?



ksppjanak
Afnan (anak saya) and Gang:
peoplepeople1people2

Tahun 2008 - asyik bermain video game di mana saja dia berada.

Tahun 2020 -  apakah pula hobinya nanti?

Tahun  2100 - di mana agaknya dia berada, di alam ghaib atau masih di alam nyata?


3 soalan yang perlu ditanya oleh setiap insan yang bergelar manusia:

1. Dari mana saya datang?

2. Ke manakah akhirnya akan saya pergi?

3. Untuk apakah saya hidup di atas bumi ini?

Jikalau ketiga-tiga persoalan ini mampu dijawab oleh anda maka dengan sendirinya anda akan dapat melihat dengan jelas hala tuju dan jalan yang perlu diambil dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang fana ini.

smiling-monkey1Asal Usul Manusia

Benarkah manusia berasal dari kera? Mengikut teori Darwinisme, nenek-moyang manusia dan kera itu adalah sama. Dengan makna lain, pada satu masa dahulu moyang kita adalah seekor kera dan lama kelamaan melalui proses evolusi kera itu bertukar menjadi manusia hari ini. MasyaAllah! Ini satu andaian yang amat jelek. Tidak tergamak saya menggolongkan nenek- moyang saya sebagai kera.

Darwinisme bersandar pada prasangka dan propaganda sahaja, bukan pada penemuan ilmiah. Bukti terakhir yang meruntuhkan pernyataan teori evolusi tentang asal usul manusia adalah fosil baru Sahelantrophus tchadensis yang digali di kota Chad, Afrika Tengah pada musim panas 2002. Fosil ini seolah-olah ‘meletakkan kucing di antara merpati’ bagi dunia Darwinisme. Dalam sebuah artikel yang memberitakan penemuan ini, jurnal terkemuka Nature mengakui bahawa "Tengkorak yang baru ditemui boleh menenggelamkan gagasan kita selama ini tentang evolusi manusia."

Kenyataan  ini dibuat kerana meskipun fosil yang dibicarakan berumur 7 juta tahun, ia memiliki struktur yang lebih "mirip-manusia" (menurut kriteria yang selama ini digunakan evolusionis) dibandingkan dengan spesis kera Australopithecus berumur 5 juta tahun yang dianggap sebagai "nenek- moyang tertua manusia." Ini menunjukkan bahawa hubungan evolusi yang dibina antara spesis kera dan manusia yang didasarkan pada kriteria "kemiripan dengan manusia" musnah, satu hubungan yang sangat subjektif dan penuh perkiraan, dan adalah rekaan belaka.

Manusia Piltdown adalah satu lagi  teori rekaan kumpulan Darwinisme.

.

tengkorak

Selama 40 tahun, manusia Piltdown diterima sebagai petunjuk terbesar bagi evolusi manusia. Para pakar fosil evolusionis menyatakan telah menemukan banyak ciri peralihan pada tengkorak ini. Tidak berapa lama kemudian diketahui bahawa fosil itu sebuah pemalsuan.

Dalam analisa teliti oleh Joseph Weiner, pemalsuan ini diungkap ke depan umum pada tahun 1953.

Tengkorak tersebut adalah milik manusia berumur 500 tahun, dan tulang rahangnya berasal dari kera yang baru saja mati! Giginya telah disusun secara khusus dalam susunan tertentu dan ditambahkan pada rahang tersebut, dan permukaan geraham telah dihaluskan supaya menyerupai geraham manusia. Kemudian semua potongan ini diwarnai dengan potasium dikromat untuk memberi kesan tua pada mereka. Warna ini mulai menghilang ketika dimasukkan ke dalam larutan asam.

Islam menolak  sama sekali teori evolusi Darwinisme ini. Manusia juga tidak wujud dengan sendirinya seperti yang dicanangkan oleh kumpulan "Naturalis". Siapakah yang mencipta manusia? Namun yang pasti manusia tidak mencipta dirinya sendiri. Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang kejadian manusia yang menjadi dalil bahawa Allahlah pencipta alam ini dan isi kandungannya termasuk manusia.

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf  ayat 11 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud."

Asal manusia adalah daripada Adam dan Hawa. Allah telah mencipta Hawa dari tulang rusuk Adam sepertimana yang disebut dalam Al-Quran surah An-Nisaa' ayat 1 yang bermaksud:

" Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu  yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah  menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak..."

Tujuan Hidup dalam Islam

Kenapa kita hidup - satu soalan yang sering kali diajukan oleh manusia kepada diri mereka sendiri ketika bersendirian. Sering kali juga kita dengar manusia bertanya sesama sendiri dua persoalan:

1. Adakah kita makan untuk hidup?

2. Atau, adakah kita hidup untuk makan?

Persoalan ini dijawab dengan jelas dalam Al- Quran, surah Muhammad ayat 12 yang bermaksud,

"Dan (sebaliknya) orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan dan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan dan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."

Selagi manusia tidak mengenal diri mereka sendiri, mereka tidak akan menemui jawapan kepada persoalan itu. Sebagai seorang Islam kita kena faham bahawa manusia dicipta oleh Allah SWT dengan fitrah Islam. Apa yang dimaksudkan di sini ialah setiap perjalanan anggota tubuh badan manusia adalah menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air, makanan, tidur dan panas  melainkan mengikut undang-undang tabi'i , yakni penentuan Allah SWT. Ini berlaku kepada sesiapa jua pun, tidak kira yang beragama Islam ataupun sebaliknya.

Apabila Allah SWT mencipta manusia, kita juga dibekalkan dengan akal dan fikiran. Berbeza dengan binatang di mana  ianya hanya diberi otak tanpa akal. Oleh kerana itu manusia tidak boleh makan dan minum serta menjalani aktiviti kehidupan yang lain sebagaimana seekor binatang. Dengan akal fikiran ini juga manusia diberi kebebasan untuk memilih cara kehidupannya. Namun begitu Allah SWT tidaklah membiarkan manusia membuat pilihan tanpa ada pedoman dan bimbingan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 38 yang bermaksud,

"Kami berfirman: 'Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati' " .

Allah SWT mengutus Ar-Rasul SAW sebagai pembimbing manusia berpandukan Al-Quran Al- Karim.

Terpulanglah kepada manusia itu sendiri samada hendak menerima cara hidup yang ditunjuki Allah SWT melalui Al-Quran dan As- Sunnah ataupun menolaknya sama sekali dan menciptakan satu susunan kehidupan sendiri mengikut tempo kehendak hawa nafsunya sendiri.

Walau bagaimanapun dalam Islam, hidup ini mempunyai tujuan sebagaimana yang disebut dalam Al- Quran surah Adz-Dzariat ayat 45-58 yang bermaksud,

"Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku. Aku tidak kehendaki suatu pemberian apapun dari mereka; dan Aku tidak kehendaki mereka memberi makan kepada-Ku; Sesungguhnya Allah, Dialah Pemberi Rezeki, Yang mempunyai kekuasaan, Yang sangat teguh."

tawaf1Menyembah Allah SWT itulah tujuan hidup. Menyembah Allah SWT bererti memusatkan penyembahan kepada Allah SWT semata-mata.  Apa yang dimaksudkan di sini ialah manusia perlu menjalani kehidupan hariannya samada dalam aspek fizikal  atau rohani, individu maupun bermasyarakat, sesuai dengan kehendak Allah. Dalam ertikata lain , di setiap kehidupan seorang hamba Allah itu, baik yang berupa "ibadah" terhadap Ilahi atau yang berupa"mu'amalah" ( amal perbuatan sesama manusia ), semua itu dilakukan dalam rangka penyembahan kepada Allah SWT.

Semuanya dilakukan dengan niat mencari keredhaan Allah SWT semata-mata sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Lail ayat 20-21 yang bermaksud,

"Kerana hendak mencari keridhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan Tuhannya yang ridha kepadanya."


Kematian dan Peristiwa Selepasnya
firaun
Kenapa kita mati- dan apakah yang menantikan kita selepas kematian? Inilah persoalan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan manusia. Manusia merasakan seolah-olah seperti baru kelmarin zaman kanak-kanaknya, dan hari ini dia telah menjadi seorang lelaki atau perempuan dewasa. Besok, dia akan mati dan berpisah dengan isteri, anak-cucu, sahabat, harta, pangkat dan kuasanya. Tidak ada seorang pun yang dapat menghalangnya daripada berpisah dengan kehidupan ini.

Paling lama manusia hidup di dunia ini pun selama 100 tahun dan selepas itu dia akan berada di alam ghaib (mati) untuk kali kedua sebagaimana 100 tahun sebelumnya dia juga berada di alam ghaib (tidak wujud di dunia). Apakah yang menanti manusia selepas kematiannya? Semua perkara tersebut tidak mungkin diketahui melainkan melalui Penciptanya yang menghidupkannya, mematikannya, menghantarnya ke dunia dan mengeluarkannya dari situ. Kesudahan hidup manusia tidak akan diketahui jika Allah Taala tidak memberi hidayah-Nya kepada kita.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 8 yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad): ' Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, ia tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah  yang maha mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu  kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).' "

Menyembah Allah SWT bukan bererti meninggalkan hidup duniawi. Malah mertabat manusia di dunia adalah "khalifatun fil ardh", yakni khalifah di dunia ini.

Maksud dari Al-Quran surah Al-Qasyasy:77

"Dan carilah dalam (kurnia) yang Allah beri kepada kamu itu (kejayaan) negeri akhirat, tetapi janganlah engkau lupakan bahagianmu dari dunia ini; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah engkau membuat bencana di bumi ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada  orang-orang  yang membuat bencana."

Walau bagaimanapun nikmat kehidupan duniawi bukanlah tujuan hidup ini.

Al-Quran  surah Al-Angkabut ayat 64 mengatakan, yang bermaksud,

" Dan hidup di atas dunia ini, tidak lain melainkan gurau dan permainan; tetapi sesungguhnya hidup akhirat itulah hidup sebenar hidup, kalau mereka mengetahui."

Jadi hasil-hasil dari kegiatan di bumi ini bukanlah tujuan yang hakiki. Ianya hanyalah ibarat tanah tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya dituai kemudian hari untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti . . . . . . menuju ke kehidupan yang sebenar-benarnya, iaitu kehidupan akhirat.

Hidup "immaterial" adalah kelanjutan dari hidup "material" ini; hidup yang puncak kebahagiaannya terletak dalam "pertemuan" dengan Allah Azza wa Jalla.


Friday 13 March 2009

Jaulah ke Mesir


1 syawal 1429H sekali lagi kami membuat perjalanan pulang ke Ipoh. Pada tahun lepas kami balik ke Ipoh juga sama seperti tahun ini, selepas selesai solat Eidil Fitri. Namun pada tahun ini kami hanya sempat balik semalam sahaja kerana keesokan harinya terpaksa ke KLIA untuk perjalanan ke Mesir. Tujuan kami ke Ipoh hanyalah untuk menghantar anak bongsu saya  untuk ditinggalkan dengan emak saudaranya ketika ketiadaan kami.

2 syawal (bersamaan 2 oktober 2008 ) bermulalah jaulah kami ke Mesir. Hari itu sebelum bertolak ke KLIA kami anak beranak singgah di kubur orangtua saya. Sudah hampir 10 tahun saya tidak menziarahi kubur mereka.

Kelihatan Masjid  Muhammad Ali  di belakang......Cairo Egypt Oct 2008

Catatan perjalanan:
2 Oktober ~  5.00 ptg - kami bertolak dari Ipoh selepas menziarahi pusara bapa dan emak.
~ 8.30 mlm - kami singgah di R&R Dengkil untuk makam malam serta solat  jamak Maghrib dan Isyak.
~ 9.30 mlm- kami tiba di Airport KLIA. Selepas bersalam-salaman dengan anak -anak   yang akan meneruskan perjalanan balik  ke Johor  kami pun masuk ke dewan berlepas untuk urusan
check-in dan pertukaran wang.
3 oktober ~   2.00 pg - kami menaiki kapalterbang  ke Dubai. Kami tiba di Airport Dubai lebih kurang pukul 4.30 pg (waktu Dubai ). Kami solat Subuh di situ. Sambil menunggu  penerbangan seterusnya ke
Mesir kami diberi " free refrseshment "  di Cafe Gate 117. Namun bukan semua penumpang layak mendapatkannya. Hanya mereka yang masa transitnya selama 4 jam dan keatas  sahaja yang dibenarkan makan percuma ini.  Kami diberi beberapa biji samosa comel yang panas , sekeping kek dan segelas fresh oren setiap seorang. Sambil menikmati sarapan kami itu, kami memerhatikan mereka yang berada di sekeliling dan kami dapati bukan semua  orang mendapat menu yang sama seperti kami. Kami membuat andaian mungkin makanan yang diberi percuma itu bergantung kepada berapa lama kita transit di Dubai. Walau apa pun sarapan pagi yang kami dapat cukup mengeyangkan.
~   8.50pg - ( ini waktu Dubai ) Setelah menunggu selama 4 jam lebih sedikit kami  pun menaiki
kapalterbang meneruskan perjalanan ke Cairo. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 3 jam.
10.30 pg - Kami tiba di Airport Cairo. Pada hari itu balai ketibaan penuh sesak dengan  penumpang-penumpang dari pakej pelancongan. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang student  Malaysia yang sedang menuntut di Cairo. Kami telah mengupah mereka sebagai pemandu pelancong kami.

~ 12.00 tgh - Tiba di tempat penginapan VIP di Rumah  Pahang. Kebetulan  waktu kami tiba di situ telah masuk waktu Zohor dan semua kaum Adam sibuk ke Masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Jadi suami bersama pemandu pelancongnya terus ke masjid berdekatan,  sementara saya pula beristirehat di bilik melepaskan lenguh di badan.
~ sebelah petang - kami dibawa ke  kilang Asfour Crystal. Tersangatlah cantiknya suasana dalam kedai itu kerana dipenuhi dengan begitu banyak kristal yang bergemerlapan.  Kami telah membeli sebuah lampu dinding kristal yang murah sahaja dan 2 utas gelang tangan kristal sebagai buah tangan. Harga barang yang mahal boleh mencecah beribu  ringgit.
~ sebelah malam - kami berehat di bilik sahaja dan tidur awal kerana keletihan. Satu perjalanan jauh yang amat meletihkan, ditambah pula dengan kesibukan berhari Raya sebelumnya.

4 Oktober ~ 8.30 pg - kami mulakan aktiviti hari itu dengan lawatan ke Giza di mana terdapatnya binaan Piramid-piramid dan juga patung Sphinx ( kepala manusia badan kucing ). Tiket masuk berharga 50 genih ( pound Mesir - LE50).

~tengahari - kami pulang ke bandar untuk menziarah beberapa masjid yang terkenal di Cairo. Bandar ini terkenal dengan gelaran "City with thousand minarets". Antara masjid yang kami ziarah ialah

1.  Masjid Amr-al-A'sr - di sepanjang bulan Ramadhan yang lepas Sheikh Jibril menjadi imam solat tarawikh. Pada malam-malam 27 Ramadhan ke atas, jemaah bersolat tahajjud sehingga ke atas jalan-jalan berdekatan masjid. Kami bersolat Zohor dan Asar di situ.

2. Masjid dan makam Imam As Shafie'  - masjid ini berbeza dari yang lain kerana di kemuncak bumbungnya ada lambang kapal layar. Kebiasaannya di masjid yang lain  guna lambang bulan sabit dan bintang.

3. Masjid Rifae' dan Masjid Sultan Hassan - dua masjid ini duduk sebelah menyebelah. . Solat Jumaat dilakukan bergilir-gilir antara kedua-duanya.

Kami juga sempat menziarahi makam  Imam Hasan Al Banna.

~ sebelah petang - kami ke bazar Khan Khalili berbelanja sedikit untuk  dibawa pulang sebagai souvenir. Terdapat begitu banyak kedai dan gerai di situ tetapi kami hanya pergi lebih kurang separuh sahaja kerana keletihan. Lagi pun waktu maghrib sudah hampir iaitu lebih kurang jam 5.00 petang. Peniaga-peniaga Arab Mesir kasar orangnya. Kalau nak beli barang terus saja ambil. Tidak boleh pilih-pilih sangat, takut nanti  tak jadi ambil peniaganya jadi "bengang".

~ sebelah malam - kami berihat sahaja di bilik. Ingatkan nak pergi meninjau-ninjau shopping kompleks di bandaraya Cairo tetapi terasa malas pula disebabkan keletihan yang masih belum hilang. Rasa-rasanya lebih kurang sama sahaja yang ada di Malaysia.

5 Oktober ~ 9.00 pg - mula lawatan separuh hari. Kami ke Kubu Salahuddin al-Ayubi. Tiket untuk masuk berharga LE40. Didalam kubu ini terdapat 3 buah masjid dan beberapa buah muzium termasuk Muzium Tentera. Kedudukan kubu ini di atas bukit Muqattam. Jadi ketika berada di dalamnya kita boleh melihat sebahagian bandar Cairo di bawah. Selepas lawatan ini sepatutnya kami ke Muzium Firaun tetapi disebabkan beberapa faktor kami tidak jadi ke sana. Mungkin lain kali sahaja kami buat lawatan ke situ jika ada rezeki InsyaAllah.

~ Tengahari - melawat  Masjid  Ibn Thulun. Ia sebuah masjid lama yang dibuat seratus peratus daripada tanah liat . Pembinaannya di sekitar tahun abad ke-13.  Semasa lawatan itu pihak berkuasa sedang melakukan "restoration" atau baikpulih. Keadaannya sama seperti yang dilakukan pada Mesjid al-Hambra di Granada Sepanyol di mana mereka membuat semula ukiran-ukiran yang berupa kalimat Allah di tiang-tiang dan dinding-dindingnya. Ia juga dikenali sebagai Jami' Ahmad Ibn Thulun dan terkenal dengan menara pusingnya tetapi kami sendiri tidak menaikinya kerana ketika itu cuaca sangat panas dan kami juga sudah keletihan.

Alexandria

~ 2.00 ptg - kami bertolak ke Alexandria dan tiba lebih kurang jam 5.00 petang. Sepanjang berada di Alex kami menginap di Windsor Palace Hotel , sebuah hotel di tepi laut. Kawasan ini adalah sebuah kawasan pelancungan  yang sangat cantik pemandangannya terutama di waktu malam. Manakala  hotelnya pula terletak dalam  sebuah bangunan lama. Liftnya boleh dianggap sebagai koleksi antik. Harga biliknya lebih mahal daripada yang terdapat di Malaysia dalam kategori yang sama.

~ sebelah malam - Kami keluar sekejap cari makan, kemudian terus berihat di bilik sahaja kerana masih terasa keletihan daripada aktiviti di siang hari.

6 Oktober~ 7.00 pg - pergi ke tingkat 6 hotel untuk sarapan yang di pakejkan sekali dengan harga bilik. Dewan makannya mengadap ke arah laut. Dari situ sambil menjamu selera bolehlah juga menjamu mata kerana pemandangannya sangat cantik. Selepas bersarapan suami ke seminar di bangunan berdekatan, sementara saya tinggal dibilik sahaja sehingga ke petang.

~ sebelah malam - selepas solat maghrib kami keluar cari makan tetapi terasa agak susah nak pilih sebab tidak pandai berbahasa Arab. Nampak orang makan sedap tetapi bila nak pesan tidak tahu apa yang nak disebut. Jadi makanlah ' sandwich ' sahaja kerana itu yang mudah dipesan. Selepas makan kami berjalan-jalan ke pusat bandar Alex. MasyaAllah orang berpusu-pusu membeli belah seperti waktu siang di Malaysia. Jam waktu itu antara pukul 8.00 malam ke atas. Sebelum pulang ke hotel kami singgah  di pasar malamnya yang mempunyai gerai-gerai kecil dan menjual beraneka jenis barang (lebih kurang pasar malam di Malaysia ). Di sini barangnya lebih murah sedikit berbanding di Bazar Khan Khalili di Kaherah - baju yang ' exactly' sama tetapi harganya yang berbeza anatara LE5-LE10.

7 Oktober ~ pagi - hari ini dan hari seterusnya kami berjalan-jalan di Alex tanpa pemandu pelancung. Selepas sarapan kami membuat lawatan ke Kubu Sultan Qaitbay. Kami berjalan kaki separuh jalan dan kemudian naik teksi hingga ke destinasinya kerana kurang pasti tempat sebenarnya. Waktu pulang kami berjalan kaki sahaja menuju ke bandar. Bayaran masuk ke kubu sepatutnya LE15 seorang tetapi oleh kerana kami Muslim tukang tiket beri kami LE10 sahaja. Keseluruhan bangunan kubu ini dibuat daripada batu bata putih, jadi nampak begitu cerah apabila berada  di dalam. Walaupun lubang-lubang tingkapnya kecil memanjang tetapi masih dapat terasa angin yang bertiup dari laut kerana kubu ini terletak di tepi laut.

~ tengahari -ziarah Masjid Mursi Abdul Abbas. Suami masuk kedalam sekejap sementara saya tunggu di luar kerana wanita kena masuk ikut bahagian lain. Sebenarnya kami hilang 'mood'  untuk menghayati bangunan masjid ini kerana diganggu oleh peminta-peminta sedekah yang berselindung sebagai penjaga kasut dan pembaca doa. Selepas kejadian ini kami  rasa malas pula hendak menziarah masjid-masjid dan maqam lagi kerana di tempat-tempat seperti ini terdapat ramai sangat peminta sedekah yang sangat mendesak . Rasanya orang Islam yang banyak diganggu oleh mereka kerana atas alasan tanggungjawab bersedekah - ye lah... Pelancong kan banyak duit!

~ malam -seperti biasa kami keluar cari makan, sambil berjalan-jalan di tepi laut dan menjamu mata di kedai-kedai berhampiran.

8 Oktober ~ pagi - selepas sarapan kami menaiki teksi untuk pergi ke setesyen keretapi dan mengambil beberapa 'posing' gambar sebagai kenangan. Dari sini kami berjalan kaki ke Amphitheatre, sebuah 'waik-in' muzium atau muzium terbuka  peninggalan orang Rom. Bayaran masuk adalah LE15 seorang. Kami juga bergambar dalam runtuhan Amphitheatre itu.

Kemudian kami menaiki bas pula untuk ke Montaza Garden. Jikalau naik teksi tambangnya sangat mahal, boleh mencecah  sehingga LE25, tetapi  dengan bas tambangnya hanya LE1 seorang. Nasib baik ada seorang hamba Allah yang ingin menolong dengan memesan kepada kami supaya jangan naik teksi. Kena banyak bertanya kerana orang Mesir ini selalunya ' very helpful ' walaupun nampak sangat kasar. Walaupun  tidak tahu berbahasa Arab kena rajin bertanya juga kerana kekadang terjumpa yang tahu berbahasa Inggeris sedikit-sedikit.  Perjalanan dari setesyen bas ke Montaza Garden lebih kurang 1 jam.

~ tengahari - semasa tiba di bandar Montaza kami terasa  lapar kerana memang telah tiba waktu makan tengahari. Jadi kami pun singgah di salah sebuah  kompleks membeli-belah untuk mencari makan. Di sana terdapat beberapa kedai makanan . Kami makan piza dan nasi laban (susu) serta air pepsi cola. Tidak ada banyak pilihan seperti di tempat kita. Lagi pun payah nak minta , melainkan pakai tunjuk sahaja. Selepas makan dan solat jamak qasar di masjid yang terdapat di situ kami terus ke Montaza Garden.

~ petang - kami berjalan masuk ke taman dan dikenakan bayaran sebanyak LE5 seorang. Semasa kami berjalan masuk beberapa teksi mempelawa kami  menaiki teksi mereka untuk pergi jauh ke dalam. Kami menolaknya kerana ingin berjalan dan menikmatinya dengan lebih dekat sambil bergambar. Sememangnya berjalan dalam taman ini amat meletihkan kerana kawasannya terlalu luas. Namun walaupun terasa sangat penat, kami gembira dapat melihat kebun tamar serta pokok dan buahnya yang berbagai jenis dengan lebih dekat. Taman ini  terletak di tepi pantai  dan di atas bukit. Pemandanganya dari sini sangat cantik sekali. Di dalam taman ini juga terdapat sebuah istana yang dimiliki oleh Sultan Faruk  tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk.

Ketika kami hendak pulang ke Mansiah ( kawasan hotel kami), kami terjumpa 2 orang pelajar Malaysia yang belajar di sana. Mereka tunjukkan kami  'van putih' (lagi satu jenis kenderaan awam) yang boleh dinaiki untuk pulang ke sana. Kali ini tambangnya lebih sedikit daripada tambang bas (LE1.25 seorang) tetapi masa perjalanannya hanya setengah jam. Nasib baik terjumpa budak-budak perempuan itu, jika tidak  terkial-kial kami mencari kenderaan yang mana satu untuk bawa kami pulang.

Setelah tiba di Mansiah kami terus menahan teksi untuk pergi ke El-Shukafa di kawasan Karunz. Kononnya ingin melawat  binaan Pompey's Pilar dan Catacombs tetapi pintu pagarnya sudah ditutup ketika kami sampai kerana waktu lawatan sudah habis ( antara pukul 4-5 ptg). Jadi kami lihat apa yang dapat dilihat dari luar sahaja. Kami dikenakan tambang sebanyak LE10 walaupun perjalanannya dekat sahaja. Waktu hendak pulang ada teksi yang offer kami dengan bayaran hanya LE5 tetapi kami menolak kerana nak "adventurous" sedikit petang itu. Kami bertekad untuk pulang dengan menaiki 'van putih'. Tanya punya tanya adalah seorang hamba Allah tunjukkan macamana nak balik ke Mansiah. Dia menyuruh kami ikut dia kerana jikalau dia hendak terangkan,  kami pun tidak faham. Rupanya dia bawa kami ke perhentian tram (satu lagi jenis kenderaan awam di Mesir). Sebelum ini pun suami memang ingin cuba naik tram tetapi tidak tahu macam mana. Tambangnya sangat murah, hanya 25 peasrtes (macam sen kita). Tempat tram berhenti agak jauh daripada kedudukan hotel kami. Kami tiba balik ke hotel lewat petang ketika hari sudah gelap. Rasa sudah tidak mampu untuk berdiri lagi kerana terlalu banyak berjalan hari itu.

~ sebelah malam - oleh kerana kaki saya terlalu sakit untuk berjalan lagi serta keletihan, suami telah keluar membeli makanan daripada KFC sahaja dan kami makan di bilik. Kaki saya melecet kena kasut kerana terlalu banyak berjalan. Hari ini kami mencuba semua bentuk kenderaan awam yang ada di bandar Alex- terasa begitu puas walaupun tersangat letih.

9 Oktober ~ pagi - selepas sarapan kami mengambil teksi daripada depan hotel ke Universiti Alexandria dan dikenakan bayaran sebanyak LE10. Pagi itu suami ada temujanji pada pukul 10 pagi dengan Dekan Fakulti Engineering. Saya ikut sekali dengan 'discussion' orang-orang akademik .... terasa  'out of place' pula.

~ sebelah tengahari -masih di uni dan 'terattend' sesi viva salah seorang student PhD nya. Lama juga kami terbuang masa di situ- lebih kurang 2 jam. Lebih kurang pukul 3 ptg baru kami keluar dari kawasan Universiti.

~ sebelah petang - kami melawat National Library dengan menaiki teksi juga daripada depan Uni. Jalan yang dilalui adalah jalan yang sama untuk  pulang ke hotel. Jadi kami dikenakan tambang sebanyak LE3 sahaja. Cantik dan unik librarinya dan untuk masuk ke dalam banyak pula kerenahnya. Setelah berputar-putar sekejap dalam kawasan librari kami pun pulang. Jam menunjukkan pukul 4.30 ptg dan kami masih belum kesempatan menunaikan solat jamak Zohor/Asar.

Kami ingatkan hotel kami berhampiran sahaja kerana jalan yang sama dan nampak dekat. Jadi kami berjalan kaki sahaja. Rupa-rupanya jauh dan lagi sekali kaki saya kesakitan dan kepenatan. Nak tahan dan naik kenderaan awam tak tahu pula nak cakap berhenti di mana.

~ sebelah malam - walaupun kaki saya sakit kami keluar juga kerana hendak mencari kasut kulit untuk anak sulung saya. Kami ingin memberinya sesuatu yang berharga sebagai balasan di atas bantuannya menguruskan adik-adiknya ketika ketiadaan kami. Ini adalah malam terakhir kami di Alex dan malam ini juga kami terjumpa kedai makan yang menjual nasi. Kebetulan 'tauke' kedai ini boleh berbahasa Inggeris sedikit-sedikit. Maka hilanglah kempunan untuk makan nasi setelah beberapa  hari tidak menjamah nasi. Itulah orang Melayu dengan nasinya yang tidak boleh dipisahkan.

Sebelum masuk tidur kami mengemaskan beg kerana kami akan bertolak balik ke Cairo keesokan paginya.

10 oktober ~ pagi - selepas sarapan kami bertolak balik ke Kaherah dan dijemput oleh dua orang pemandu pelancung kami yang datang dari sana. Penerbangan pulang kami di sebelah tengahari. Dalam perjalanan ke Cairo Airport pemandu pelancong kami  membawa kami menyinggah di sebuah Taman Binatang.

~ tengahari - suami dan budak dua orang itu singgah di salah  sebuah masjid yang banyak terdapat di sepanjang perjalanan. Mereka solat Jumaat, jadi saya tunggu dalam kereta sahaja. Sebelum sampai ke airport lagi sekali budak berdua itu memberhentikan kereta dan menunjukkan kepada kami kubur Anwar Sadat. Ketika itu ramailah pelancung-pelancung luar negara bergambar di sana . Kami hanya melihat daripada jauh. Dalam perjalanan ini kami juga ditunjukkan bangunan Universiti Kaherah.

~ sebelah ptg - berjaya untuk check-in setelah menunggu sekian lama kerana ada ura-ura mengatakan ada flight delay. Namun semasa di kaunter mengecop paspot, paspot saya telah ditahan tanpa sebab walaupun  paspot suami saya terlepas. Perkara yang sama terjadi pada sepasang lagi suami isteri dari Malaysia.  Kali ini dilepaskan paspot isterinya, manakala paspot suaminya ditahan. Kami tidak tahu nak buat apa melainkan menunggu sebab kami tidak diberi apa-apa penjelasan pun. Suami pula berada di luar kaunter dan dipisahkan dengan pagar. Dia tidak mampu nak buat apa-apa kerana semua urusan berlaku di sebelah dalam.  Setelah menunggu lebih kurang  setengah jam tanpa ada apa-apa tindakan daripada mereka, saya pun membuat kecoh dengan bercakap bahasa Inggeris. Tidak kiralah samaada mereka faham atau tidak dan mujurlah ada yang faham. Akhirnya paspot kami dikembalikan dan bila ditanya apa masalahnya, dia kata "No problem". Aduuuhh....betapa sakitnya hati!

Masalahnya, warganegara dari negara yang bukan Islam mudah pula terlepas tanpa banyak soalan. Kami ini dah jelas orang Islam dari sudut pakaian dan nama yang tertera dalam paspot." Hairan bin  Ajaib". Inilah yang selalu dikatakan musuh orang-orang Islam itu kadang-kadang datang dari orang Islam sendiri.

Beginilah berakhirnya jaulah kami di Mesir.

Mesir sebuah negara tentera yang begitu takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Lihatlah apa yang dia buat pada penduduk Gaza  sekarang ini - sanggup bersekongkol dengan Israel dan menentang saudara seIslamnya dengan menutup pintu sempadan yang menjadi nadi perhubungan  penduduk palestin dengan dunia luar. Wallahua'lam!
Related Post: 

Mesir Bumi Anbiya'










Kenangan-Pusing-pusing di Kota Alex